Mangsa buli

Ha tu duk kalut-kalut amik henpon pastu dial talian NUR tu kenapa?
Yilek luuu..
Ni bukan kes naya ni. Ni kes buli manja-manja tenuk je.

Kes 1: 
Mangsa didapati bermain-main dengan sejibik baldi yang pada asalnya ditempatkan di depan bilik air tapi entah camane mangsa telah membawa baldi tersebut sampai ke ruang tamu. Mangsa kemudian mula merengek apabila baldi tersebut gagal distopkan daripada terus bergolek. Terserlah kegeraman di wajah mangsa. Apabila penat mengejar baldi tersebut di setiap pelosok rumah, mangsa kemudian terus menangis teresak-esak (taktik basi nak Mama tolong amikkan baldi letak depan muka sebab kau dah penat nak kejar kan?). Ibu mangsa yang sememangnya berjiwa mulia, baik hati, hormat orang tua, lantas menghulurkan bantuan kepada anaknya tadi. Ekoran daripada itu, ibu mangsa yang dah la baik hati, cantik pulak tu, terus mengambil baldi terbabit dan memberikan kepada anaknya. Malahan bagi mengelakkan kejadian baldi-bergolek-hingga-gagal-distopkan berulang lagi, ibu mangsa telah bertindak meletakkan mangsa ke dalam baldi terbabit.

 Mangsa kelihatan teruja dan gembira sekali, sambil bergoyang bontot di dalam baldi terbabit. Tidak lama kemudian, ibu mangsa bertindak menghadiahkan mangsa sekeping biskut perisa pisang kegemaran mangsa.


Mangsa betambah gembira dan...
 Kes dianggap selesai.


Kes 2:
Kejadian dilaporkan pada hari apentah-aku-pon-tak-ingat yang bermula apabila bapa mangsa menukar pampers mangsa yang baru lepas berak lalu ingin menyarungkan seluar ke kaki mangsa. Namun, sedikit pergelutan telah berlaku dan semakin sengit apabila mangsa didapati menunjukkan protes-tendang-tendang-takmo-pakai-seluar terhadap bapa kandungnya itu. Kejadian bertambah buruk apabila mangsa mula menjauhi bapanya dan terus mengelak daripada dipakaikan seluar. Namun seperti biasa,bapanya yang kacak gemar mengumpul setem itu bijak menangani situasi ketika itu. Dengan berbekalkan otak pandai muka kacak,bapanya telah bertindak menyarungkan seluar kepada mangsa dengan pantas. Namun, seluar itu tidak disarungkan di kaki, malah di kepala.


Mangsa didapati tergelak keriangan dengan tindakan bapanya sambil head-banging kepalanya berulang kali. Kes dianggap selesai.


Kes 3:
Mangsa yang sama yang telah dilaporkan dibuli sebelum ini, kini dilaporkan dibuli sekali lagi ditempat kejadian yang sama oleh orang yang sama. Ketika kejadian, mangsa didapati bermain-main dengan shopping bag milik ibunya yang ibunya selalu pakai bila nak beli ikang udang sotong ayang daging pasar payang eh eh. Mangsa telah dimarahi berulang kali oleh ibunya yang garang sikit je dari singa itu, tetapi mangsa terus membebal dan buat tak tahu saja. Tak lama kemudian, bapa mangsa datang menghampiri lokasi kejadian dengan tujuan ingin mengeruhkan lagi keadaan (HAHA). Bapa mangsa kemudiannya meletakkan mangsa ke dalam shopping bag tersebut.

Pada mulanya mangsa kelihatan sugul sedih tidak bermaya terlalu kecil kendur apabila dilakukan sedemikian. Namun tiada siapa yang mengendahkan lakonan cilik mangsa.


Seperti yang dijangka, mangsa beransur pulih dan gembira berada di dalam shopping bag terbabit tidak lama selepas itu. Malahan mangsa tidak mahu dikeluarkan dari "tempat" itu.


Lalu mangsa terus dibiarkan di situ selama mana yang mangsa mahu. Sambil ibu mangsa berkata, Hah duk la dalam tu yang. Senang Mama nak bawak pi shopping kang. Kes juga dianggap selesai.


4 comments:

AzuraFazil DIN said...

alahai sian nye 'mangsa' ni....

meh le ikut untie balik .

Cho Zila said...

mangsa yang sangat comel ok... kesian dia.. tapi nampak sangat happy dibuli...

MizzTina said...

ya rabbi... apa daa ibu mangsa tu.. tp si mangsa kemain suke pulak.. tenang je kena buli..

syiela said...

hahhaha... kesian si mangsa..jom hijrah ke rumah untie jom :)