Salam Aidilfitri semuaaaaa!!!

Dah nak raya dah pon.
Kejap je rasa sebulan berpuasa. 
*memang la sebab kau puasa tak cukup sebulan*


So aku nak amik kesempatan ni untuk wish korang-korang yang terbaca entry ni,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!

Makan lemang tu agak-agak la. Jangan berlebih-lebihan. Tak elok untuk jantung. High cholesterol tu. Kalau terbeli banyak, pass je kat aku barang sebatang dua, aku boleh tolong setelkan.
keh keh keh

Sesape yang nak travel balik kampung tu, drive elok-elok. Tips untuk tak ngantok masa driving, kau pasang lagu raya kuat-kuat, pastu nyanyi beramai-ramai. 
Kalau ngantok jugak, bukak tingkap, nyanyi lagu raya sambil head-banging kat luar tingkap.
Kalau kereta sebelah tengok lagi bagus, boleh ajak diorang sekali. 
Kalau trapped dalam traffic jam, ajak ramai-ramai keluar kereta, boleh buat falshmob lagu raya kat tengah-tengah hiway tu.
Hah kompom tak sampai-sampai lah korang kat kampung. Heh

Selamat bergembira di hari raya uolls!

2 comments:

@lfidah @dim said...

SELAMAT HARI RAYA JUGAK BUAT ANDA SEKELUARGA..;D

dari sisi hidupku said...

selamat hari raya juga utk akak jiji sekeluarga.mesti haikal dapat duit raya banyak taon ni.

~haikal pakai songkak bapak dia ek.tu yg besar songkok dr kepala dia.haha.comel la haikal