Baby Haikal's first beef meal.

Sebelom sebelom ni aku tak pernah lagi bagi Baby Haikal makan beef aka daging lombu. Daging kambing apatah lagi.
Asik asik ikan ayam ikan ayam ikan ayam. Itu saje.
Tapi aku varies kan la. Tukar-tukar menu ikan kembung ke, selar ke, siakap ke, tenggiri ke, salmon ke, paling koman ikan bilis la.
Ikan bilis stim kah kah kah. Tak dapat dibayangkan.
Kalau menu ayam pon tukar-tukar.
Kengkadang ayam kurma, kengkadang ayam kari, kengkadang ayam masak merah. Ehh bunyi macam makanan aku je tu. Hehek.
Dan setiap menu Baby Haikal mesti ada sayur dan buah jugak.
Kengkonon menyihatkan dan mempintarkan la kan. Heh

Dan bila Baby Haikal dah 10 bulan++ ni, baru aku berani nak bagi dia beef. Since Baby Haikal pon dah boleh kunyah. Gigi dah 6 ketul. So aku tak perlu dah blend makanan dia. Susah susah saje haih. Blender pon dah tersimpan rapi dalam gobok dapur tu.

So bebaru ni aku terpikir nak masakkan Baby Haikal Spaghetti Bolognese Italiano .
Wah gittew nama ko!


Oh terima kasih Heinz sebab ada produk spaghetti for babies.
Senang, hanya perlu rebus saje. Aku kan memang suka yang senang-senang.
Kalau ada yang tak perlu rebus, hanya perlu disuapkan ke mulut, hah laaaaaagi aku suka.
*dasar malas nak mamppp*

Bentuk star-star lagi. Senang la Baby Haikal nak kunyah.
Kalau yang panjang-panjang tu, huihh mau tercokikk!

 
Tapi bila dah direbus, macam flower-flower la pulok bentuknya.
Tapi bila aku try rasa barang seketul dua, rasa dia berbeza dari spaghetti yang kita selalu makan tu. Macam rasa susu-susu pon ade.


Untuk gravy nya pulak, ni bahan-bahan nya

 minced beef


 brocoli


 carrot



Sos tomato Preggo yang basic (tomato + mashroom)


Bila dah ada semua bahannya apalagas, campakkan saje semuanya!!!
Dan tadaaaaa!!!
Makan time!!!

 Ni hasilnya.

Baby Haikal sangat suka dan makan dengan rakusnya. Nom nom nom.
Dan aku??
Takkan tengok je bhaiiii..


Ada jugak aku punya! Spesial edisen! Heheh
Aku pon nom nom nom sama.
Eh aku punya takleh nom nom nom, kena lain sikit bunyinya.
Slurp slurpp slurpp begitu. Ehehe

p/s: Ahad ni Hari Malaysia eh? Selamat Hari Malaysia uolls! Btw, ahad ni, iolls pon ada hari istimewa jugeks. Tak sabar iolls taww. Walaupon iolls tak dapat balik Key Ell weekend ni, walaupon Mama iolls takde sebab balik Manila, walaupon family tiada di sisi iolls, tapi tak mengapalah. Bergumbira bersama hubby & Baby Haikal pon jadiii lah. Selamat berhujung minggu uolls. =)
 

3 comments:

azieazah said...

Spagheti Haikal tu dah rupa macam Honey Star. Ingatkan kena bancuh dengan susu tadi.

Ikan bilis, kalu disangai kering, pastu blend kering macam serbuk kasar, tabur atas nasik baby pun sedap jugak. Buat banyak, bleh stok. Kalu dia makan nasik or sup, just tabur sesudu dua jer. Berkhasiat dan enak juga.

Jiji-Fify said...

Kak azie,
dulu2 masa haikal duk makan bubur nasi memang selalu letak ikan bilis jugak. so lama-lama dia bosan haha

isabelle said...

happy birthday, adik hari malaysia.
ko x blow candles, blow apa dik?hahaha.
larikkkkk