Kisah Prince Charming dan Cinderellanya. Eceh.

Pada bulan Jun yang lepas.. 
ada sorang kipas-susah-mati belog ni request something..


Ye. Dia request aku cerita balik macam mana aku jumpa hubby at the first place.
Minah ni request 3 bulan lepas, tapi hari ni baru aku nak up cerita ni.
Hak hak hak.
Lamaaaaa betul aku hutang dia. Kalau nyawa aku ditarik sebelum ni, roh aku tak diangkat ke langit woo. Sebab berhutang. Sampai begitu sekali keibaratannya. Hehek.

Sory la Lina. Buat ko tertunggu-tunggu-tunggu saje.
Aku bukan taknak buat. Tapi memang taknak buat. Ehh??

Ko ni... tunggu sikit pon tak boleh. Baru 3 bulan ko tunggu kan. 
Eh eh boleh pulak termarah ko balik. Ehehe.

Aku sebenarnya taktau camne nak start. Sebab tu amik masa lamaaaa tuh.
Sebab..entah. Camne kitorang start bercinta pon aku tak tahu.
Aku rasa macam kitorang tak bercinta pon iya.
Macam main bedal je kawen pon iya. Hak hak hak.
Macam dah tahap wajib kawen pon iya. BAHAHAHA

Ok lah. Sebenarnya gini.
First time kitorang jumpa, memang sama sekali tak dirancang.
Aku sama sekali tak pernah kenal sape mamat tu (hubby).
Namun semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz. Ceyy ceyyy.

Masa aku degree semester berapa tah aku pon dah tak ingat. Macam dah tua benor je kengkonon nak buat-buat nyanyuk. Padahal malu-malu tenuk nak open story.
Masa tu coursemate kitorang nak tempah jaket course yang alaaa yang macam bebudak unibersiti suka pakai tu kan. Yang ada gah terpampang nama unibersiti beserta nama bidang yang diambil. Supaya kang pergi jalan mana-mana orang akan respek, woh woh woh budak meki woh woh budak medik woh woh budak alam sekitar! APA???
Ye aku amik bidang alam sekitar. Kengkonon orang yang paling sayangkan bumi alam semesta. Yang panas baran bila nampak orang buang sampah merata. Yang meroyan bila nampak orang pakai plastik secara berleluasa. Pastu terus Tesco merajuk taknak provide plastik dah. Padang muke mung!




Berbalik kepada jaket tadi, kitorang tentunya nak jaket yang melambangkan keangkuhan dan ke-riak-an seorang budak alam sekitar. Pergh gituw.
So aku selaku orang yang excited nak memiliki jaket tadi, telah mengsurvey seluruh Shah Alam untuk cari pengusaha jaket yang boleh buatkan kitorang jaket yang paling berkualiti, segak, bergaya mutu keunggulan. Padahal nak cari yang PALING MURAH kah kah kah.

Sayangnya, kitorang tak jumpa yang mengikut citarasa hati poket. Semuanya jual dengan harga melambung. Heyy kitorang bukan tak mampu la. Cuma memang tak mampu je. Ehh??
Sampailah satu hari yang memang dah termaktub di Luh Mahfuz kah kah kah, sorang coursemate aku (Deni) terjumpa satu iklan jaket kat fakulti kitorang. Aku pon baca iklan tu, ada tulis lebih kurang camni.
Murah Murah Jaket Murah Murah. Satu barang, Satu Ringgit. Murah Murah.

Ok memang aku tipu.
So aku suruh Deni terus deal ngan mamat "HZH" tu (nama dalam iklan tu).
Dan aku pong dok tahu camne Deni deal, sampai lah satu hari yang lain yang juga dah tertulis di Luh Mahfuz heheh, Deni suruh aku teman dia jumpa "Abang HZH" ni. Aku memula tergeli geleman bila dengar Deni panggil mamat tu ABANG!
Sebenarnya sebelum perjumpaan pertama kitorang dengan "Abang HZH" ni, Deni dah try arrange dua kali perjumpaan sebelom tu. Tapi sebab tak tertulis di Luh Mahfuz kot heheh, so tak jadi jumpa. Alasan pertama sebab "Abang HZH" tu nak main badminton.
Alasan kedua sebab tetiba kereta Abang HZH eksiden.
Derrrrrr....aku waktu tu dah hangin kot. Dua kali cancel beb.
Aku siap dah suruh Deni sembur "Abang HZH" tu
 ENGKO NI NAK BISNES KE TAKNAKKKKK!!!
Aku dah lah waktu tu memang tak menyabar nak pakai jaket nih. HAHA
Kiranya Deni deal kali ke-3 baru kitorang jadi jumpa mamat tu.
Itu pon, aku macam dah tawar hati, dah malas nak deal betul-betul ngan mamat tu. Dalam hati aku, malas nak percaya mamat nih. Kalo memula pon dah main-main, lepas-lepas ni kang jangan delay-delayyyyyy je pulak jaket kitorang tu. Kang kempunan terus nak pakai jaket ke-riak-an dan keangkuhan sampai habis belajar. Cehh!

So pertemuna pertama memang aku suruh Deni je bincang dengan "Abang HZH" tu. Takut kang aku terbaran pulak tak pepasal. So aku dudukkk je kat situ jadi tunggul. ehehe.

Orang tua-tua kata, kalau tak suka, jangan benci sangat.
Nanti benci betukar cinta.
Ingat tu adik-adik. Hehek.

Dipendekkan cerita, Deni telah memanjangkan perihal jaket tadi kepada coursemate lain dan mereka bersetuju nak beli jaket dari "Abang HZH" tu.
So aku pon ikut saje suara majoriti, setuju beli jugak lah.
So beberapa pertemuan lagi dengan "Abang HZH" telah di-arrange oleh Deni lepas-lepas tu. Untuk deal pasal warna, design, cutting, butang besor ke kecik segala mak nenek lah.
Dan semua pertemuan tu, Deni ajak aku temankan.
Haaaa kannnnnnnnn..
Korang macam dah agak ending story dia camne kannnn...
Dari benci bertukar sayang kannnnnn...
Kah kah kah.

Eh belom bertukar lagi. Belom ok.

Sampai lah satu hari tu, mamat HZH ni nak bagi something (berkenaan jaket) tapi pada hari tersebut Deni balik kampung pulak. Dan dannnn je...
Maka mamat tu call aku lah nak jumpa.
Aku pon dengan rela hati, bangun pepagi, dah la weekend pulak tu, semata-mata nak pergi uitm untuk jumpa mamat HZH, untuk amik barang yang dia nak bagi tu.
Lagi sekali aku hanginnnnnn je dengan mamat HZH tu sebab dah menyibuk waktu tidur aku di pagi weekend.
Haihhhh menyusahkannnnnn!

Lagi sekali, orang tua-tua kata apa adik-adik??
Hek hek hek.


Tapi benci masih lagi belum bertukar sayang, sampai lah setel pasal jaket segala.
Sejak dari kisah jaket tu, mamat tu still call aku nak bertanya kabar la.
Nak tanya dah makan ke belum la.
Setiap 5 minit call nak tanya dah makan ke belum.
Orang gila pon tak makan 5 minit sekali kotttt..

Bila dah berkawan tu, baru la aku tahu serba sedikit pasal mamat HZH ni.
Baru la aku macam, Ooo dia kerja kat Seremban. Ooo dia kerja engineer. Ooo dia buat hiway LEKAS. Ooo patut la dia selalu cancel nak jumpa kitorang sebab dia duduk jauh dan ada kerja lain (bisnes jaket adalah part time je). Patutlah engko tak heran sangat kalo aku taknak beli jaket ngan engko hari tu. Akuuuu jugak yang macam gila baran sengsorang. Padahal aku yang desperate nak jaket. HAHA

Ada sekali tu, masa dia call aku, tetiba dia cakap,
"Rasa macam nak ngorat la. Boleh?"
Tapi dengan nada bergurau la.
So aku macam hoishhh! Gilo apo? Heheh.

Tapi kitorang makin rapat, bila everytime aku masuk sepital tah berapa kali tah aku masuk sepital masa degree dulu (aku asthma teruk), "Abang HZH" mesti datang melawat. Sanggup la pulak drive jejauh kan. Dan sanggup jugak jumpa family aku yang bengis-bengis belaka itu. keh keh keh
Ada sekali tu, aku warded kat sepital pada hari jadi aku. Pastu mamat ni macam biasa la datang melawat aku. Pastu siap bagi hadiah ipod shuffle. Sebab taknak aku mati kebosanan kat wad tu. Awwwww suka iolls!

Ada jugak family aku tanya, dia boypreng ke hape.
Tapi aku pon tak tahu nak describe macam mana.
Kalau cakap ye, kang syok sendiri pulak.
Sebab kitorang tak pernah pulak berailapyu-yulapmi.
Entahhhh..aku pon tak faham status masa tu.
Sepanjang tempoh "berkawan" tu kitorang memang jarang jumpa, nak jumpa pon kat sepital kah kah kah. Selain tu, ada la jugak keluar makan ke hape.
Mungkin sebab kitorang jauh, aku pulak tengah final year, plus aku masa degree buat part time ajar budak tusyen. So kitorang takde chance sangat nak jumpa. Cey ceyyy.
Dan aku pon tak mengharap apa-apa tentang hubungan kitorang masa tu.
Memang makin rapat tapi.. entah.. aku macam biaq pi la apa nak jadi, aku bizi. Haha
Plus, lepas habis degree, aku memang nak sambung Master terus. 

Sampai la ada sekali tu masa raya, mamat HZH ni ajak aku beraya rumah family dia kat Kota Damansara. Aku agak chuak-chuak ubi jugak masa tu. Takut diorang salah faham aku ni girlpreng anak dia ke hape kan. Padahal baru kenal kotttt..

Habis degree, aku bagitau "Abang HZH" aku nak berangkat ke Ganu for my Master.
Dia pon redha je lah takkan taknak bagi pulok, ada aku peduli ke. Heh.

Mungkin dah tertulis di Luh Mahfuz jugak heheh, tetiba Abang HZH cakap dia nak "chup" aku. Dia nak datang merisik. Dan terus ajak aku cari cincin dengan mak dia. Gulppp!
Bermula saat ni la kot, aku baru rasa betul-betul yakin jatuh chentaaaa. Keh keh keh.
Masa merisik tu, rupanya family aku dah deal untuk kitorang bertunang sebelom aku berangkat ke Ganu. Tergopoh-gapah kelang-kelibut la kitorang buat preparation untuk majlis tunang tu.
Tu yang aku cakap kitorang ni dah macam pasangan yang wajib kawen ke hape tah semuanya macam tergopoh gapah. Haha

Selamat bertunang, aku pon berangkat ke Ganu.
Bila dah sambung study jauh sikit, dah tak dapat jumpa langsung-langsung, baru la hindu-hiduan gayut-gayutan i lap u u lap me. Hehek
So seingat aku, lepas tunang tu la baru kitorang betul-betul loving-loving kingkong.
Dan aku rasa sebab tengah bercinta sakan tu la aku dapat complete master dalam masa setahun. Sanggup pulun buat lab siang malam, supaya cepat habis, sebab dah tak sabar nak balik kawen. Hak hak hak.

Maka dengan itu, tamat la kisah cinta aku dengan mamat jaket entah sesapa tah tapi dah tertulis di Luh Mahfuz, aku telah dicipta dari rusuk kirinya. Dan Alhamdulillah sampai sekarang kami masih bahagia. Dan mamat HZH ni pon dah tak buat bisnes jaket dah. Sebab bila aku ada depan mata memang dia dah takleh fokus tempat lain. Kah kah kah. ;P

Sebab tu aku percaya, jodoh tu memang dah ditentukan, dan bila dah tiba masanya, semuanya akan dipermudahkan dan lancarrrr je rasa. Sebelom ni, aku pon pernah bercinta sakan bertahun-tahun, tapi tetap putus. Siap gaduh-gaduh merajuk-rajuk tenuk bagai pastu pujuk balik. Siap sambut anniversary bercinta bagai. Sambut tetiap bulan pulak tu kan. Konon sweet la kan. Tapi dengan "Abang HZH", tah celah mana tah aku jatuh cinta dengan dia aku pon tak tahu, tapi semua proses tu berjalan lancar saje. Alhamdulillah.
Dah jodoh namanya.


 Habis Master, aku selamat jadi isteri kepada "Abang HZH" heheh


 Ni la si Deni yang bertanggungjawab mempertemukan kitorang. Hehe. Deni pon dah selamat jadi seorang isteri bebaru ni. Tahniah Deni!


I LOVE YOU FOREVER, ABANG JAKET! hehehhh..

12 comments:

isabelle said...

i lap u too, abg jaket. *kasipanas*

eh kipas susah nati awak x baca ke entry psl kisah2 cinta yg ikut umur tu? yg tu kan dah ada citer gak psl abg jaket. hehe.

Jiji-Fify said...

kak is,
i lap u too kakak lab coat *tetibe*

entah la kak. tak baca kot. kipas separuh mati la tu. HAHA

yaNa said...

baru tau kisah cinta kowg nie..
abg jaket awk nie ms sek adalah sgt pemalu tau..
berani jgk ek ko fify.. hi3

moga kowg kekal bahagia selamanya..amen

♥fatenn meera♥ said...

awwwww, shuwettt lah..saya org tganu kak :)

dari sisi hidupku said...

akak,sweetnya.ok sy percaya x perlu sibuk2 nak cari jodoh,naty dia datang sendiri. best la klo terus kawin, x yah buang masa cintan-cintun ni. semoga akak n family happy forever.

Jiji-Fify said...

yana,
dia tu malu-malu tenuk tapi dalam hati ada taman haha

fatenn,
oh ye ke. hai!! sama la kita. :)

dari sisi hidupku,
betol tu. yang penting yakin yang jodoh mmg dah ditentukan. tapi kita pon kena terus berdoa. :))

mama ieqa said...

kalo buat novel ni.. mesti meletops.... ehehee akak doakan kebahagiaan kalian akan kekal hingga akhir hayat dik..

Shalimar said...

Like la cite Jodoh korg ni jiji...Semuanya nmpk dipermudahkan je kan.....

Norhazlina Mohd. Zaki said...

Assalamualaikum...
Jiji.....wah kisah cinta ala-ala nobel gittew...best...

psst..dah mcm baca no bel dah..

Lain haku google..lain yg jmpa...anyway..selamat berkenalan...
Akak org Penang...


x0x0 ^___^

Hakita Mazin said...

Loo..kwn deni ke?hahah..deni mg noggu pon..what a swit story..

Hakita Mazin said...

Typo..notty..:P

Nadia Havez said...

Laaa kawan Deni ke! keciknya dunyaaa! Janadeni ni kawan orang masa kat matrik.. hahhaa disebabkan entri ni laaa org terus gugel Janadeni kat fb..