OMGGGG pasu mamaaaaaa!!!

Okay maka bermulalah episod duka seorang emak.
Apabila Baby Haikal dah pandai memusnahkan harta-harta sentimental dalam rumah. Haihhhh..
Dah la cooler fan laptop aku patah dipijak oleh raksaksa ketot itu.
Pastu ipad pon dah kemek dihempas oleh raksaksa yang sama.
Tersirap-limau-ais darah aku tengok Baby Haikal sesedap rasa diaaaa je nak menjahanamkan harta benda aku.
Dan bebaru ni terpecah la pulak pasu kesayangan aku. 
Entah macam mane hari tu Baby Haikal terbekenan pulak nak main dengan pasu tu. Padahal sebelom-sebelom ni, yilek je pasu tu kat sebelah tibi tu. Sikit pon dia tak heran nak sentuh.
Tapi petang tu, gatal pulak mamat tu nak memanjat meja tibi untuk capai pasu tu. 
Ko ni kannn. Saje taw nak bikin Mama naik hantu!


 Patah sewibuuu hatiw kuuu.. sob sob sob..


 Sarawak dah tinggal Wak. 


 Memang la tak mahal mana pon pasu Sarawak tu. 
Tapi pasu tu ialah pemberian dari orang yang istimewa dalam hidup aku. 
Hmmm..
Selamat tinggal pasu. Sampai di sini saje jodoh kita.
Hnnss..hnsss. *sedut hingus*


Maka gelas saje lah menjadi pengganti pasu Sarawak kesayangan.
Maka kurang la satu gelas untuk aku jamu tetamu untuk raya tahun depan. Heh.
Ikutkan hati, nak je aku buang bunga tu sekali.
Tapi kang takde seri pulak rumah aku. Ceyyyyyy!
Memula aku letak bunga tu dalam cawan plastik yang ada gambar kartun tetomey-tomey tu. Tapi kang mak aku datang rumah, kompom dia luku sebelom aku sempat berkata apa-apa.
Kah kah kah.

Dah macam mak-mak betoi lah aku nih.
Pasu pecah pon nak emosi.
Yilek suda la kan.
*simptom orang tua makin ketara nampaknya*


4 comments:

isabelle frankly said...

utk mengurangkan rasa tua, elakkan la menghias rumah dgn bunga. buat mcm akak. kalo mak mertua/ipar lamai kata "eh rumah kau ni takde hiasan2 bunga ke?"...maka balas la sedas...
ID saya konsep minimalist, tak main la deco ala kampung.
hahaha

Jiji-Fify said...

kak is,
Ala kak, saya pon kalo takde orang hadiahkan pasu tu, takde keje pulak saya nak beli bunga hias rumah segala kan. Kah kah kah

Zura Lee said...

umh aku skrg ni pn mana ada hiasan comey2 cm umh org len.. ngn dua orang superhero kecik yg maha lasak tuh mmg tk mendeko la nmpk nye...

YanaHime said...

pecah pasu takpe...jgn anak cedera dhlaa...cian kat haikal

*silent reader yg baru nak belajar komen* (^__^)