Skandal baru Papa

Lately, aku tak puas hati betul la dengan Baby Haikal.

Makin hari dia maaaaakin manja dengan Papa dia. Sampaikan waktu tidur malam, lepas nenen kat aku, dia akan selow-selow meniarap dan tidur atas lengan Papa dia. Sampai ke pagi kat situuuuuu je la dia.
Hanginnnn je aku bila bangun pepagi, tengok dua orang ni tidur berpelukan bagai.
Ceyttt!


Masa memula dulu, aku happy la jugak bila Baby Haikal asik menyempit kat tempat bapaknya, so aku boleh tidur terkangkang-kangkang sesuka hati kan.
Tapi lelama jeles la pulak kannnnn.

 
Engko ni kan yang. Sampai hati dah lupa Mama ehhh. 
Malam ni kalo tidur nak pelok Papa jugak, siap la! Mama taknak bagi nenen dah! Nenen je kat Papa tuh.
 

1 comments:

@lfidah @dim said...

kesian mama baby haikal..:D