Akhirnya aku tewas jugak - Cerai Susu

 Ni pertama kali Baby Haikal demam. 


Suhu badan 38.5'C. Sebelom ni tak pernah macam ni.
Kalau badan panas pon, after few hours mesti reda balik. 
Pastu elok la dia main macam biasa balik.

Sebenarnya kan. Aku ada benda sedih nak share ngan korang ni.
Dengan harapan korang pon bagi la ape-ape feedback yang boleh membantu atau at least bagi semangat kat aku untuk tempuh semua ni.
Hohoho. Bunyi macam seriussss je kan.
Tapi memang serius pon. Dah tak mampu nak buat lawak antarabangsa dalam entry ni. Huhu.

Awal bulan hari tu kan aku kena asthma attack kan. 
Sebelom tu susu badan aku memang banyak je. 
Selama ni memang aku fully breastfeed Baby Haikal pon. 
Tak pernah lagi la try susu tin. 
Aku pon memang kompiden gilo boleh fully breastfeed dia sampai cukup 2tahun. Memang dah niat gitu la kan. 
Tapi selama 4 hari aku warded kat sepital sebab asthma hari tu, susu badan aku tetiba lesap. Tah mana pergi tah. Nak kata laki aku yang minum, takkan kot. Hahaha.

Kau bayangkan eh, sebelom warded tu, kalau aku pam susu mesti dapat dalam 9-10oz sekali pam. Tapi dalam masa 4 hari tu lepas aku warded, aku pam dapat 2oz je?! 
eeeeiiiiii tak lojik sangattttt..
Aku dah macam tak boleh terima masa tu. Siap aku ingat pam aku rosak ke hape. Siap aku letak pressure yang paling kuat la masa pam tu kan. Sampai dah melecet-melecet semua. 
Hmmm..lepas tu baru aku percaya susu aku memang betul-betul dah takde. :'(

Aku tanya Dr.Hamidah, dia kata steroid yang aku consume sepanjang aku warded tu memang akan menyusutkan susu. Sebab hormon dia bercanggah la hape la aku pon tak paham sangat dia explain masa tu.
So aku bajet boleh relactation la kan. Stimulate balik dengan apa cara sekali pon. Makan pil tambah susu ke hape ke kan. Aku sanggup.
Tapi bila Dr. Hamidah kata, NO CANNOT.
Sebab aku kena continue consume "dadah" tu selama dua bulan secara berterusan. Masa depan Dr.Hamidah tu aku buat muka pasrah je la. 
Tapi dalam hati, JKHGBVDUTRFKJFHDNGJ!!!!!!!

So bila dah balik rumah, aku taknak pedulik sangat la Dr. Hamidah tu cakap susu aku memang akan kering terus kan. 
Nak-nak pulak bila Mama aku kompiden cakap,
"Alaaaa dun worry.. Sementara je tu.. Nanti mesti ada balik punya.."

Macam-macam aku makan untuk tambah susu. 
Pil la, lobak putih la, kurma la. Segala-galanya lah.
Setiap dua jam aku buat power pumping. Keluar setitik dua pon jadilah, janji ada!
Tapi dah seminggu lebih ni, memang aku pam angin je semata-mata. 

T___________T

Memang Tuhan je la yang tahu perasaan aku ni kan.
Tapi nasib baik hubby ada bagi sokongan. Dia suruh aku sabar. Laki aku tu memang manjang suruh aku sabar je. Haha.

So beberapa hari lepas, kitorang pon cari susu tin untuk Baby Haikal.
Memula kitorang try beli Dutch Lady.
Berapa kali je dia teguk, terus melalak tolak botol susu. Terus taknak minum dah. Beberapa saat lepas tu habis satu badan naik merah-merah macam alergik tu kan.
Ah sudahhhh..
Dah benda lain pulak jadinya.
Esoknya, kitorang beli susu Dumex Dugro. Sama jugak naik merah-merah.
Aku pon tanya la teacher Baby Haikal kat nursery tu kan.
Dia cakap baby yang nak pindah susu ibu ke susu lembu memang susah sikit. Body dia takleh tolerate lagi. Pulakkkkk...
Dah tu???

Teacher Baby Haikal tu suggest kitorang beli susu tin yang ada tulis RUMUSAN KHAS. Susu tu untuk baby yang belom tolerate dengan laktosa.
Ooo ok. Aku baru tau pasal ni. Ingatkan semua susu formula samaaaa je.
Nasib baik aku tak bancuh susu pekat je untuk Baby Haikal hari tu. Haha. 

So semalam aku start bagi dia susu rumusan khas tu.
Mula-mula tu memang Baby Haikal tolak, tapi bila dah laparrrrr sangat, dia minum jugak la. Tapi separuh botol je.
Dah Alhamdulillah tak merah-merah dah.
Tapi jadi benda lain pulak. 
Demam la pulak kannnn...
Adoiyai.

Teacher dia memang ada cakap, kalau baby tu nak pindah susu ibu ke susu formula memang dia akan demam atau cirit-birit. Hmmmm..
Dugaan sungguh!

Kalau ikutkan aku kan. Nak je aku pi rumah jiran-jiran aku yang baru beranak tu kan. Mintak susu sikit. :'(

Aku ada mengadu benda ni kat Mama, Mak  & Along hari tu.
Diorang pon suruh aku sabar dan pasrah je. Bersyukur je la sebab at least aku dapat susukan Baby Haikal selama almost setahun. 

Along ada tanya aku, 
"Tak boleh stop consuming drugs tu ke?"

Aku jawab, 
"Hmmm..kalau boleh buat, memang dah lama buat dah. Kalau stop makan ubat, memang menambah masalah la namanya kan." 

Sebab Dr. Hamidah ada cakap hari tu, cuaca sekarang belum stabil betul lagi. So possibilities untuk kena attack lagi memang ada. Sebab tu aku kena consume ubat tu berterusan selama 2 bulan. Untuk menjamin kesihatan berpanjangan. Heheh. Aku kan alah pada perubahan cuaca. Kang aku pulak yang kiok, lain pulak cerita. 

So Along cakap, "Takpelah. Kamu dah ikhtiar kan."

So memang it's time to wean off la.
Aku. sangat. sedih. ok.

Korangggg.......
Tolong bagi apa-apa suggestion plis..
Aku nak tahu, kot-kot ada cara untuk,

Nak relactation balik? *walaupon impossible sebab aku masih consume drugs*
Camane nak kasi Baby Haikal suka minum susu formula?
Camane nak redakan Baby Haikal punya demam?

TULONNNNNNNN!!!!!


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

5 comments:

Aisy Nasiha said...

alahai siannya haikal... kalau nk kebahkan demam, sy bw ke klinik makan ubt biasanya... sb takut melarat r demam jngka masa lama pun jd bahaya juga untuk baby.. nk kurangkan panas badan selalunya saya lumurkan dengan air asam jawa sejuk berkali2..mmg comot jadinya tp bkesan sejukkan badan anak2 saya setakat ni..

Kancilbiru said...

jom try AHS nak? Boleh baca kat sini:

http://www.kancilbiru.com/2012/09/ariffbillah-habbatussauda.html

http://www.kancilbiru.com/2012/09/saya-dah-jadi-duta-produk-p.html

kita ikhtiar jer dulu...

Jiji-Fify said...

Aisy,
ooo lumur asam eh? Ok nnt saya try. tengkiu!

Kancil biru,
Sebelom ni saya mmg ada consume minyak habbatusauda + honey untuk redakan asthma. Tapi macam tak work sangat. Btw, saya dah email akak. Nanti respon sana eh.

RieNa said...

antara part paling sedih dlm membesarkan anak ialah wean-off breastfeeding.

akak dulu, berhari2 menangis sbb anak tak nak susu badan. bila dpt anak 2nd, nak susu bdn je taknak botol. hehe. Allah Maha Pengasih.

moga Allah beri jiji kekuatan utk laluinya,amin. cpt sembuh baby haikal, dan minum susu baik2.harap2 baby haikal takde alahan susu lembu, kalau tak kena consume susu soya je, mmg sah2 tak sedap.

akhir kata, blog ini best. hehe

lovelywa said...

takpelahh..nak buat cemane kan..kesihatan ibu lebih utama..anak pun sok2 cerai susu gak kan..cuma tu laa terpaksa dicepatkan..kang klau ibu sakit, anak pulak terabai btul tak??
klau si haikal tu demam panas, lap kepala n satu badan dia ngn kain basah (air + ais)..bagi dia sejuk jek..klau bole mandikan terus pun takpe..
dun wori..tgk pada gaya baby haikal tu keras orgnya..kekadang budak yg selalu kene demam ni badan dia nak imun ngn penyakit..dari situ kite bole tau badan dia ada antibodi lawan penyakit..haa gitu laa..dah cam dokte plak..ahaks