Jatuh longkang

Bila teringat balik benda ni, mesti aku rasa nak tutup muka dengan tin biskut. Pastu bila family aku berkumpul, diorang akan cerita balik pasal benda ni, mesti aku kena bahan kaw-kaw. Especially Along la. Dia memang suka open cerita-cerita lama. Asik asik asikkk aku je kena. Pastu semua orang bantai gelak, aku sorang je diam buat-buat tak dengar. Pastu buat-buat balas SMS, padahal takde orang mesej pon. Sebab? Sentap. Kah kah kah. LOSER sangat disitu.

Dulu, petang-petang aku memang suka jalan-jalan keliling kampung naik basikal dengan kengkawan. Ni zaman kanak-kanak la aku cerita ni. Zaman ikat rambut tanduk kambing dulu. Dah la ikat tak center. Kanan besar kiri kecik. Aku tak pasti mata kero mana yang ikat rambut aku masa tu. Takpon aku sendiri yang ikat kot. Kah kah kah. Tapi pedulik ape kan. Biasala kanak-kanak hingusan, rambut rupa hantu kak limah pon pedulik hape.

So ada satu petang tu, macam biasa, aku dah standby nak keluar main basikal dengan kengkawan. So sementara tunggu kengkawan sampai tu, aku round round la dulu dalam kawasan rumah. Pusing la patplohnam kali nak panaskan enjin basikal. Haha. Pastu kan, tetiba kawan aku panggil dari seberang jalan. Dia nak ajak main la tu.

Aku pon kalut-kalut la excited tak sesabar nak pergi kat kawan tu kan. Sambil tengah naik basikal la nih. Pastu aku keluar je gate, tetiba ade kereta lalu, melintas zappppp depan muka aku. Aku pon lost control la kan. Terus eh eh eh eh ehhhh!!! menjunam masuk longkang. Dengan basikal-basikal sekali join aku kat dalam longkang tu.

-_____-"

Longkang tu agak dalam la jugak. Tenggelam jugak la aku dalam tu. Haha. Ada la air sikit. Paras betis kot. Entah tak ingat.

Yang tak boleh blah tu kan, bila termasuk je dalam longkang tu kan, aku tergamam kejap. Sebab macam, eh aku kat mana nih?? Haha. Pastu dengar ada suara-suara gelakkan aku. pffffttt!
Terus aku tak tahu nak buat apa kat dalam tu. Pastu aku pelik, eh apsal aku tak sakit pon. Haha. Tapi sebab malu kan, aku pon buat-buat menggelupur kat situ sambil paksa nangis sambil cakap sakit..sakit..sakit.. Kah kah kah.

Pakcik yang bawak kereta yang lalu tadi, berenti la sambil tolong selamatkan aku. Pakcik tu jiran sebelah rumah aku je pon. Pastu tak pepasal ramai-ramai kerumun kat situ tengok aku dalam longkang. Aku tak tahu la camne nak kaver malu masa tu. Rasa macam nak buat-buat main masak-masak pon ade.

Pastu aku dengar suara-suara orang sekeliling.
Kenapa tu? Kenapa tu? Eksiden ke?
 Ni haaa Rajiah masuk longkang..

HUUU MALU MALU MALU. DIE DIE DIE.
Sambil buat-buat menggelupur.
Dalam hati, ohhh gelapnya masa depan aku lepas ni. Dah ada rekod masuk longkang. Mesti takleh nak bajet diva dah lepas ni. 

Bila diorang dah angkat aku keluar dari longkang tu, Daddy terus dukung aku masuk rumah. Lepas kejadian tu, beberapa hari jugak aku tak keluar rumah. HAHA. Mesti jiran-jiran ingat aku trauma teruk. Padahal muka tebal nak berhadapan dengan masyarakat sekeliling. Kah kah kah.

Aku cuba la jugak lupakan kejadian tu. Tapi Alhamdulillah sampai hari ni tak lupa-lupa. Haha. Nak-nak pulak family aku asik ungkitttt je. Aku perhatiiiiii je everytime diorang gelakkan aku. Gewwam! Dah tak sayang aku la tu. Eh tetiba.

Aku yang paling kiri. Yang jari bersepah. -..-


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

2 comments:

isabelle said...

comelnya hang masa kecik,dik.
masa kecikkk.
diulang,masa kecik.
hehehe

yg masa tu dijwb Rajiah masuk longkang,instead of rajiah tjatuh dlm longkang, mmg la kasi malu

Jiji-Fify said...

Kak Is,
masa besar ni pon ape kurangnya. lebih comel. keh keh keh. pasal masuk longkang instead of tjatuh longkang tu, saya tak pasti la. Mungkin jugak dia cakap terjatuh longkang. dah tak ingat. Wakakakaka. Tapi memang bikin malu gilerrrrr! ;O