Macaroni Carbonara

Aku sebenarnya nak up cerita ni masa hari-hari biasa. 
Tapi mengenangkan hari bekerja, kang ade yang tengah kat opis ke, tengah menoreh getah ke, tengah membajak sawah ke. Kang nanges pulak baca belog aku tetiba ada gambar makanan kan.
Orang tengah penat-penat bekerja, yang kau ni pegi letak gambar makanan pulak. 
Berdosa ok. Berdosa. Ehehehe.

So tu yang aku rasa lebih baik up cerita ni di hujung minggu saje.
Kalau ada yang terliur kang, boleh terus zasssss pergi cari kat restoran berdekatan.

Aku buat macaroni carbonara ni dah lama dah sebenarnya. 
Dalam dua tiga hari lepas. Eh lama ke tu?? Haha
Entah tetiba terasa seperti tekak mat saleh pulak pada hari tersebut.
Tapi kan. Laki aku mana layan sangat western-western ni. 
Siap bila aku cakap aku nak masak macaroni, dia boleh pergi pasar malam beli makanan sebab takut tak termakan macaroni tu kang.
Sentap tahap max aku waktu tu. Terus rasa nak lari dari rumah. 
Hahaha!

 Motif letak gambar ni??
Saje nak tayang penapis baru.
Golongan mak-mak kan memang begini. Haha.

So ni la hasil macaroninya...


 Ni je la dinner kitorang pada malam tu.
Hubby yang kengkonon tekak melayu asli tu kan, separuh kuali jugak dia tarah pon! Kengkonon tak suka western. pffft... -..-

Kalau korang nak try buat sendiri, ni ha resipinya.

 
Aku tiru kat resipi Preggo je pon. Haha.
Cuma aku tukar spaghetti kepada macaroni.
Semudah satu dua tiga bak kata Chef Riz.
Nipu sangat la tu kan. Kupas bawang, kupas udang, potong cili, tabur garam, dah 4 step dah tu. Patutnya semudah satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan semilan sepu......
-__________-"

 
Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

3 comments:

ceritera-chinta said...

sama lah kita kalau westen cmfm hsbnd tak berapa nk makan heheh tapi pizza boleh pulak habis semua kakkakakak

MG schmidt said...

sedap!
nk try buat takot xjdik ...huhu
soso prego tu pakai skit2 bole x?

MamaDaniel said...

TERLIUR...