Mamamama Papapapa...

Ni aku menaip ni, sambil mata pandang awan, muka senyum-senyum.
Sebab dalam hati berbunga-bunga.
Sebab Baby Haikal dah start cakap Mamamama..
Dan Papapapapa.. *eh Papapapa tak penting sangat , yang penting Mamamama hehe*
Walaupon kengkadang dia membantai je sebut Mamamama tu. Bukan ditujukan kat aku pon. Haha. Tapi takpelah aku nak ferasan lebih kengkonon dia panggil aku la tu. Boleh?
So asal dia datang je kat aku pastu sebut Mamamama, mesti otomatik mata aku pandang awan, muka senyum-senyum. Kikikih. Seronok okay.
Sebelom ni, asik asik asik engko je bahasakan diri Mama, tapi kali ni dah ada orang panggil engko Mama. Wah satu perasaan yangggg..hmmmm haaaa..hmmm haaaa.. *mata pandang awan, muka senyum-senyum*

Bulan ni Baby Haikal akan genap setahun umurnya. Wah besar sudah.
Kalau sebelom ni orang tanya, umur berapa, mesti nak kena jawab, 9 bulan, 10 bulan. Begitu. Tapi kini tidak lagi. Keh keh keh. Sudah satu TAHUN taw! TAHUN excuse me TAHUN! Yang engko nak eksaited terlebih dah kenapa? Hihik.

Dan kebelakangan ni baaaaaanyak betul benda baru yang ditunjukkan oleh Baby Haikal. Perkembangan pesat, ekonomi maju, hidup sejahtera gitu. 
Aku pon kengkadang macam, eh eh ko dah boleh berdiri ke yang? Eh dah boleh minum pakai cawan ke? Eh dah boleh panjat tangga ke? Aku pulak yang ragu-ragu tentang kebolehan Baby Haikal. Padahal memang dah boleh ponnnnn. Sesaja nak terlebih berwaspada. Aku kan mak terbaik abad ini. Keh keh keh.

Ada sekali tu aku cakap kat hubby,
Macam sekejap sangat pulak masa berlalu. Macam tak boleh terima pulak Haikal dah besar. 

Wahahaha. Boleh pulak tak boleh terima?

Pastu hubby jawab,
Ha'ah. Papa pon sama. Kejap je Haikal dah masuk sekolah. Tak lama lagi kang dah berjambang pulak. Tak boleh dah Papa nak gomoi-gomoi dia sebelom tidur.

-________-"

Aku memang kengkadang bernanah jugak telinga nak melayan imaginasi tak terkawal laki aku nih. Ada ke sampai berjambang perginya?? Euuuwwwwhh!

Sekarang kan, Baby Haikal dah pandai bagi reaksi terhadap benda-benda sekeliling dia.
Kalau dia taknak sesuatu, dia geleng kepala. Kalau dia nak sesuatu, dia tunjuk-tunjuk benda tu. Kalau nak nenen, sondol-sondol aku sambil buat bunyi eheh eheh eheh. 
Holloh hollohh hollohhh.. Haha
Kalau dia berjaya buat sesuatu, dia akan angkat tangan sambil jerit Yeayyy!
Kalau kitorang marah dia, dia dah pandai buat muka sedih tahan nangis. Pastu bila takde orang pujuk, telangkupkan muka kat bantal. Cehhh drama lebih lah kau ni yang.

Makanan pon dah pandai memilih. Nak yang sedap-sedap je. Yang tak sedap, aku jugak yang kena habiskan. Sebab tu body aku macam megan fox harap maklum. Makanan yang sedap-sedap tu seperti, salmon steak. Wah! Kembong steak atau bilis steak takkan dilayan.

Oh pastu kan. Pastu kan. Baby Haikal ada satu perangai ni taw.
Kalau dia buat perangai ni memang aku sentap habis la. Siap boleh masuk bilik nangis-nangis. Seyes wa cakap lu.
Baby Haikal kan dah pandai tepis-tepis kalau aku pelok dia. Perghhhh! Aku sebagai ibu terbaik abad ini mestilah sentap hoi!
Aku ada mengadu jugak kat hubby (memang kaki mengadu aku nih tidak syak lagi haha). 

Aku: Haikal sekarang tak suka dah Mama pelok dia. *tayang muka sedih*
Hubby: Alaaa biasa la tu. Dia rimas kot orang asik gomoi dia.
Aku: Tapi Mama ni ibu dia. *ayat kalah skrip drama hokeyy*
Hubby: Dah tu Mama duk pelok dia selang 5 minit. Budak tu nak bernapas pon tak boleh.
Aku: Eh ye ke? 

Hek elehhhhhh..
Kengkonon nak bajet ibu terbaik abad ini ke hape siap nak pelok anak selang 5 minit. Hihi.
Pastu sentap sengsoranggg.
Aku syak aku ni spesis ibu lain dari yang lain la.
Mungkin juga calon ibu terbaik abad ini. *tak habis-habis*



1 comments:

goldenlounge said...

gambar ni comel gile...muka sesuai isi perbualan. hahaha