Mee Goreng Mamak satu siappp!!

 Hari tu kengkonon telah berjanji taknak update pasal makanan pada hari bekerja. Kot-kot orang tengah sibuk kerja, tetiba terliuq pulak depan screen komputer kan. 
Eh tapi kan. Korang kerja lagi ke hari ni? 
Aku dah siap pakai baju raya dah ni ha. Tinggal nak tunggu takbir raya je la nih. Lembu pon standby nak buat sup tulang nih. *ok tak lawak*

Kan aku ade cerita yang aku masak Macaroni Carbonara tu kan, yang kengkonon laki aku tak suka tu kan, tapi last-last separuh periuk ditarahnya tu kan. Pffft!
So malam keesokannya tu, aku buat la mee goreng mamak pulak untuk dinner. Masakan mamak-mamak ni, memang sebati la dengan selera abe ensem kawe tuh.
Dalam hati aku, kalau kali ni dia duk bantai cari makanan lain kat pasar malam jugak, memang aku lari dari rumah. Hahahaha! *perangai remaja bermasalah sangat engko nih.*

Dan nasib baik, hubby tak pegi pasar malam dan makan je mee goreng mamak aku malam tu. Kalau tak jenuh pulak aku nak pikio nak lari ke mana kan. Kah kah kah.
 Kalau terserempak dengan mamak kat tengah jalan tu pon dia mesti tak sanggup nak bawak aku balik rumah. Sebab jelita sangat. Tak sampai hati nak culik. 
Wahaha tapak kaki di muka plissss!

 Ni la mee goreng mamaknya.
Walaupon rupa tak seberapa kan. Tapi aku tetap berjaya potong limau kasturi tu dengan cantik. *tetiba*
Kalau korang nak try buat mee goreng mamak ni pon boleh.
Senang sangat je pon. Main campak-campak je, macam ko main guli dolu-dolu tu kan. Haaa kan seronok.
Nah resipi.


Oh lagi satu, aku prefer pakai mee kuning yang halus, daripada yang gemok-gemok tu. Yang halus la bagus, baru badan pon halus. Haha. 
Auta sangat statement engko kannn. Kalau dah makan pon macam orang ade bela je kan. Memang "HALUSSS" lah sangat badan ko tu. Hihi.


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

4 comments:

gadisBunga™ said...

baru nak tanya pakai mee apa. sebab halusssss je. :D

Jiji-Fify said...

Gadis bunga,
Alamak tak ingat pulak jenama ape. Heheheheeheheheh..ai pon main beliiii je. Nampak halus je beli. Huhu!

dari sisi hidupku said...

keluarga saya x makan mamak punya air tangan. haha. buat kat rumah je.lagi sedap.
konsentrasi membaca blog akak terganggu bila adik nampak nampak ADLIL. Dia kata junior dia-Adlil Rujhan kat SAMTTAJ,Suma adik beradiknya ada nama Adlil. HAHA. Lawak plak rasanya.

Jiji-Fify said...

dari sisi hidupku,
Yes. Adlil rujhan is my youngest bro. adik yang paling manja. hahah. tapi adlil rajiah tetap yang paling gojes. Ngahahahahahah! Adlil-adlil lain, ermmm... no komen. :P