RM800 dari Trudy & Teddy

 Satu petang tu. Aku sambut hubby balik kerja dengan senyuman terukir dibibir, tangan kanan di pinggang, tangan kiri di pintu, pinggul tonggek sikit, kaki silang. Ewah megan fox sangat. Haha
Hubby masuk je rumah,

Aku: Papa penat?
Hubby: Boleh tahan la jugak. 
Aku: Nak coffee? Teh?
Hubby: Apa-apa je la.
Aku: *Masuk dapur dan bancuh nesacafe 3in1. Baiknyaaa bini sape la ni. Haha!*
Hubby: Oh terima kasih.
Aku: Sama.. Papa, Mama rasa Papa guna je lah RM500 yang menang RedBull tu. Nak tukar sportrim ke hape ke tak kesah la.
Hubby: Erkkk..? Kenapa Mama lain macam je ni? Baikkkk je pulak hari ni? *ok fine hari-hari lain aku jahat. obvious sangat ke.. Hahah!*
Aku: Saje je. Hadiah tu kan hadiah Papa. Guna je la.
Hubby: Malam ni malam jumaat ke ape?
Aku: Tak laaaaa!!! Dah saje je nak buat baik tak boleh ke?
Hubby: Hahahah. Ok la ok la. Tapi takpe la. Mama simpan la duit tu. Setakat RM500, celah ketiak Papa je tu.
Aku: Hamboihh sombong nya! Orang nak bagi dia tak nak pulak? *dalam hati, yessss!!! Haha!*
Hubby: Simpan la. Simpan dalam akaun Haikal pon bagus.
Aku: Betul taknak?
Hubby: Iye..
Aku: Betul betul betul?
Hubby: Iyeeeeeee..
Aku: Sebab Mama ada menang cash lain dari Trudy Teddy. Baru je tadi. Ok bye!
Hubby: pffffffffffttttttttt!!! Oi tak cakap awal-awal!



Aku menang 2nd prize je.
 Dapat la cash RM500 dengan voucher Trudy & Teddy RM300. Alhamdulillah. 
Tu pon nasib baik letak nama sendiri. Kalau letak nama hubby, kang menggelabah lagi pikir camane nak rampas hadiah dari dia. Sumpah serik letak nama beliau.
Bahahahahaha! *keji punya isteri*

So hasil tangkapan kali ni boleh la beli baju baru untuk Baby Haikal guna voucher tu kan. Hadiah birthday la kengkonon. Hamboih banyak betoi hadiah engko yang. Tapi aku macam nak kasi Baby Aqil jugak voucher tu. Sebab birthday mereka sama pulak tetiba. So senang korang share la dua orang. Aku kan baikkk. Sangatttt. eeeeeeiiiiii eeeeeiiii! Kah kah kah

Aku masuk contest Trudy Teddy ni sebenarnya last minit.
Esok due date, hari ni baru aku submit.
Bila dah tergopoh gapah hantar last minit, mestilah naharommm sikit hasilnya kan. Tapi tak sangka masih ada rezeki. Alhamdulillah..

Nah aku nak share entry yang aku submit untuk contest ni hari tu.
BTW, contest ni kena buat belog entry je. Sonang! Tak payah nak pos-pos. Huhu!
Korang usha lah kalau sudi.



Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

4 comments:

mummy alisha said...

memang terror la slalu menang... hehe...

ctZue said...

mantap ye awak..hee..suka baca blog awk rajiah..dan sgt kagum awk muda2 dah buat phd..sy nk buat jugak ni, tp takut je..mampu ke mampus nanti..haha

sheisjaz said...

Tahniah awak...

mama hadieff said...

testing123