Sebenarnya gini..

Tajuk macam nak mintak pinjam uwang saje kan.
Sebenarnya gini..saya ada masalah... nak pinjam singgit boleh? 
Kekekeke!

Takde lah. Main-main je. 
Aku pon tak tahu apa nak taip ape entry kali ni.
Rasa macam bengap semacam bila hadap belog kali nih. Selalu lajuuuuu je taip. Maklum la dah seminggu lebih ai tak hadap belog kan.
So disebabkan aku bengap-bengap ubi hari ni, mari kita borak-borak saje lah. Ok dok? Borak ringan-ringan saje. Seperti, hai awak apa kabar? Dah makan ke belum? Saya baru je lepas makan. Tak banyak pon saya makan hari ni. Setakat 2 pinggan je. Sebab saya diet. Selalunya makan 3 pinggan. Sampai habis pinggan-pinggan kat rumah saya. Malam ni nak ajak hubby pergi Tesco beli pinggan baru.

Jiji, kenapa sewel sangat ko hari ni?
Kok ye pon takde modal nak up entry, kaver-kaver la sikit.
-_____-"

Ok sebenarnya gini.
Aku bukan sesaje taknak update belog. Tapi bebaru ni aku kena asthma attack lagi sekali.
Eh aku malas lah nak cakap pasal asthma aku ni sebenarnya. Sebab macam dah lali kot. Pengidap asthma tegar la katakan. Kang lagi beberapa bulan, kalau aku tak update hah pempaham la korang ek. Eh macam doakan diri sendiri nak kena asthma attack lagi je. Haha.
Na'uzubillah.

Jumaat lepas, aku warded kat KPJ Shah Alam. Mak oiiii jauhnya kau warded.
Dari Penang ke Shah Alam ye cik kak. 
Ha'ah aku sesaje je nak warded jejauh.
Kat Shah Alam ramai sikit sedara mara, ramai sikit datang melawat, ramai sikit hantar lauk kat ward. Ramai sikit orang yang aku nak susahkan. Bila orang bagi buah tangan, ALAHAI SUSAH-SUSAH JE. Dalam hati, yeay dapat keropok ROTA. Pastu tak sesabar nak orang tu balik sebab nak melahap buah tangan tadi. Hahah. 
Jadi hipotesis kita pada hari ini,
semakin ramai orang datang melawat, semakin ramai orang yang alahai susah-susah je bawa buah tangan, semakin cepat asthma sembuh. Sangattttt.
Seronok kot tetiap masa ada orang datang melawat. Dah macam buat open house pon ade.
Hihih.
Kengkonon nak bagitau ramai la yang perihatin kat aku ni. Ramai orang sayang la kan. Puiiiii.
Padahal yang datang melawat ko pagi petang malam ialah orang yang sama je. Setakat keluarga terdekat je. Haha. Kalau ada strangers yang datang melawat pon, tu ha cleaner sepital tu tetiap pagi datang lawat aku sambil gosok jamban. Tak pon, misi-misi kat ward tu, balik-balik masuk bilik tanya aku dah makan ubat ke belom. 

4 hari jugak la aku bertapa kat ward tu.
Sekali dengan hubby & Baby Haikal.
Dah macam berkelah ke hape. Siap bentang tikar. Hidang lauk-pauk yang dibawa oleh family. Doktor datang tengok pon geleng kepala. Haha

Tapi sekarang aku dah kembali normal. Dah sampai Penang dah pong.
Walaupon belum fully recovered, tapi aku buat-buat okay je lah.
Orang kata jangan makan kacang, aku makan jugak. 
Jangan makan nenas, aku bantai kunyah nenasssss manjang.
Dah tu nak buat camane. Masa aku warded tu, orang bagi kacang dan nenas sebagai buah tangan. Takkan nak tolak. Sentap pulak kang. Lagipon rezeki jangan ditolak. Hihi.
Padahal ada je buah tangan lain yang boleh dimakan, tapi saje nak makan jugak nenas dan kacang. Saje nak cari pasal. Saje nak bagi hubby marah. Rasa disayangi je bila kena marah. Huhu
*Lempang nakkk???*

Ok tukar topik.
Hari ni first day aku hantar Baby Haikal kat taska.
Dulu aku hantar kat babysitter kan.
Pastu aku jaga sendiri kejap, pastu sekarang aku rasa Baby Haikal makin besar dan makin mengada dan makin kerek. Seyesly makin menjadi-jadi perangainya. Aku pon kengkadang meroyan tak tentu pasal. Dulu kalau aku kata NO, dia tak buat dah. Sekarang aku kata NO, dia boleh buat tak tauuuuu saje. Sambil muka yilek, sengih-sengih. yennadeyyyy...
Pastu manjang nak bergesel-gesel kat aku.
Kalau tak nenen pon, sesaje datang bergesel sondol-sondol aku. Eh ko ni. Dah kenapa?
So aku syak dia nak kawan la.
Mungkin kalo ada kawan, dia terkawal sikit kot. Kottttt la kan.
Ada jugak yang soksek soksek aku suruh bagi dia adik. Hoi mestilah aku akan bagi. Mana boleh tak bagi. Sorang je mana cukup bhaiiii..
Tapi ye la. Kalau hari ni buat adik, esok boleh bagi dia adik terus, senang la. Ni nak kena IKHTIAR dulu. Kah kah kah. Pastu nak mengandung 9 bulan, pastu beranak, pastu baruuuuuu dia dapat adik. Aku suka part IKHTIAR tu je. Part mengandung dan beranak kurang suka. Haha

So aku pikir buat masa ni, better aku hantar kat nursery. 
Bagi dia berkawan.
Sekarang baru aku kompiden sikit nak hantar dia kat nursery. Sebab Baby Haikal pon dah kuat sikit, dah boleh berdiri, tak lama lagi nak berjalan pulak. So takdelah risau sangat kalau dia main lasak-lasak kat taska tu. 

Kang pukul 4 ni aku nak pi jenguk dia lah.
Pagi tadi masa hantar, dia nangis-nangis la jugak. Tapi lepas teacher dia pujuk, budak-budak lain pon ajak dia main. Leka la dia.
Tak lama lepas tu, aku pulak yang nangis. Kah kah kah

Aku bagitau hubby,
"Haikal nangis, semua orang nak pujuk. Tapi bila Mama nangis, takde orang pujuk pon"

Hubby jawab,"Hmmm.."

Hmmm je????
Dah tak kuasa sangat nampaknya nak layan ke-mengada-an bini dia.
Haha

Tapi aku syak laki aku pon tengah berduka lara dalam hati pikir pasal Baby Haikal kat taska tu. Tapi control macho la, tak tunjuk. Huhu.
Selalunya, dia balik lunch hour, terus Baby Haikal terpacak depan pintu sambut dia. Tapi hari ni, setakat megan fox je posing depan pintu. Mana tak teruji kelelakian dia kan. Menangis dalam hati gamaknya.

Eh panjang jugak aku bebel kan?
Walaupon pada mulanya tergagap-gagap nak taip.
Tapi akhirnya terlahir jugak satu entry yang boleh dibanggakan. 
Dan menggembirakan semua orang yang membaca.
Puiiii.

Ok lah aku nak makan ni. Makan lagi???
Ha'ah tadi aku beli rojak buah. 
Nak join mari lah.
Saje ajak-ajak ayam. 
Tak kesian pon tengok muka korang tu.
Babaiiiii!!


4 comments:

Kancilbiru said...

ada nama ang la menang dalam contest:

http://www.suzie284.com/2012/10/its-our-winning-menang-voucher-courts.html

Jiji-Fify said...

Ha'ah..tau dah. Huhu. Tengkiu kancilbiru! Glemeres jugak nama ai. Haha

mama ieqa said...

Jiji ~ jiji cuba minum madu kelulut... bagus utk asma.... akak dh try.. tp akak punya asma x la teruk sgt....

Blogger said...

New Diet Taps into Pioneering Concept to Help Dieters Lose 15 Pounds within Just 21 Days!