Suami saya senang je..

 Ini kesinambungan dari entry Karok semalam.
Bajet retis sangat nak buat entry sambung-sambung bagai. Macam ramai sangat je baca belog kau tu makcik. Setakat buat entry baca sendiri je walaupon kannn. Kah kah kah.

Lepas karok hari tu, elok je depan tempat karok tu ada kedai tudung. Aku buat-buat la belek tudung. Rasa-rasa kain mana yang sedap, mana yang sejuk. Macam pakar sangat je bab memilih kain. Haha.
Dan tetiba hubby cakap, "Nak ke? Beli lah. Nah wallet."
 Ehehehehehe..Itu lah dia the power of.... of ape eh? 
of isteri iras megan fox? *bluwerghhh!*

So aku pon amik dua helai, dan bayar. 
Dan yeayyy tudung baru!

Alhamdulillah selama dua tahun kawen ni, hubby tak tunjuk lagi perangai kedekut dia. Tak tau la dia memang pemurah hati sejak azali atau BELOM tiba masa untuk dia tunjuk kekedekutan dia tu. Tergagap-gagap aku nak eja kekedekutan haihh!
Orang kata, awal-awal marriage memang suami masih "berbaik hati". Tapi bila dah tujuh lapan tahun kawen, anak pon dah pat lima orang, mula la isteri nak buat kerja part-time. Hahaha.
Tapi aku harap hubby tak begitu. Mari kita harapppppkan saje ye. Hihik.

Setakat ni, kalau aku nak sesuatu, memang satu tu je la pon taktik aku. Buat-buat la belek benda tu, nanti mesti hubby cakap, "Nak ke? Beli lah. Nah wallet." Siap bagi wallet okayyy. 
Tapi kalau buka wallet, ada lima hinggit je dalam tu, sentap la kau namploh kali sambil keluarkan wallet sendiri. Bahaha.

Aku bersyukur dapat suami yang baik, tak kedekut. Dan aku pon takdelah nak memisau cukur je manjang kan. Agak-agak la. Takkan hari-hari kau nak buat-buat belek rantai kat Habib Jewel. Hoiihhh melampau! Bukan setakat botak laki aku tu kang, dengan ketiak dan kaki sekali licin. Luruh habih! Hahaha

Ok berbalik kepada tudung yang baru dibeli lepas karok tadi. 
Esoknya terus aku berkobar-kobar pergi lab dengan tudung bawuuu.. Huhu.
Tak perlu pakai perfume pada hari itu, kerana? 
Bau kedai pada tudung baru dah cukup. Haha.

 
Tudung baru punya pasal, produktiviti saya bertambah 70% pada hari tersebut.

"Papa, untuk esok takde tudung baru la, malas nak pegi lab!" 
*Hint mengalahkan ugut bunuh ok! Haha*


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

4 comments:

isabelle said...

alasan itu juga akak selalu guna.muehehe

mummy alisha said...

awak beli kat mana tudung tu? leh tolong belikan tak? cantik la...

gadisBunga™ said...

tapi tudung baru awak cantik okeh!

Jiji-Fify said...

Kak is,
Seppppp!!

Mummy alisha,
Kat sunway carnival mall, penang. Eheheh. Tapi kat kedai orang cina la. Yang kedai jual benda2 kpop tu kengkonon. Hahah. Tapi masa saya beli tu, shawl corak gitu mmg satu tu je. Dia mmg semua corak lain2. Nnt kita tgk kot2 dia restock k.

Gadis bunga,
Tudung je ke cantik?? Ok taknak kawan bye! Hahahaha