Vacuumozeyduphobia- fobia kepada vacuum

Tolong la percaya term Vacuumozeyduphobia itu memang wujud dalam komus saintifik. Aku cipta sendiri walauponnnn.. Haha.
 Baby Haikal kan. Memang sejak azali lagi dia takut dengan bunyi vacuum. Kalau vacuum tu tak berbunyi, boleh je dia pegi panjat-panjat, tendang-tendang vacuum tu pon. Tapi bila aku tetiba ON je vacuum tu, melompat terus engko! 
Pastu melalak-lalak panggil aku. Haha.

Nasib baik laki aku yang genius sikit je dari aku tu heheh, dia bawak balik satu penutup telinga yang kalis bunyi tu, yang selalu orang kerja jaga parking kapal terbang pakai tu kan. Ape namanya tah aku pon tak tahu. Hubby bawak khassss untuk Baby Haikal, si penakut vacuum *gelaran baru haha*.

Pastu balik rumah, terus hubby try pakaikan kat Baby Haikal.

 Hamikkk sama besau dah dengan kepala ko yang. 
Cer headbanging sikit, mesti macho habis. Dah macam DJ Fuzz dah Mama tengok. Hahaha. *muka Baby Haikal dalam gambar tu tengah tahan nanges. Dia ni bila kena buli sikit, memang asik nak buat muka stok tahan nanges je. Drama lebih.*

So hubby pon saje la amik gambar Baby Haikal memakai penutup telinga tu sambil duduk sebelah vacumm. Untuk kenangan abadi. 
Kang bila dah besar *dah berjambang*, boleh aku tunjuk gambar ni kat Baby Haikal, takpon tunjuk kat calon menantu aku kan. "Senah! *awek Baby Haikal* Ko tau tak si Haikal ni, fobia dengan vacuum. Memang tak boleh sentuh vacuum langsung lah. So kerja vacuum mengvacuum ni memang engko lah yang kena buat kang. Jangan suruh anak aku pulak." 
*sinetron ibu mertuaku sangat. Haha!*



So everytime aku nak vacuum, aku akan pakaikan Baby Haikal bendealah tu. Kengkadang dia rimas, kengkadang dia biorrrr je. Bila aku panggil, dia buat donnooo saje. Dah tak dengor kan. Haha. Senang la aku nak vacuum sambil menari she bangs she bangs. Heh.

Oh aku nak share ngan korang tentang penggunaan vacuum nih. 
Wah! Promoter vacuum pulak ke sekarangggg..Hahaha.
Takdelah, aku just nak share experience aku la kan. Masa baru kawen dulu kan, aku suruh la hubby beli vacuum. Pastu bukan aku yang vacuum pon, hubbyyyy jugak yang kena vacuum. Aku tukang cakap, 
"Haa sini bang sini! Bang sini banyak habuk bang sini sini!" 
*sinetron isteri mertuaku sangat. Boleh?* Keh keh keh.

 So masa nak memilih vacuum tu, aku punya la kerek nak pilih yang cantik-cantik la, yang aerodinamik la, yang ringan la, yang senang nak simpan la. Pastu hubby pon beli la yang mengikut citarasa bini dia yang saling tak tumpah seperti megan fox ni kan. Mana nak cari kannn. Aku sorang je la yang iras megan fox pon. Bahah! Langgar dengan trailer baru tau!

Pastu, ko tau vacuum tu, apa pon tak boleh! Lepas setahun lebih kitorang pakai, hose dia dah koyak la, kuasa sedutan *wah kuasa sedutan tak tahan tuh! haha* dia dah tak kuat la. Pastu last-last asik overheattt je manjang. Kalau aku vacuum lama sikit, mula la dia overheat pastu suis utama rumah aku tu tendang ke bawah. Terus terpadam segala-galanya. pffttttt!

Tak lama lepas tu kitorang ada balik rumah mak mertua aku. Aku pon mengadu domba la kat Mak pasal vacuum kitorang tu kan. 
*mengaduuuu je lah kerja engko nih! padahal pasal vacuum je pon. haha*

Aku: Mak, vacuum kat rumah dah rosak la. Tak syok langsung asik nak kena menyapuuu je. *sendiri mengaku pemalas.*
Mak: Vacuum yang Mak pakai tu, dah bertahun-tahun pon elokkkk je. Ko vacuum camane, yang?
Aku: Entahhh..Alang (hubby) la yang selalu vacuum. *wah nak salahkan anak dia pulak! bertuah punya menantu! Haha*
Mak: Suruh Alang beli yang macam mak punya tu. Tu haa yang bangchik tengah buat vacuum kereta tu. Murah pon murah, tahan lama, nak cuci pon senang.

Pastu aku terus goda-goda hubby suruh beli yang macam Mak punya. Heheh.
Dan akhirnya, tu haa yang dalam gambar dengan Baby Haikal tadi tu. 
Walaupon body dah macam tong godang gitu kan. Nak masukkan Baby Haikal pon muat dalam tu kan. Tapi vacuum tu memang superb. Debu yang halus-halus-halussssss tu pon dia mampu sedut. Tak perlu mop! Senang kerja ai. Hihi *dah dasar pemalas kan*

Dah la vacuum tu untuk double-purpose, dry and wet. Engko boleh sedut air okayyyy.. Kalau Baby Haikal buat tumpah air ke kan. Muka aku rilek je senyum amik vacuum tu dan bersihkan air yang tumpah tadi. Walaupon dalam hati, 
"Ko ni yangggg!!!! Minum la betol-betol! Asik asik tumpah! Boleh amukan pocong Mama camni! Grrrrr!" Hahaha. 
Dalam hati saje ye. Muka tetap senyummm.

Pastu kan, vacuum ni tak perlu nak replace filter bag la ape jadah lagi tah. Engko cuma perlu basuh saje. Bila dah penoh, buang sampah dalam vacuum tu, dan basuh. Macam basuh baldi je. Menggunakan hanya sebelah tangan sambil mata tertutup, kaki bersimpuh pon boleh buat.

No wonder la aku tengok kat car wash pon pakai vacuum jenis gini.
Baguihhhh sangat.
Haaaa meh sape nak vacuum kereta, sini meh! Murah murah!
Hahahaha


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

7 comments:

irwani said...

wahh tomeinye die..phobia ngan vacuum ye..lawak pon ade hikhihikhik..btw, sounds interesting la pasal vacuum tu..brand ape tu kak? nak beli kat ne?price bape? hehehhee

mummy alisha said...
This comment has been removed by the author.
mummy alisha said...

anak sy pun nangis kalau dengar bunyi vakum.. samalah kita punya vakum... yg dulu nak cari sparepart pun susah...

mizzura said...

lorrr...dulu setiap kalo vasumm kucing2 mesti lari...ada jual earphone tuk kucing tak...lol :-P

Jiji-Fify said...

Irwani,
Brand pensonic kot kalo tak silap. Harga? Errmmmmmm....hahaha! Tak ingat mak hincikk..

Mummy alisha,
Kenapa cari spare part? Rosak ke?

Mizzura,
Kucing senang je. Sumbat je gabus penutup botol tu. hahahaha! *tak berperikemanusiaan*

lovelywa said...

sma la budak2 kat umah tu pun..masa kecik2 mmg dorang takut..dah besor ni takde pun..

sepet a.k.a zack_u said...

ha rumah aku pun guna robot ni. tahan berbelas tahun. good job. huhu!