Zoo kampung

 Kebetulan ada satu petang tu, hubby balik awal dari kerja.
Selalu manjangggg balik lambat. Sampai muka aku dah ketat tunggu depan pintu sebab lama sangat terpacak kat pintu tu tapi hubby tak muncul-muncul. Haha.

So dah alang-alang petang tu hubby balik awal, aku ajak dia jalan-jalan sambil tolak Baby Haikal dalam stroller. Memula hubby nak tidur, tapi aku tak bagi, paksa jugak dia layan aku ngan Baby Haikal. Aku bukan kejam cuma memang kejam pon. Haha.

Kat area perumahan kitorang ni ada satu kawasan kampung orang india.
Memang meriah la kawasan ni kan. Dengan jalan tar yang bercorak-corak, siap ada dekorasi daun-daun sini sana. Heheh. Yang bestnya, diorang ni ada reban besar. Segala jenis haiwan la ada dalam tu. Ayam, itik, angsa, ayam belanda, lombu, anjing. Cuma Zirafah je takde.

So kitorang pon pegi la melawat reban tu sambil memperkenalkan Baby Haikal kepada kawan-kawan barunya. Haha.

 Hai. Nama saya ayam belanda. Mak saya belanda, ayah saya melayu. Ehh?


 Baby Haikal paling suka ayam belanda nih. Sebab bunyi dia kot.
Sekali dia bunyi, Baby Haikal terkekek-kekek gelak.
Kau tau la kan bunyi dia camane.
Aku nak bagitau kat sini, tak mampu pulak nak eja. Haha.


 Angsa ni bahaya gile. Suka mengejor orang nih. Ko tengok la dia tengah tengok aku tu, pandangan sinisss je kan. Tengah tahan amarah la tuh. Huhu


 Ni ayam belanda putih. Korang nampak tak?! 
Perghh gebu tahu! 
Tengok la bulu dia. Putih melepak kottt. Bulu aku pon tak putih gini. Ehh?

Lama jugak kitorang terpacak kat reban tu.
Sampai orang-orang india kat situ pon senyum-senyum tengok Baby Haikal. 
Tak pon diorang senyum-senyum tengok aku kot. *eheh nak jugekkk dia tu!*

Sebelum maghrib, kitorang pon balik. 
Aku sempat paw hubby beli jajan kat kedai runcit sebelah bengkel motor sana. Hihi.


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

4 comments:

isabelle frankly said...

hang dah dok penang dik...hang kenai dak ayam piru?

Jiji-Fify said...

kak is,ayam piru??? apakah itu? tak tau pong.

ceritera-chinta said...

ayam belanda tu kami belah2 perak utara-bagan serai- panggil ayam piru ....sy pulak kawen dgn orang pokok sena penang mmg tak panggil dah nama ayam nie balanda mmg dok panggil ayam piru...suka kejar orng dulu masa budak2....geram last2 baling dengan selipar gila terus ayam pakcik tu hahhahah

Jiji-Fify said...

Ceritera chinta,
Ooooooo!! Baru tahu! Hahahaha! Thanks. Padahal pak mentua orang perlis, tapi menantunya ni haram jadah ape satu pon tak tahu. Kah kah kah