Baby Haikal's 1st Birthday - Episod 1

Hamboih! Siap berepisod-episod pulak entry dia.
Baik masukkan je dalam slot akasia tu ha.
Tak pun slot tengahari, Wanita Hari Ini. *Cey ceyyy ada makna tu.. Haha!*

Bukan ape. Rabu lepas kan birthday Baby Haikal. Yang pertama pulak tu! So harusssss celebrate! Mak bapak yang eksaited terlebih walauponnn.. Haha.
Tapi takpe. Biarkannn..

So malam Rabu tu kitorang celebrate bertiga je lah. (Aku cerita dalam Episod 1 ni)
Pastu hari ni, teacher-teacher dia pulak nak buat party untuk Birthday Baby Haikal kat nursery. Siap diorang pulak yang menjemput aku ngan hubby, 
"Nanti Puan datang la dengan husband ye. Kami buat makan-makan untuk Haikal."

Eh aku rasa macam dah terbalik pulak. 
Patut aku la yang menjemput kan. Kah kah kah. 
Takpe lah..asalkan dia ada sebut makan-makan tu, so kita terima je dengan hati terbuka. *dengan mulut terbuka walauponnn.. Haha!* 
Birthday party kat skool tu nanti aku cerita dalam Episod 2 ok.
Pastu weekend ni, nak balik Shah Alam pulak. Sambut birthday Baby Haikal & Baby Aqil, dengan orang-orang kampung. Kampung?? Dan yang ni, aku akan cerita dalam Episod 3.
Ada paham?

Kemain Baby Haikal ehhh, baru setahun dah tiga episod birthday! Aku dulu tak dapat pong besday-besday camni. Malahan, aku tak ingat pon bila masa tah aku berusia setahun. *ok tak lawak langsung*

So, Rabu lepas, balik kerja, tak mandi, terus zas zas zassss bawak Baby Haikal pergi Sunway Carnival. Nak celebrate birthday dia lah.
Kitorang beli kek kecik kat Bread History dan dinner kat situ sekali. Kebetulan Bread History tu attach dengan Just Pizza, jadi senang lah. Dinner terus. Kitorang order Grilled Chicken Pasta dua, Pizza satu. 
Bukan untuk Baby Haikal, tapi untuk diri sendiri. Haha! 
Baby Haikal makan Chicken Floss Bun sahaja.
 Cukuplah untuk birthday boy setahun jagung. Haha.

Happy Birthday to you..
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to Ashraf Haikal..
Haaaappy Biiiirthday Tooooo youuuuu~~ 
pum pam pum pam *mercun*

Disebabkan Baby Haikal breastfeed melalui aku kan. Tu yang aku terpaksa makan kek dia tu. Terpaksa ok. Terpaksa! Aku bukan nak sangat pon... 
*cey ceyyyy...!!! Hahahaha!*
Padahal, nampak je kek tu, aku dah mendengus macam jin aprit ke hape tak sabar nak makan.. Memang dasarrrr.. Huhu!


Kot ada yang nak tanya, 
Kenapa kitorang botakkan kepala Baby Haikal? Tanda kesyukuran kah?
Jawapannya ialah, Tidak..itu tanda ruam kepala dah banyak. Sekian terima kasih.

Kitorang beria mempertahankan rambut Baby Haikal taw, kalau nak dicantas pon biarlah lepas birthday. Tapi teacher kat skool dia dah bising-bising, Baby Haikal garu kepala sampai luka la, belakang telinga dia dah merah-merah la.
Fine! Fine! Fine! Kita potong rambut dia sekarang jugak! *emosi tak pepasal*
Dan untuk menyedapkan hati, mengenangkan sekarang musim orang balik haji, so tak pelah.. Kita anggap je lah seolah-olah Baby Haikal mengikut trend semasa, rambut orang baru balik haji. Hahaha!
Assalaaamualaikum Tuan Aji Haikolll!  -____-"

Tukar topik. 
Cuba kita renungkan seketika gambar dibawah.
Apakah persamaan dan keserasian yang boleh dibincangkan?

 Ye betul. Dua-dua buat muka tahan kentut. Huhu!

Habis makan, hubby kata dia nak hadiahkan Baby Haikal kasut. 
Aku yang paksa walauponnn.. Haha!
So kitorang pergi kedai kasut Payless. 
Nama kedai memang Payless, tapi harga tetap menggunung. Dan u've to pay exactly the stated price. No pay less. Tak cukup duit, sila berambus. Huhuuu~
Cuba la guna nama kedai yang munasabah sikit kan. 
Please Pay ke, Pay More Is Better ke, Pay Jangan Tak Pay ke, Pay! Pay! Pay! ke.. 
Haha.

Aku masuk-masuk je kat baby shoes section, wahhhhhh terus kero mata!
Amik yang ni amik yang tu amik yang ni amik yang tu.
Hubby peratiii je perangai aku. Haha!

Aku: Papa, nak beli banyak-banyak boleh?
Hubby: *terjegil mata* Mama, kaki Haikal ada berapa?
Aku: Ada sepuloh. Heheh.. Alaaaa..semua cantik. Tak tau nak pilih mana.
Hubby: Ok tak tau nak pilih, jom balik. *Hamboih garang! Haha!*
Aku: Ok ok. Mama amik dua? Boleh?
Hubby: Ok maximum two. Kang dah tak muat kita beli la yang baru lagi.
Aku: Foineee!


Geremmmmmssssss!!! Comellllllssss!

Cool weii kasut-kasut kat sini. Design dia macam kasut orang besar, tapi scale kecik. Cute tolongggg!! *pitam*
Lama jugak aku bertapa kat situ. Dan finally, dapat la jugak pilih dua yang terboik. Heheh. Harga kasut 60 hinggit! *pitam pitam pitammm!!*
Aku rasa nak cakap kat akak kaunter tu, nak beli sebelah je boleh tak? Saya tak mampu nak beli dua-dua. Kasut saya pon tak semahal ni. Errr..ke boleh pakai Kad Siswa atau Baucer Buku 1 Malaysia? Haha!

Ni la kasut yang kitorang beli ittewww..

Yang kelabu tu aku yang pilih, yang hitam hubby yang pilih.
Aku memang suka yang pudar-pudar, lusuh-lusuh, nampak macam budak-budak nakal gitu kan. Haha apakahhhh.. 
Hubby pulak duk pilih yang hiphop hiphop. Hamboi hiphop sangat ke banggg...? =P

Bila dah beli, apalagassss terus sarung kat Baby Haikal. 
Dan bebaskan dia berjalan.

 Hai abang botak.. Lawa kasut.. Haha!


 Taknak dipegang langsung ok! 
Tapi kebelakangan ni Baby Haikal dah makin kompiden untuk berjalan. Rekod terbaik setakat ni ialah sejauh 2 meter. 2 meter sahaja walaupon.

Dah sampai rumah pon, terus menatapiiii je lah kasut baru dia tu.

Hamboiiiiii..


Yang tak tahan, si mak pak pon tak ketinggalan untuk berasa comel. Haha!

 Hubby lagi melampau taw. Setiap segi la dia nak belek kasut Baby Haikal. 
Pastu siap bawak masuk kasut Nike dia. Aku dah pelik la kan, nak buat apa pulak bawak masuk kasut? Pastu selamberrr je susun kasut dia dengan kasut Baby Haikal sebelah-sebelah. Pastu syok sendiri snap-snap gambar.


Aku pon bising la ape lagi. Haha.

Aku: Mana aci camnihh! Kasut Mama masuk sekali la!
Hubby: Mana boleh.. ni hal orang lelaki. Mama apa tahu..
Aku: ppffffttttt!

Pastu dah habis amik gambar pon, masih tak reti-reti nak letak balik kasut tu kat luar. Nakkkkk jugak letak sebelah kasut Baby Haikal. Tolong la laki sape niiii... Hover tau! T___T

Aku pon terus masuk bilik, tukar baju tidur dan tidur. 
*kes sentap yang tiada kesudahan. Haha!*

Oh ni ada cerita selingan sikit.
The following day, tetiba aku dapat komen dari seorang reader belog ni.
 Kak Riena, sampai hati tak tegur kannnn. *sobs* 

By the way, aku tak sangka ada readers terdiri dari kalangan orang Penang. Aku ingat kebanyakannya orang Key Ell saje. Aku sorang je lah sesat kat Penang ni kan. Kalau tahu awal, boleh kenal-kenal, boleh raya sama-sama hari tu sambil main sep sep sep tom tom tom.
Lepas ni kalau terjumpa aku kat mana-mana, tegur je la hoiii! Aku bukan retis pon.. Walaupon rupa ada sikit macam megan fox. *puiiii* 
Walaupon dalam handbag memang ada standby pen dakwat silver kot-kot ada FANS nak mintak otograf. GAHAHAHA! 

*Ohhh geli bulu keti mak hincikk*


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

2 comments:

RieNa said...

ohoiiii pasaipa kriena baru baca entry ni???? alamakkkk malu laa mak hencek...kekekeke!!

Nurul Idayu said...

Wahh tembamnya haikal! fully bf ke ni? geram comell sungguh!