Baby Haikal dah bebas

Dah bebas dari tahanan wad sepital. Hamboi TAHANAN kau! 
Mentang-mentang majalah 3 sabtu lepas cerita pasal banduan sekarang dah mewah tak macam dulu. Hak hak hak.
Tapi seriously, Baby Haikal pon dah macam tahanan masa warded hari tu. Kesian dia. Kesian aku jugak. Sebab terpaksa sama-sama jadi tahanan kat wad kanak-kanak tu menjaga Baby Haikal. 
Nasib baik muka aku baby face, so tak terencat sangat la kalau kelihatan berkeliaran berkejar-kejaran kat dalam wad kanak-kanak tu kan. 
Hahahahah cissss..ingat aku nak sangat?!

Aku rasa ni tempoh paling lama dalam sejarah kesultanan melayu melaka aku duduk wad. Masalahnya duduk wad sebagai orang yang sihat kerana perlu menjaga orang yang sakit (Baby Haikal). Dan ianya sesuatu yang sangat BORING nak mampppp.
Itu je lah yang mampu diperkatakan. Haha!

Macam yang aku bagitau dalam previous entry, Baby Haikal masuk wad sebab demam panas. Dan akhirnya doktor check mucus dia, dan doktor kata ada one kind of virus disahkan positive.
Maka demam panas dia adalah disebabkan oleh virus infection.
Kalau aku tahu awal, dah lama aku suruh Baby Haikal telan Avira antivirus free download. Ok tak kelakar.

Maka bersemadilah aku bersama Baby Haikal di wad tu selama beberapa hari. Disebabkan Baby Haikal masih nenen ngan aku, so aku pon terpaksa berkampung kat situ jugak. Lain la kalau Baby Haikal boleh nenen dengan nurse kat situ kan. kekekeke..

Tapi matahari tak selalu cerah, hidup tak selalunya mendung. *apetah*
Aku sebenarnya seronok je dapat spend time dengan Baby Haikal 24/7. Bukan selalu dapat peluang camni. Dah la kat wad kanak-kanak pulak tu kan. Ada playground lagi, so aku ngan Baby Haikal selalu main kat situ. Kengkadang Baby Haikal dah nak balik bilik, aku yang tak nak balik. Syok sangat main jongkang jongkit. Hahah! Aku memang umur 25, tapi jiwa pramatang...

Nak nak pulak Baby Haikal sekarang dah lajuuuu berjalan, dah nak berlari dah pon. So lagiiiii la seronok aku berkejar-kejaran dengan dia dari hujung wad sini ke hujung wad sana. Mak bapak lain tengok geleng kepala je kan. Huhu!
Ada sekali tu kan. Aku tengah main kejar-kejar dengan Baby Haikal kan. Pastu tetiba terserempak dengan doktor pakar yang rawat Baby Haikal. Dr.Francis nama dia. Terus dia tergelak-gelak tengok aku ngan Baby Haikal. Tak pon dia gelakkan aku sebab kelihatan agak terencat disitu. Haha. Nasib aku tak ajak doktor tu main sekali. 

Tu aktiviti kalau di luar bilik. Kalau dalam bilik, aku akan kelihatan lebih terencat harap maklom. Heheh. 
Kalau aku malas nak bawak Baby Haikal keluar bilik kan. Contohnya sabtu lepas. Kan panggung sabtu ada cerita Mann. Hoi all time fevret hoiiii.. Haha! So aku memang taknak keluar bilik la sebab nak tengok cerita tu kan. So hiburan untuk Baby Haikal kalau berada dalam bilik ialah main remote katil.

Katil sepital kan boleh adjust kepala la, kaki la kan. So aku letak Baby Haikal atas katil tu. Pastu tekan-tekan la remote tu. Berombak-ombak katil engko! Hahah. So selama tiga jam layan hindustan, selama itulah aku ombak-ombakkan katil itu. Tak taulah jahanam ke tak katil tu lepas tu. Lantakkan...yang penting Baby Haikal suka dan tak ganggu konsentrasi aku layan hindustan. 
Siap bila part lagu-lagu dia, aku increase volume, pastu miming sekali. Hamboih haha! 
Pastu part yang last-last tu yang Dev dapat tau Priya dah takde kaki tu kan. Sedih hoiiiii... Terus terberenti ombak di katil sebab aku capai towel lap air mata. 
Ho ho hoiiii kemain!!

Selain daripada itu, lepas lunch aku akan bawak Baby Haikal jalan-jalan kat lobby, sambil beli roti kat kedai bakery bawah tu. Sampai akak kedai tu pon dah kenal aku. Hari-hari turun beli roti. Beli kemain banyak pulak tu kan. Padahal baru lepas lunch. 
Dan untuk pengetahuan, semua makanan sepital samada breakfast, minum pagi, lunch, minum petang mahupon dinner, semuanya aku yang makan. Walaupon yang sakit ialah Baby Haikal. Sebabnya Baby Haikal memang tak lalu makan sepanjang duduk wad. So daripada buang makanan tu, baik masuk ke perut aku. Perut aku dengan tong sampah memang mempunyai fungsi yang sama. 

Tambahan pula, bila hubby datang melawat, kompom dia akan bawak makanan. Tak kesah la nasi kandaq ka.. nasi ayam ka.. tapi for sure dia akan bawak something to eat. Walaupon hubby kata, makanan tu untuk dua portion, satu lunch dan satu dinner. Tapi aku mempu habiskan dalam tempoh sekali hadap je. Ehhh ini dah bukan tong sampah ni, tapi LORI SAMPAH! Hihihik.
 Ehhh korang dah tahu? Obvious sangat ke?? Hahahaha cissssss..

Errrmm..apa lagi eh rutin aku kat situ.
Oh ada sekali tu kan. Aku rasa annoyed dengan sorang budak ni. 
Dia dari bilik sebelah kot. Asik asik asikkkk datang bilik aku, pastu,

"Makcik, nak upin ipin. Nak upin ipin."

ppffffftt!

Selalunya kalau Baby Haikal tengah buat nebulizer atau baru lepas injection, aku akan bagi dia tengok upin ipin kat ipad untuk pujuk dia. So budak ni tah datang dari celah mana, tetiba muncul join sekali tengok upin ipin. Siap naik atas katil aku lagi!! Grrrrr!!
Pastu ada satu malam tu, mak dia datang kat bilik aku cari anak dia. Pastu bila dia nampak anak dia, kau tau dia cakap apa?

"Oooo..kat sini rupanya..Nanti balik bilik ye..."
Dan terus berlalu begitu sahaja.

Ho ho ho hoiiiiiii!!!

Mak jenis apakah engko? Engko ingat bilik aku ni pusat penjagaan kanak-kanak ke hape? Hadoiiiii... Kalau aku jadi dia, aku dah heret telinga anak aku balik bilik. 
Dah tau itu adalah hospital, dan setiap orang pon tengah sakit. Pempaham la kan. 
Hamboiiii biasaaaa makcik tu!

Selama Baby Haikal warded, menderita jugak la dia. Aku selaku ibu terbaik abad ini, memang sedih jugak bila tengok Baby Haikal kena telan ubat, kena injection, kena buat physio, etc. Berapa kali aku nanges toksah cerita la. Engko tanya la mana-mana mak pon, pasti akan menangis bila tengok anak dalam kesakitan. Mak lembu sekalipon. Mak tenuk sekalipon.

Dan akhirnya semalam, Baby Haikal dah boleh discharge. 
Huhhh legaaaa....
Yang buat aku sedih, berat Baby Haikal dah susut banyak. Dia dah kurus. 
Dari 10.6kg jadi 10 kg, dan sekarang dah jadi 9.4kg.
Dan sampai sekarang, dia masih tak selera nak makan. Aku je lah yang tolong makankan. 
Dalam hati, Yesssss haha!

Terima kasihhhhh banyak-banyak kepada yang tak putus-putus tanya kabar dan doakan Baby Haikal. Korang memang sayang Baby Haikal eh..
Terima kasihhh sangat. 
Baby Haikal pon sayang korang. Tapi sayang aku lebih la. *tetiba*


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

3 comments:

mama hadieff said...

akhirnya ada gak entry baru..kesian kat bay haikal..kesian gak ngan mak si baby haikal..
jiji..aritu time dok sibuk menggugel kan..tjumpe 1 blog ni..cam blog jiji la...terkonpius jap..tp asyik mengklik2..trus xjpe lg blog tu..

dari sisi hidupku said...

alhamdulillah dah sembuh. tapi kena kasi baby haikal makan gak, naty dah kurus x comel cam sekarang. haha. sayang haikal.

Jiji-Fify said...

mama hadief,
macam belog saya?? Apakah?? belog duplicate kah?? :O

dari sisi hidupku,
ha'ah dia memang dah kurus... tak besttt haha