Baby Haikal's 1st Birthday - Episod 3

Okeh ni episod last la kot pasal birthday Baby Haikal.
Aku pon dah muak dah asik menaip pasal birthday je.
Birthday aku 16 September. *tetiba*
Entry ni adalah sangat sarat dengan gambar.
So aku cuba untuk tidak membebel terlalu banyak.
Dan jugak aku cuba untuk tidak letak gambar-gambar syok sendiri.
Tapi kalau ada je yang menyusul nanti, korang kena banyak-banyak bersabar.
Heheh!

So weekend lepas kitorang celebrate birthday Baby Haikal dan kembarnya Baby Aqil (anak Along). Birthday diorang memang wajib celebrate together-gether, sebab lahir selang sehari je. Hamboi kawen serentak, dapat anak pon serentak. Baikkk punya plan ehhh..Heheh. Semuanya kebetulan okay.. jangan fikir jauh sangat. Haha!

Kitorang ada buat makan-makan sikit kat rumah Mama kat Shah Alam, buat kecil-kecilan je. Just jemput family-family saje.
Tak mampu nak buat meriah-meriah.
Memula nak order catering untuk 50-60 pax. Tapi mengenangkan perut sendiri pon makan bagaikan mewakili lapanbelas pax haha. So kita jemput je la beberapa ketul orang saje, kang lauk lebih boleh masuk perut sendiri. Lalalala~

Tetamu datang waktu tengahari.
So sebelom menunggu waktu tengahari tu, masing-masing tersadai tidak ketentuan hala.


Aku sibuk bermanja dengan Daddy as usual.



 Adan ngan Along sibuk dengan piano.
Oh Adan pandai main lagu Anak Kampung. Aku rasa cool gila. Sebab aku tak reti. Dari dulu, sampai sekarang lagu happy birthday je la aku tau main. Haha!


Aqil saaaaaangat manja dengan Atoknya.
Siap gesel-gesel kat perut bunchhh Atok. Heheh


Tak lama kemudian tetamu mula datang.
Oh tapi kan. Ada sesuatu berlaku yang buat kitorang naik hantu kejap.
Korang bayangkan eh. Tetamu dah datang, tapi catering belom datang. Pastu call catering, memanjang dia kata on the way. Last-last delay sampai 2 jam setengah. Alasan catering ialah sesat tak jumpa rumah. Padahal ini 2nd time kitorang order dari catering tu. Pastu dia boleh masuk susun lauk sambil muka tak bersalah.
pfffttttttt!!! Aku rasa macam nak hempok pasu je.

Dah la waktu tu dah tengahari semua orang dah lapar nak lunch la kan.
Kesian kat tetamu menuggu.
Hmmm..kitorang memang rasa bersalah tahap max la waktu tu.
Tapi nak buat camane, benda dah jadi.
Aku syak, orang catering tu lambat sebab dia berenti dulu tepi jalan, pastu dia makan sikit lauk kitorang, pastu dah kenyang baru sambung perjalanan. Tu yang aku tengok sambal ikan bilis macam kurang dua-tiga ekor ikan bilis. Lojik jugak kan.
Ha haaa..tatayokkk...



 Bila catering sampai je, semua orang serbu.
Dah macam zombi kelaparan masing-masing. *merujuk kepada diri sendiri walaupon. Haha!*


Hubby dengan Abah.
Hubby kan kelakar betul. Lepas makan tu dia cuit aku pastu bisik,"Sayang, pagi tadi Papa pakai baju ni elok je, sekarang tetiba rasa ketat pulak kat perut. Pelik betul la.."
Hamboiiii kecik besor kecik besor aku tengok hubby.
Dah tu makan dah macam ada jin bertenggek je kan, mana tak kedepannya perut tu banggg.. Tak payah la nak buat muka pelik pura-pura tak tahu punca konon kannnnn..



 Adan & Jahan. Adik aku dua yang last.
Sorang form 4 (MCKK), sorang form1 (SAMTAJ).
Ada sesape berminat? Boleh hubungi talian NUR 15999.



 Eh ehhh.. siapakah wanita di atas ni. Raut wajahnya sangat keibuan dan kewanitaan.
Ibarat wanita melayu terakhir abad ini.
Bertuahnya sape yang dapat beristerikan dia. Lebih bertuah sape yang dapat bermenantukan dia. Dan lebih-lebih bertuah empunya diri yang bernama Nurul Megan Fox Latipah ini. Huhu!
*puji diri sambil tutup muka dengan tin biskut sebab shy... Haha! Tolongggg!!*



 See! Baby Aqil manja sangat dengan Atok.
Mengikut Atok kemana jua. Atok yang dukung walaupon.. Haha!


Lepas semua orang sudah kekenyangan, dan mintak diri untuk pulang. Amboiii dah kenyang je terus nak balik. Macam perangai aku je tu. Haha!
Tapi kitorang tetappppp tak bagi balik. Sebab?
Upacara potong kek la dulu bhai..

Ok ni kek Baby Haikal & Baby Aqil.
I loike to the max! Ada dua perisa, vanila dan cokelat.
Nak tahu aku tempah kat mana? Teruskan membaca.
Hamboih! Haha.



 Seperti biasa, disebabkan Baby Haikal & Baby Aqil, tak reti lagi nak tiup lilin dan potong kek, maka para ibu secara otomatis tolong tiup lilin dan potong kek sambil feeling birthday girl 1 year old dilubuk hati. Haha! Orang tak habis nyanyi lagi aku dah hembus-hembus. Eksaited yuh!


Sebelom apa-apa, aku dulu yang amik gambar kat situ. Haha.
Kasi can la dulu kecik-kecik aku tak dapat pon camni. Paling-paling pon Mama bagi duit suruh beli cikedis kat Kedai Abang Jepp depan tu je. Tu pon mampu beli Tora datang lagi je. Tapi dah cukup untuk feeling birthday girl habis la waktu tu. Huhu!


Kami bertiga.
Terserlah keterujaan mak bapak yang melebih-lebih berbanding birthday boy yang memanjang muka tak faham apakah yang sedang berlaku di sekeliling. Haha!

Masa aku menaip entry ni baru aku terfikir, eh takde pulak gambar Baby Aqil bertiga dengan mak bapaknya. Adoiii.. Lupa nak snap.


Yang ada gambar kami berenam saje lah. Baju kitorang tema hijau, baju family Along tema coklat. Along kata dah macam pokok pon ade. Haha!


Ni la Aunty Sarah. Orang yang wajib aku contact kalau nak tempah kek.
Air tangan dia memang terbaik wok!
Kalau korang nak tempah untuk wedding ke, birthday ke, engagement ke, untuk door gift ke, mahupon untuk dilahap oleh perut sendiri ke, Aunty Sarah adalah orang yang paling tepat untuk korang contact.
Kompom takkan menyesal, malah rasa nak order lagi lagi dan lagi. Hamboih kemain!

Nah contacts Aunty Sarah. Salin dalam buku nota sekarang!

Email: sarahanimah@yahoo.com
Facebook peribadi: Sarah Animah Mohamad
Facebook blogshop: Choc Hut
Belog: http://chochut.blogspot.com/


 Ni Raidoo & Jahan dengan anak bongsu Aunty Sarah. Nama dia Iman (baju biru).
Cute sangat. Masa aku pregnen dulu, asik menatappppp je la muka budak ni. Dengan harapan, dapat anak comelssss macam Iman.
Tup tup tup lepas beranak, anak yang dilahirkan memang comel, sebab maknya comel tidak syak lagi. *tetiba*


 
Ni Ateh dengan Baby Haikal. Cantik kan Ateh? Umur dia 27 tapi macam budak sekolah belum lepas SPM pon ada kan. Sebab dia ni jenis yang memang happyyyy je manjang. Sesape yang berkenan boleh hubungi talian kecemasan 999. Haha!

Oh Ateh ni kan suka betul mengusik aku masa birthday party Baby Haikal ni. Ada sekali tu aku tengah breastfeed Baby Haikal. Tetiba si Ateh ni datang gomoi-gomoi pipi Baby Haikal yang tenagh nenen tu kan. Aku pon macam, Aihhhh gaya dah lain macam je kan. Macam nak gomoi aku pon ade. Haha tettttt!
Pastu aku usik la Ateh, "Hoi nak nenen jugak ke?"
Ateh jawab, "Boleh ke? Nak nenen yang sebelah lagi boleh?" 
 *sambil acah-acah nak selak shawl aku*
Hahahaha!
Biasaaaa dia tu!


Ni sape punya kerja buat anak aku camni nihhhh?? Babap tahu la!


Baby haikal dengan Bangchik tengah main dengan kucing.
Setakat ni memang kucing je la yang dia suka. Kalau aku tunjuk dog ke, ayam ke, mesti dia buat tak tahuuu saje.

Bersambunggg..


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

4 comments:

mamafarah4 said...

cepat sambung!!!!

SARAHZAIDI said...

Tima kasih laaa promote kek aunty...hehe

SARAHZAIDI said...

Tima kasih laaa promote kek aunty...hehe

SARAHZAIDI said...

Tima kasih laaa promote kek aunty...hehe