Blur-blur ubi

Hari ni aku blur-blur sikit.
Sebab semalam dapat 4 winning calls (tapi hadiah biasa-biasa saje lah).
 Masalahnya aku tak tau yang menang tu dari contest ape. Haha!
Dah lupa ok.
So bila orang tu tanya, "Cik Adlil (CIK plisss!!!) ada masuk contest dot dot dot kan?"
Aku bantai jawab, "Haaa.. ye ye betol."
Padahal dalam hati, zaman bila pulak aku masuk???!!
Kah kah kah!
Ternyata sudah nyanyuk, tapi masih hot dan masih layak dipanggil CIK. *puiiii*

So aku bagitau hubby, kot-kot la dia ingat aku masuk contest apa baru-baru ni. Tapi dia pon macam ingat-ingat ubi saje. Hahhh dua kali lima nyanyuk jugak lah korang dua-dua ponnnn!

Pertama, aku dapat hadiah berus gigi yang pakai bateri yang vibrate-vibrate tu apekebenda tah namanya. Hoi tak tahu la mak hincik. Tak pernah pakai pon seumur hidup. Ai biasa pakai kayu sugi je. Tolonglah percaya. =P
Yang lawaknya, aku masa amik bungkusan hadiah tu dari abang pos laju tu kan, boleh tanya pulak abang tu,  
"Ni dari mana ni encik? Ape benda dalam nih?"
Sah sah la mamat tu keroje dia cuma menghantor saje.
Takde keroje dia nak mengesahkan kejadah ape dalam bungkusan tu.
Tak reti-reti nak bukak sendiri ke yop?
Dan bila bukak, ada berus gigi tadi tu lah.
Dalam hati aku masa tu, happy tetapi chuak.
Cuba korang try buat perasaan tu sekarang. Happy, senyum-senyum. Lepas beberapa saat senyum, chuak sambil lap-lap peluh di dahi dan keti.
Haaa camtu la perasaan aku waktu tu.
Sambil dalam hati berkata, ni mesti berus gigi dah kena jampi ke hape ni. Ade orang dengki nak kenakan aku la nih. Jeles dengan muka aku yang saling tak tumpah seperti megan fox la ni. Memang tidak syak lagi! Cepat-cepat aku letak berus gigi tu kat hujunggggg tepi pintu sana. Takuit la kan. So kalau dia nak ada effect sihir pon, pintu tu yang kena dulu. Haha!

Tak lama lepas tu, ada email baru masuk inbox, aku pon bukak. Rupanya email dari contest Panasonic True Beauty, dia kata aku menang berus gigi. Pfffffffttttttttt!!!
Kok ye pon takkan hadiah dah sampai baru engko nak bagitau. Bikin scary saje taw!
Aku ingat ada orang kirim santau ke hantu raya ke hape guna berus gigi tu taw.

Dan yang kedua, dapat email jugak.
Email tu kata aku menang movie pass Istanbul Aku Datang untuk 2 orang.
Sekali lagi aku bengap-bengap ubi tak tau dari contest mana pulak benda ni datang. Haha!
Bila pikio punya pikio, barulah teringat dari Secret Recipe rupanya.
Tapi contest ni sebenarnya aku join secara tak sengaja.
Korang ingat lagi tak entry aku yang pasal Raya Haji kitorang sambut kat shopping kompleks tu? Kan aku ada pergi makan Secret Recipe jugak kan.
Masa tengah tunggu order sampai tu, aku belek-belek pamphlet yang ada kat atas meja tu kan. Dan tetiba ternampak la pasal contest Istanbul Aku Datang ni. Dah nak due dah pon. Lagi sehari dua gitu lah. Walaupon aku ngan hubby bukan pencinta wayang sangat, tapi aku masuk je lah daripada melangut duk tunggu order yang tak kunjung tiba ittew. Heheh!
Kalau masuk contest secara tak sengaja gitu memang aku akan lupa.
Tu yang terdungu sekejap bila menang tu. Haha!

Yang ketiga, aku menang hamper Carrie Junior. Tu pon aku tak ingat sangat contest mana. Sebab Carrie Junior ada organize banyak contets jugak. Lagipon aku punya tu consolation prize je. Aku sebenarnya tak suka sangat dapat hamper. Rela tak menang dari dapat hamper . Hamboih haha!
Boring la dapat hamper sebab mesti jenuh nak menghabiskan barang-barang dalam tu. Ye la kalau dah bagi sabun mandi sampai 5-6 botol, zaman bila la dapat habiskan tu kan.
So anggap je la ni rezeki untuk dikongsikan bersama.
Maybe aku akan bagi Baby Aqil separuh.

Yang keempat, hubby dapat checque RM500. Tapi disebabkan aku yang terima benda tu dari abang pos laju semalam, so aku kena mempertahankan hak aku bahawa checque tu aku la yang punya. Hak hak hak.

Hubby: Eh tu Papa punya lah. Nama Papa kan!
Aku: Ye la. Masalahnya Mama yang amik dari abang posmen tadi. Sape cepat dia dapat la.
Hubby: Checque tu nama Papa.  Pape hal pon, kena bank in kat account Papa.
Aku: Boleh je keluarkan cash lepas tu. Dan bagi kat isteri sebagai nafkah zahir.
Hubby: ppffftttt!!! Tak habis-habis nak nafkah.

Dalam hati aku, Mueheheeheheheheh~

Tapi tetiba malam tadi hubby kata dia nak amik cuti sehari minggu depan.
Sebab?
Dia kata dia rindu nak dating dengan aku berdua-duaan.
Holloh holloh hollohhh...
*terus dalam hati aku, amik la RM500 tu, amik la amik laaaa.. Haha!*

Dan lately, ipad pon dah semakin penuh dengan gambar hubby.
Ahahahahak.
Dulu asik gambar aku dengan lelaki lain saje kan. Huhu!

Ok yang ni setimmmm sangat. Walau hidung kembang bak Scha Alyahya. Haha!





Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

1 comments:

Zura Lee said...

hahaahahah so sweet gmbr2 korang tuh.. ai like..ai likee !!