Chicken Adobo - Masakan orang Filipina

 Ada sekali tu. Hubby tanya aku.

"Mama tak pernah masak masakan Filipina untuk Papa kan?"

Hamboihhhh! Dah pandai request-request pulak dia!
Dulu masa baru kawen, "Sayang masak je la apa-apa pon, maggi pon boleh."
Tapi sekaranggggg...pffftt!
Biasaaaaa dia tu! Huhu!

Oh sebelom korang tanya aku bertubi-tubi, baik aku bagitau siang-siang. Kepada yang tak tahu, Mama aku orang Manila, Filipina. Memang the whole family dia kat sana lah. Mama sorang je yang masuk islam dan menetap di Malaysia dengan suami dan anak-anak tercinta. Especially anak dia yang nombor dua tu. Yang paling cantik berbudi pekerti gemar mengumpul setem tu. Comel sangat. *Apakah hoiiiii!*

Dipendekkan cerita, Mama dan Daddy iolls bertemu jodoh masa dey'olls study kat Swansea dulu. Dah jodoh kan.
Orang kata, ikan di laut asam di darat, dalam kuali bertemu jua.
Tapi Mama dan Daddy dua-dua pon di darat, dan bertemu di unibersiti bukan dalam kuali.
Harap maklum.

Bila aku open je cerita camni kan.
Mesti orang macam, Ooo jadi ko mix la Jiji! Patutla CANTIK, PANDAI, BERBUDI PEKERTI MULIA (ok yang ni aku tambah).
Aku bukan apa. Kenapa asal mix je, cantik. Asal mix je, pandai. Helloooo abis orang yang kawen sesama melayu tak cantik ke? Aku rasa ramai gila kengkawan aku mak melayu bapak melayu, tapi lagi cantik je dari aku. *tetiba sedar diri*
Bagi aku, tak kisah la orang tu mix ke tak mix ke, kalau genetik yang dibawa ibu bapa tu cantik pandai, maka cantik pandai la anak-anaknya.
Kalau mix kutub utara dengan kutub selatan sekalipon, kalau dah si maknya bulu keti kerinting, paknya bulu telinga terkeluar, so anaknya nanti rupa itu la jugeeee...
Lagipon aku rasa kalau mix sesama asian ni takde beza sangat pon. Sama je rupa. Walaupon muka aku ni iras-iras megan fox sikit kan, well tu semua kuasa Tuhan. Bahaha!
Tapikan mengikut firasat aku kan, mix yang paling cantik aku pernah tengok ialah bila cina kawen dengan india. Anak dia, perghhhhhh! Menggiurkan ok. Lawa!

Ok dah. Habis cerita mix-mix.
Berbalik kepada pertanyaan hubby kat atas tadi.

So aku pon terus tergopoh gapah call Mama. Untuk apa?
Mengadu la ape lagiiii.. Haha!

Aku: Mama, Fify kan. Dia nak Rajiah masak masakan Filipina. Tolongggg!!!
Mama: Haha! Buatlah. Try yang simple-simple dulu. Takut tak serasi dengan tekak dia.
Aku: Yang simple? Maggi?
Mama: Orang filipin tak makan maggi excuse meee!
Aku: Hahaha! Ye ke? Rugi rugiii... =P
Mama: U try buat Chicken Adobo.
Aku: Ok fine, dari nama pon dah tau susah! pfffftttt!
Mama: No lah! Ciken Adobo paling senang. Go take pen and paper. Jot down resipi Mama nak bagi nih. 
Aku: *zas zas zasss amik kertas dan pen* Ok dah ready.
Mama: Bla..bla..bla..  
*resipi aku bagi di hujung entry*

Lepas tu, aku pon keting ketang keting ketang kat dapur.
Lap lap peluh kat dahi.
Lap lap peluh kat tengkuk.
Lap lap keti basah some more.
Dan hasilnyaaaaaaaaaa!



Ye, Chicken Adobo ialah ayam masak kicap je pon sebenarnya. Haha!
Tapi lain dari orang malaysia punya ok. Lainnnnn.. *nak jugak lain. Haha!*

Sebab ciken adobo ni, ada halia, garlic (without onion), blackpepper dan VINEGARRRR!!! Eeeuwwhhh! Cuka??!!
Ye cuka.
Orang kita jarang nak menggunakan cuka dalam masakan kan?
Tapi kat Manila, cuka adalah ruji ok! RUJI! 
Kalau RUJIAH, tu dah macam nama aku pulak. 

Filipina macam Malaysia jugak lah. Ada negeri yang suka pedas, ada negeri suka manis, ada negeri suka masam-masam. So Manila adalah kawasan yang suka cuka dan garlic. Kebanyakan masakan dia memang berasaskan dua benda ni.
So masa Mama bagi resepi tu, Mama kata,
Since u want to cook it for Fify yang tekak melayu tu, u kurangkan cuka but lebihkan blackpeper. Kasi pedas sikit. Kalau yang ori, cuka lebih, blackpeper kurang. Tapi kang tak selera pulak dia.

Dan apa yang lebih memeranjatkan gegirl, hubby sukaaaaaaa sangat ciken adobo yang gegirl masak taw. Bergelen-gelen dia makan. Tanjat gegirl!
Siap suruh aku simpan kuah kicap tu, walaupon ayamnya dah habis. Sebab sayang kuah tu sedap katanya. 

Kalau korang berani nak cuba, (kena berani, maklomlah nak makan cuka. Eeuuwh! Haha!) nah resipi,



Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

3 comments:

mamafarah4 said...

lololo..ayam masak kicap jor...nama saintifiknya memang class jah!

suhadha atiqah said...

Yummeh! Pasni boleh la try masak :))

NadiaR said...

jiji, boleh x share lagi resepi masakan dari filipina. share la share laaa :D