Ex tak bermaksud musuh

Beberapa hari lepas, aku diapproach oleh sorang kawan lama. Kawan masa degree dulu.
Actually bukan rapat sangat pon. Kenal-kenal gitu je lah.

Aku masa degree dulu memang takde BFF. Takde orang nak kawan ngan aku pon. Manusia yang memboringkan je aku ni. Anti-sosial. Kalau break between classes tu, bukan nak lepak mamak ke hape, pergi tidur kat surau je.
Bukan nak buat solat dhuha pon. Haha!

Dah la aku ni jenis suka ponteng kelas. Sesekali masuk kelas mesti lecturer tanya, awak ni student baru ke? Sebab jarang sangat nampak muka aku dalam kelas. Terutama kelas CTU. Coursemate aku memang tau la perangai aku ni.

Dan aku bukanlah kegemaran mana-mana lecturer pon masa belajar dulu. Assignment atau lab report aku wajib hantar 2-3 hari lepas deadline hahahaha. Pastu merayu-rayu mintak markah bonus. Apakah perangai tu?? *kompom kena luku kalau Mama baca nih *

So kesimpulannya, aku memang memboringkan.
Eh dah tau ke? Hahaha cisss bedebah lu duduk kampung sebelah.

Tapi kawan yang approach aku tu bukan coursemate aku. Aku kenal dia camana tah. Aku pon tak ingat. Mungkin sama-sama masuk JPA3 masa koko. Tapi aku ni waktu koko yang seminggu sekali tu pon, aku tetap ponteng kah kah kah.
Boringlah koko. Pepagi kena berkawad.
Muka megan fox tapi pakai baju JPA3 dan berkawad. Sumpah tak kelakar!
Lebih-lebih lagi bila aku kapel dengan komander (oh tettttt!!). Masa tu lagiiiiiii la aku kuat ponteng. Dah ada abang kawasan tolong sign kan attendance. Harusssss ponteng sekerap mungkin. Aku bijak menggunakan peluang. Haha!

Masa kawan aku ni mesej aku, aku tak rasa pape pon. Layan seperti biasa. Lagipon since aku ada blog ni memang ramai kengkawan lama yang approach balik.

Dan sesambil tanya kabar tu, tetiba kawan aku ni tanya pasal sorang ex-boypreng aku ni. Aku tak ramai ex-boypreng. Dalam 7-8 orang je. Heheh
Hai ex-boyriendddd!!!! *lambai lambai tangan*

So aku pon macam, eh kenapa cerita benda lama nih?
Eh kenapa kena cerita cinta-cinta ni? Eh seronok nya! Haha
Dia tahu pasal hubungan aku dengan mamat tu pernah berakhir dalam keadaan yang tak berapa baik. Dan sekarang, dia ialah sedang rapat dengan laki tersebut. Ok fine.
Baru aku faham tujuan dia approach aku.
Dia mohon aku maafkan lelaki tu dengan apa yang dia pernah buat kat aku dulu.
Ok camni lah.

Kalau dulu, aku kalau boleh taknak ingat langsung kisah cinta lama-lama.
Kalau ingat balik mesti rasa nak marahhhhh je. Rasa nak bunuh diri pon ada. Aku dulu kalau bercinta memang bangang sikit. Bercinta dan frust menonggeng itu memang hobi sebelom kawen. Sebab tu belajar tak perform. Padan muka.
Sampai satu tahap, aku dah malas nak bercinta. Sebab rasa macam susah sangat lah. Leceh bercinta ni rupanya. Huhu.

Tapi sekarang, bila dah kawen, aku macam dah boleh lupakan semua kenangan-kenangan dengan ex-ex dulu. Kalau ingat balik pon, tak rasa nak marah dah. Tersenyummmmm je.
Mungkin sebab aku dah terlalu bahagia dengan suami dan anak sekarang. Dah bertemu dan hidup dengan orang yang betul-betul jodoh aku. Orang kata yang Allah bagi tu la yang terbaik. Memang betul sangat.

Kawan aku tu ada tanya jugak, aku marah lagi tak kat mamat tu.
Nak marah apa lagi? Bila kau dah terlalu bahagia, mampu marah lagi ke?
Cukup lah kan. Bila Allah dah bagi kebahagiaan tu, buang je la yang busuk-busuk dalam hati tu. In fact, segala kebencian tu akan hilang sendiri bila kau dah terlalu bahagia. Betul kan?

Bagi aku, yang menemukan aku dengan lelaki-lelaki tersebut ialah Allah jugak. Dia jugak yang wujudkan perasaan suka/sayang kepada lelaki-lelaki tersebut satu masa dulu.
Tapi sekarang aku dah faham, Allah temukan aku dengan lelaki-lelaki yang bukan jodoh aku, ialah sekadar untuk bagi pengalaman yang akan mematangkan aku.
So that bila aku jumpa lelaki yang betul-betul jodoh, aku lebih bersedia, matang dan layak pegang tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
So aku rasa tak perlu lah aku nak bermusuhan dengan sesiapa sebab everything happens for a reason. Kita sama-sama dapat pengajaran dari hubungan yang lepas, untuk jadi orang lebih baik pada hari ni.

In fact, aku dah anggap ex-ex ni macam kawan macam biasa. Diorang pon ada yang datang wedding aku, aqiqah Baby Haikal. Ada jugak yang da berkawan pon dengan hubby. Dan aku sendri pon, dah kenal dengan ex hubby dan berkawan dengan pompuan tersebut. Mungkin dulu kita ada sejarah sendiri, tapi tengoklah sekarang. Masing-masing dah berkeluarga, ada yang belom kawen tapi dah bertunang, dah ada partner etc. So semua orang pon dah move on dan ada better life. So tak ke seronok bila kita dah berkawan dan masing-masing cerita pasal happiness masing-masing. Dah takde point nak bermusuh.
 
Some of my ex pon ada dalam friendlist FB dan diorang pon baca belog ni. 
Kengkadang ada yang tegur kat chatbox, "Hoi lawak siot belog u!"
=)
 
Well, dunia ni kecik je. Kalau asik nak bermusuh sana sini. Kau sendiri yang akan buat dunia kau bertambah kecik. Nak kesini takut terserempak dengan mamat A, nak kesana takut terserempak dengan mamat B. So sampai bila?
 
Kita bila dah kawen ni, dah dapat rasa bahagia sebahagia bahagianya, apa salahnya kita doakan jugak kebahagiaan orang-orang yang pernah singgah dalam hidup kita. Tak kisahlah dia pernah tinggalkan kenangan hitam dalam hidup kita ke hape kan. Itu dulu. Dah lepas biarlah lepas. So tak perlulah kita ingat lagi yang hitam-hitam tu. Kita semua manusia biasa. Yang mempunyai satu keinginan yang sama. 
Iaitu kebahagiaan dunia dan akhirat.
 
 

Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

6 comments:

Lala Latif said...

ok...sangat tersentuh ngn entry ni...
huhuhuhu....

♥fatenn meera♥ said...

oke lah kan kak kalau ex..tak kesah sgt..tpi kalau kawan camne?? huhu..saya ni, nak ckp ramai musuh, ade lah jugak beberapa puluh..semuanya takde reason..satu puak gaduh pasal umur saya yang muda dari diorg..oh, ade beberape kali gak pasal ni..hahaha..sakit jiwe saya..adoiii..macam dah xde reason plak..hihi..yg lain2 plak,sbb pilih kawan itu ini..hurmmm..

Jiji-Fify said...

Lala Latif,
Heheheh..terkena batang hidungkah? :P

fatenn meera,
akak pon ada kawan camni. tapi akak pegang satu prinsip. WHAT PEOPLE THINK / TALK ABOUT YOU IS NON OF YOUR BUSINESS!. JUST BE YOURSELF. orang nak benci ke nak kutuk belakang ke lantak lah. yang penting kita move on dan semakin maju dalam hidup. :))

Ummu Majdiyya said...

tersentuh jugak... sebak gittew... terima kasih... terubat sedih bc entry ni. ehh

♥fatenn meera♥ said...

tq akak jiji eh?? wahahha..punya lame jadi silent reader, tpi tak tau name..ni pun rajin intai..haha..tak kesah nak kutuk ke hape, sbb tu dosa dia tanggung kan? insyaallah, saya akan terus berjuang..rasenye, bukan kite xbleh hidup tanpa kawan kan? adik2 kite pon kawan kite..haaaaa

isabelle frankly said...

ahhh tidaaaakkk.

akak xnak maafkan diorg.
akak nak diorg mati pucuk tujuh belas keturunan. heh