Istanbul Aku Datang

 Mesti dah ramai yang dah tengok movie ni kan.
Aku baru tengok semalam. Terasa loser sikit-sikit.
Tu pon sebab menang contest Secret Recipe. So dapat movie pass.
Kalau tak, ingat aku kuasa sangat nak tengok movie bersama si kecik tapi lasak itu?

Aku mahupon hubby, dua-dua jenis yang tak suka tengok movie sebenarnya.
Masa bercinta dulu lain la. Apa lagi yang kau boleh buat waktu dating kan.
Makan movie makan movie makan movie je la. Boring.
Tapi bila dah kawen, masing-masing tak kuasa dah jejak kaki kat wayang. Banyakkkkk lagi benda best yang boleh dibuat kannn.. Dah kawen kannn.. Wakaka!



So sebelom movie pass yang dimenangi tu tamat validitynya, moh la kita pergi tengok wayang. Kitorang pergi GSC Sunway Carnival. 
Situ je la pon wayang yang best kat Seberang Perai ni kan. Haha.
Kitorang sampai pukul 3.20pm. Tetiba tengok next show Istanbul Aku Datang pukul 3.35pm. Ok cantik tunggu 15 minit saje.

Tunggu punya tunggu punya tunggu, Baby Haikal dah panas vontot duduk dalam stroller. Meronta-ronta nak turun. Maklom la budak dah boleh jalan. Nak berlagak berjalan di tempat awam la tu. Hihi.
Paling lama dia boleh bertahan dalam stroller adalah dalam kiraan seminit dua je. Lepas tu, dia pulak yang sibuk tolak stroller. Haihhh..

Masa baru sampai. Mood tengah good boy.

 Beberapa saat kemudian, nak turun dari stroller.
Tapi masih jalan pimpin tangan.




Beberapa saat kemudian, terus lupa diri.
Berjalan sampai ke hujung sana sambil gelak sengsorang.
Walaupon bila toleh belakang dah tak nampak aku, dia tetap teruskan perjalanan dia sampai ke mana-mana tah perginya.


Masa ni dah lupa diri tahap max! Dia betul-betul pergi jauhhhh dari aku.


Siap nak bergaul dengan abang-abang kawasan.


Hai dik..sorang je? Takde awek ke? Kesiannnnn..


Ok dah 3.35pm. Masa untuk nonton.


Bila aku letak balik atas stroller, emo terus budak tu. Haha.

Masa nak masuk tu, kitorang dilayan macam VIP. Siap masuk gate lain. Padahal duduk dalam bilik panggung biasa tu jugak. Perlu ke masuk pintu lain. Haha. Siap dilayan oleh 3 orang staf GSC.
Aku terbengap kejap. Dalam surat tu takde pulak cakap "anda akan dilayan macam raja oleh staf kami" ke hape kan.
So aku fikir, oh maybe sebab aku ada baby kot. Satu-satunya orang yang bawak baby tengok movie cerita cinta ialah aku. Mungkin diorang rasa macam, mak jenis apakah pompuan ni? Jadi perlu dieskot dengan teliti sampai ke tempat duduk. Haha.
Walaupon aku tahu ada sebab lain diorang layan aku macam tu.
Well, Megan Fox kannnnn... Wakaka! Hempok jangan tak hempok.

Starting cerita, Baby Haikal tekun. Aku lagilah tekun. Huhu. 
Hubby? Ada Lisa Surihani bhai.. maunya tak tekun? TEKUNtutttt sangat. Mencik aku tengok hubby over-tekun bila part Lisa Surihani. Pfft.

Selain daripada itu, perlu dinyatakan disini bahawa tengok wayang bersama anak kecil adalah sangat disaster okay.. Haha!
Nak-nak pulak anak yang tengah sakan berjalan.
Macam Baby Haikal. Memanjang nak berjalannnnnn je.
Aku teringat dulu-dulu kalau aku tengah tengok wayang. Tengah concentrate layan syahdu ke hape kan. Tetiba dengar suara baby gelak-gelak la. Suara baby nanges-nanges la.
Hoi annoying sungguh hoiiiii...

Dan sekarang, baby itu adalah baby aku.
Maka rasakannnn!!! Haha.
Meratapilah kau bila kena kejar anak kesana kesini. Sebab sepanjang tengok movie tu, Baby Haikal boleh pergi berjalan, tegur orang atas, tegur orang sebelah. pfffttt....
Kapel atas kitorang dah la tengah peluk-peluk tetiba Baby Haikal tepuk tangan awek dia. Tak ke potong setim tu? Haha.
Saya faham perasaan kalian berdua. Minta maaf banyak-banyak. Esok engko ada anak, sila rasakan. Celah mana kau nak berpeluk nanti aku pon tak tahu lah. Huhu..

Bila cerita dah nyaris-nyaris nak habis, Baby Haikal dah berjalan sampai ke seat baris belakang sekali. Kitorang duduk baris tengah. Dah berapa ramai orang yang dia tegur aku pon tak tahu lah. Mesti ramai gila orang annoyed dengan engko yang..
Nasib lah... Mama tetap nak tengok Beto Kusyairi. Jangan ganggu. Haha.

Habis movie, kitorang balik. Mesti dalam panggung tadi kecoh ramai yang complain pasal gangguan makhluk halus. Haha
Haikal.. Haikal.. Scary okay pergi tegur-tegur orang sesuka hati dalam gelap pulak tu.
Nasib bukan cerita hantu. Kalau tidak..
Tanjat tanjat boboy gegirl semua.

So komen aku tentang Istanbul Aku Datang.
Cerita yang tipikal tapi comel.
Ending cerita dah boleh agak. Takde apa idea yang baru pon. Cuma best dan unik sebab kat Istanbul. Itu je. Lisa Surihani memang best. Tomok dan Aizat boooooo booooo boooo! Sila jangan berlakon lagi tolonglah! Heheh.

Teori baru lepas tengok cerita ni: Semakin tak hensem pelakon itu, semakin mantap dan best lakonan dia.
 Beto Kusyairi I love youuuu! Hihihihihihi..
Pelakon lain yang i love you jugak, zahiril adzim, johan ashaari, merlin. Ehh?


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

6 comments:

Lala Latif said...

hahahaha...
paling kelakar bab haikal pergi kacau org peluk2 tu...
atdoiyai...gelak sorg2 depan pc ni...

ShaLimaR said...

adoi22....nnti baby kite besor ni...msti jd cm baby haikal gak...huuuh...best tgk telanah ank kan...

lovelywa said...

haruuuu gi tengok wayang dgn si haikal ye..nasib laa sape yg kene tego dek budak botak tuh..heheh

Jiji-Fify said...

Lala Latif,
dah macam pegawai pencegah maksiat pon ade. Wakaka

shalimar,
ha'ah. semua baby sama je perkembangan. samada cepat ngan lambat je. so sementara baby belom boleh jalan, tgk wayang puas2 haha

lovelywa,
memang nasibbbbb.. mesti diorang rasa bad day gila hari tu. Haha

Miss. LoNeLy said...

baby haikal macam dah kurus byk..bukan sikit...mesti sebab dia xsehat aritu...huhuhu....papepon baby haikal tetap comey...

Jiji-Fify said...

miss lonely,
ha'ah dah kurus banyak. masa demam hari tu, seminggu tak makan langsung-langsung! huhu.