Tahniah Davy Jones!

Awal tahun lepas aku ada cerita pasal kes love-love antara si Davy Jones dengan kekasih dia Paris Hilton.
Tapi masa tu follower aku baru patbelas kerat je.
So maybe ramai yang tak tauhu-menauhu pasal mereka ni.
So kepada mereka yang blur-blur ubi tu, sila baca entry ni dulu.
Lepas baca entry tu, engko mai sini balik baca entry ni pulak.
Kang kalo baca entry ni dulu baru nak baca entry yang itu, maka engko mengundang kebingungan di kepala sendiri.
Maka ikut cakap aku sekarang. Ewah!

So entry ni adalah rentetan kisah love-love mereka tu lah. Heheh.
Aku punyalah bertahun-tahun tunggu kesudahan kisah chenta diorang ni kan (bertahun lah sangat, baru setahun lebih kot haha). Sebab aku sejak azali memang BFF dengan Davy Jones & Paris Hilton nih. Nak BFF dengan retiss je kannn. Tolong la hempok pasu sikit.
Dan diorang ni pon dah lamaaaa sangat bercinta. Dah muak aku hadap.

Dan semalam, Davy Jones call aku..
Dia ni kalau call/SMS aku tak lain tak bukan nak mengadu domba hal kekasih hati dia tu lah. Aku ni godmother engko ke hape? 

Aku: Hello?
Davy Jones: Rajiah!!!! Lama tak dengar suara kau.
Aku: Erkk..apakah?? Aku tahu suara aku dengan siti nurhaliza tiada bezanya. -..-
Davy Jones: Hahahah! Ko apa kabar beb?
Aku: Haaa..sihat macam biasa..bla.. bla.. bla.. anak makin besar.. bla.. bla.. bla.. hubby pon makin besar.. bla.. bla.. bla.. aku makin cantik bla bla.. *yang ni aku tambah*
Davy Jones: Ni aku nak tanya. Pertengahan bulan depan kau balik Shah Alam tak?
Aku: Tak tau lagi. Kenapa? Ada apa? *aku macam dah terhidu bau nasi minyak. tapi buat-buat tak tahu dulu. jangan nampak rakus sangat haha.*
Davy Jones:  Sebab ada kenduri kawen. 
Aku: Haaaa!!! Aku dah agak dahhh!!!
Davy Jones: Hah? Agak apa?
Aku: Err..entah. Haha!
Davy Jones: Kenduri kawen Paris Hilton. Aku pon dijemput. So aku nak ajak la engko jugak. Boring la kang aku takde kawan. Datang kenduri sengsorang. Lagipon saje nak jumpa kawan-kawan lama.
Aku: Hohh?? Maksudnya? Dia kawen ngan sape?? Korang dah putus ke?
Davy Jones: Dia kawen ngan aku la. Hahahahaha!
Aku: GFVBHGDHGSKNAVHJSFARSKJMHIU!!!!!! Hengko ni memang nyaris-nyaris almost nak kena hempok pasu kannn! Ciss aku dah agak dah tadi.
Davy Jones: Ehehehe.. Kenduri kawen aku dengan Paris Hilton la sebenarnya.
Aku: *terasa happy sangat tetiba* Tahniah Lan.. *eh terkantoi pulak nama sebenar. Haha!* Eh tapikan. Kau memang setiaaaa gila kan? Haha!
Davy Jones: Aku tak boleh la. Dah sayang sangat.
Aku: Holloh holloh hollohhhhh. Geli bulu tengkok aku tolonggg! 
Davy Jones: Haha. By the way, kau tau kenapa Lisa Surihani kawen ngan Yusry, pastu Diana Danielle kawen dengan Farid Kamil bebaru ni?
Aku: Dah tu kenapa?
Davy Jones: Sebab dua-dua dah kena dump dengan aku..
Aku: Ok sumpah tak kelakar langsung la. -___-
Davy Jones: Haha. Thanks la sebab selalu dengar masalah aku selama ni. Akhirnya kitorang kawen jugak.
Aku: Hmm bagus la tu. Eh, kenduri kau hari apa pukul berapa?
Davy Jones: 16hb Dec ni. Kau datang je la waktu makan tengahari. Selagi lauk belum habis, lagu karoke belum habis, kau jangan balik! Oh bawak hubby and childy ko sekali.
Aku: Hamboih! Okayyy..insyaAllah aku datang.
Davy Jones: Bak alamat kau. Aku nak pos kad.
Aku: No.16, Lorong Cempaka.. bla.. bla. bla.. Pulau Pinang. 
Davy Jones: Ok nanti aku pos.
Aku: Nama penuh aku ingat lagi tak? Megan Fox binti Mohd Nasir. Ok bye!
Davy Jones: Gila sexayyyyhhh!!!


Lepas habis borak kat phone, aku tersenyum sengsorang.
Dah la waktu tu aku kat lab. Menghadap silinder penyukat pon dah macam menghadap Faizal Tahir. Bahagia je rasa.
Lega bila kawan aku yang paling bermasalah tersebut (HAHA), akhirnya berjaya kawen dengan wanita pilihan dia. Hamboi engkoooo nak yang tuuuuuu jugak kan. Sayang benor kannnn..
Kalau lepas kawen, gaduh-gaduh lagi, siap la aku hempok dua-dua dengan pasu. Bukan pasu bunga. Pasu kaktus. Hahh rasakan nasibmu kelak. Haha.

So aku harappppp sangat perkahwinan mereka diredhai dan bahagia sepanjang hayat. Korang sangat padan sebenarnya. Hensem dan cantik. Macam aku dengan Faizal tahir jugak la. Wakaka!

Kalau takde ape-ape, kompom aku akan datang wedding korang.
Taktau kenapa aku macam terkesan betul dengan perkahwinan korang nih.
Macam aku pulak yang nak sambut menantu. Haha.
Nanti aku suruh Baby Haikal gosok-gosok manja perut Paris Hilton okayyy.
Supaya cepat dapat baby comellssss. Hihi..

Baru la seswai dengan panggilan "ibu ayah" korang ittew.. Sejak zaman belajar korang duk ibu ayah ibu ayah kannnn... Sikit-sikit nak cari bunga untuk ibu. Sikit-sikit tanya aku kedai bunga kat mana.. Memanjang si ayah sibuk nak pujuk si ibu dengan bunga. Keh keh keh..
Walaupon berkeladak jugak tekak aku kengkadang melayan kerenah korang ni, tapi sekarang aku sangat sangat bahagia untuk korang berdua.
Rasa macam hmmmm...Alhamdulillah..
Jodoh korang kuat rupanya.
Walaupon perangai masing-masing macam na'uzubillahhh je kan. Haha.

Tahniah Paris Hilton dan Davy Jones!
Aku happy sangat korang nak kawennnn!!!

 Ni gambar kawen aku. Saje nak letak. ;P

p/s:Aku nak tanya sikit nih. Ada beberapa readers complain kata belog aku ni dah tak boleh bukak, ada virus, ada malware, dah kena block dan sebagainya. Tapi setakat yang aku tahu, takde masalah pape pon. Setiap masa aku buka belog dengan perasaan selamber dan gembira di hati saje. So aku nak respon dari korang. Ramai ke yang tak boleh bukak? Korang tahu ke apa sebab boleh jadi begitu? Camane nak buat eh? Sila bantu! Sila bantu!. Heheh. Bye!


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

8 comments:

mamafarah4 said...

bukak blog awk dr bandar baru bangi, selangor TIADA MASALAH APA2.. Harap maklum..hehehe.. Tomei la muka korang jadi pengantin..hehehe

shemoy said...

haah,,2 hari lepas takleh...ade malware,skrg oke kut

izzain said...

haah, 2 hari lepas x boleh.. malware menda alah tak

lovelywa said...

adoiiyaii mati2 laa igt gambo kawin si davy jones..patut laa tgk gambo pengantin laki tu mcm kenal jek..alih2 gambo korang..cehhh hampehh..!!

Jiji-Fify said...

mamafarah,
tengkiu orang bangi. muka selepas jadi penagntin pon comel okayyy.. Haha kesian puji diri sendiri.

shemoy & izzain,
tu la. tak tau lah. sebab takde pape masalah pulak kat sini

lovelywa,
engko tengok pengantin laki je kannnnnn... pengantin fomfuan sikit pon ko tak jeling kannnnn.. hempok pasu nak? Heheh

Adlil Raida said...

salam ahkak. yela saye pun kadang2 ade masalah bukak belog ahkak jugak hewhewhew tolong fix eh terimasss kasihsss :D

-ahdik kau :D

iela said...

Tolong kem salam tahniah la kat kawan tu yer.. huhu

Beberapa hari lepas mmg tak boleh bukak blog ni..tapi sekarang dah boleh dah.

isabelle frankly said...

apekah itu davy joned yg dimaksudkan?
hmmmm

*garu2 dagu