Farhana & Muaz Adam.

 Ok nak cerita pasal kenduri kawen Farhana, kawan aku masa sekolah menengah.
Aku sebenanrya tak close mana pon dengan Farhana ni. Takde la tahap BFF ke kan.
Tapi kenal la.
Sebelom nak masuk rumah pengantin tu, aku chuak-chuak je takut pengantin dah tak ingat aku. Haha! Aku siap cakap kat hubby,  
"Taktau la Farhana ni ingat Mama lagi tak. Kalau dia tak ingat macam mana?"

Masa aku sampai tu, pengantin tengah amik-amik gambar dengan family kedua-dua belah pihak. Aku takmo kacau, so kita makan dulu.


 Baby Haikal sibuk makan sudu. Orang makan puding dia makan sudu. 
Derrr...Mama tak pernah ajar ko makan sudu ok. -..-


 Puding dia memang tiptop! Aku makan banyakkkk..
Kenyang makan puding je. Bila nak amik nasi dah tak lalu dah. Huhu.
Tapi bila lalu kat tempat puding, amik lagi empat. Kahkah
Laki aku cakap, "Sayang, tolong control sikitttt...." sambil jegil-jegil mata.
Ok foinnnn.. makan puding pun salah ke?


 Baju Baby Haikal tu redeem voucher Trudy Teddy sebab menang contest.
Pastu hubby pon sebokkkkkk nak cari baju sebijik macam Baby Haikal. Geliyhhhh!
Ada sekali tu, kitorang jalan-jalan kat jusco, tetiba hubby nampak baju sebijik macam Baby Haikal punya. Dan dan tu jugak dia paksa aku beli. Paksa ok paksa!
Siap cakap, "Beli satu je. Untuk Papa. Mama tak payah."
Aku cuma mampu menangisi di dalam hati. Huhuk huhuk.


 Oh korang ingat lagi tak kawan aku (Aimi) yang pakai kimono pink masa wedding aku dulu?


 Aku jumpa Aimi lagi kat keduri Farhana ni!! Huhu!
Tapi dia pakai baju kurung. Masih cantik vog vas vas vas.
Tengok je Baby Haikal pandang dia macam mana. -______-

Sebelum balik, aku masuk tengok pengantin dulu.
Aku berdoa banyak banyak banyakkkkkk harap-harap Farhana masih ingat aku. Haha.
Kalau dia tak ingat, aku dah standby paper bag untuk tutup muka.

Tapi bila nampak aku je, terus Farhana,
"Rajiahhhhh!!! Awak datang jugakkk!!!"
*dalam hati aku, eh adakah aku tak dijemput?? kahkahkah*

Yang penting, Farhana masihhhhhh ingat aku. Lega!
Sempat la borak-borak sikit dengan pengantin dan amik gambar.

 Farhana nampak kurus dan cantik. 
Pelamin pon cantik. 
Yang tudung hijau tu pon cantik. Nak jugekkkk...

Tahniah Farhana & Muaz Adam!
Nasihat aku: honeymoon puas-puas sementara masih berdua.
Kang dah ada yang ketiga, apa pon tak boleh. Heheh.


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

3 comments:

Zura Lee said...

Haikal tu rambut dia blonde ke mato den yang dah rabun kaler nih..?

Jiji-Fify said...

zura lee,
ha'ah. rambut haikal memang brownish sikit. ikut rambut maknya. dah kata mak dia megan fox. wakakaka! ok tak lawak. -____-

fifie said...

Nasihat tu berguna. Haha. Honeymoon puas puas