Finalleyhhhhh!!

Sana sini la orang cerita pasal kejadah durian crepe ni kan.
Tengok FB ada si polan tu upload gambar durian crepe sambil quote,
"Sedapnya durian crepe!! syorgaaa duniaaa!!"
Okkkk..aku rasa nak terjun gaung je baca status begitu.

Baca belog si polan lagi satu pulak, dia pon nak update pasal durian crepe jugakkkk!! Siap upload gambar sebelom makan, gigitan pertama, gigitan kedua, gigitan ke patratus juta. Pfftttt.. Ok aku terjun gaung sekarang. -___-

Masa semua orang duk kecoh-kecoh pasal bendealah durian crepe ni, aku ada la jugak mencari. Tapi macam harunnnn saje TIADA DIJUAL di Penang.
Apakah??
 Bukan durian tersedap di benua asia nusantara seantero dunio ni asal dari Penang ke?
*cey ceyyy fakta sendiri haha!*
Jadi mengapakah durian crepe tidak berasal dari Penang jugak?
Semua orang kat Kleng Veliyyhh dah merasa durian crepe. Merataaaa je orang jual. Tetiba kat Penang takde? Camni ke satu Malaysia?? Atau Durian Crepe sengaja dipolitikkan? *tetiba*

Banyak jugak belog yang bagi resepi durian crepe ni. Namun begitu, saya malas. Haha! Dah memang itu alasannya. Malas malas malas. Terjun gaung je rajin. Balik balik terjun gaung. Rajin betul.
Tetiba tersalute kat Kak Is kat ostorolia ostronot sana yang mempunyai khudrat untuk buat sendiri durian crepe di rumah. Heibatttt!!
Buatnya maybe senang, budak tadika pon boleh buat pejam mata (amboi menipuuu haha!), tapi kerajinan untuk buat tu tak semua orang ada.
Aku ada je kerajinan, tapi kerajinan untuk makan la.
Kerajinan untuk buat takde kahkahkah.
Eh tak lawak eh? Cisss penat aku gelak.

Sampailah satu hari tu. Satu hari di hari raya kulihat cahaya bersinar indah amboiii..
 Ada sorang akak kat lab kata kat Batu Maung ada sorang makcik ni jual Dorian Crepe ittewww! Hooo Makkk Gadddd! Tetiba berkaca mata aku. Menangis kegembiraan.
Tang tang tu jugak aku tengok website makcik tu. Makcik tu ada website okkk.. Makcik bukan sebarang makcik. Makcik steve jobs tauuu. Huhu.

Aku bukak je website makcik tu, terus terpampang segala kegebuan makcik eh kegebuan durian crepe kat situ.. Menjejessss terus ayaq lioq bak hanggg.
Terus terbeliak bijik mata sambil scroll down laju-laju. Dah macam tengok porno ke hape. Haha! Tanpa fikir masak-masak, separuh masak pon tak, aku terus order. Call makcik tu.

Aku: Hello makcik. Saya nak order durian crepe dap dap dap. Boleh?
Makcik: Boleh. Nak berapa?
Aku: Berapa makcik boleh bagi kalau saya nak sekarang?
Makcik: Amboih nak laa ni jugak ka.. Takdak stok la dik. Kalo hang nak mai amik esok boleh la.
Aku: Alaaa takde stok ke.. hmm.. dah lama saya teringin sangat. *saiko* 
Makcik: La ya ka.. Awatnya sampai lagu tuuuu.. Takkan takdan nak tunggu esok.
Aku: Takdan makcik.
Makcik: Ok sat sat naa..  *cakap dengan somebody: Ui! Hak 6 set tu customer mai amik dak gi? Belommm uiii!!!* Dik, gini lah. Ada stok hak customer tak mai amik lagi. Makcik juai kat adik dulu la. Shiann kat diaaaa teringin sangat..
Aku: *Dalam hati, YESSSSS!!!!* Terima kasih makcik. Saya memang betul-betulll teringin. Dah berbulan-bulan dah. *saiko lagi haha!*
Makcik: Iya lah.. Sat gi mai amik rumah makcik naaa..

Lepas letak phone terus aku pecut umah makcik tu.
Cepat kaya makcik tu kalau hari-hari ada customer desperedo macam aku. Haha! 

Dannnnnn finalleyhhhh!!!
Durian crepe in the house bebehhh..
Dah habis musim durian, baru aku dapat merasa. Terasa loser di dalam hati.

Colourfulnya!!!!! 
Yang kuning tu durian, yang oren mempelam, yang hijau kiwi.
Ok perlu ke tibai perisa lain sekali. Dah la stok untuk customer lain sepatutnya. -__-
Lantakkan....Haha!


Gebu gebu comel comel je semuanya.
Tak sampai hati nak makan.


Ok tak sampai hati sangat.
Sekali baham sampai dua. Fuiiii!
Kalau ikut hati, nak masuk sekali lapan belaih ketui.
Takut koyak mulut kang tak boleh comolot dah. Hak hak hak.

Kalau hangpa hangpa hangpa yang duk penang nak rasa bendealah crepe-crepe ni, boleh order kat SINI ok. Terboikkk crepe makcik ni. Ada banyakkk perisa taw. Go and cekik daud! (check it out)

Ok lah nak kena offline dah. Hari ni banyakkkkk kerja nak buat kat lab. Nak basuh kelalang kon, silinder penyukat, pengukur angkup luar dan sebagainya. Heheh bila sebut nama apparatus dalam bahasa melayu rasa antik habis. Tu belom sebut penunu bunsen, tungku kaki tiga, kaki retot, piring petri, pita pengukur hihi. Kalau tanya bebudak zaman sekarang mau diorang cakap,
"What the hell is that? I don't know what u are talking about." 
Amboiiii kong ajo nya dia. Haha!

Aku pernah kena sekali. Adik aku (Adan) tanya,
Adan: Kakngah, boleh tolong ajar pasal food chain tak? Tak faham sangat la.
Aku: Errr.. jadah apakah  food chain? Hotdog?
Adan: Hotdog mendenya! Food chain la. Tikus makan padi, ular makan tikus, helang makan ular. Gitu.
Aku: Okkk. Rantai makanan. Food Chain. -________-


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

3 comments:

aunieZ Haziqah Auni said...

hahah kan kita blaja layu, dorang blaja omputih..dorg x phm kita, kita x phm dorg hahha..
amboii lahap sangat makan doyan drepe sambil bdiri..tak sabar na... :p

Jiji-Fify said...

haziqah,
tu la kan. tak senonoh sikit. nasib baik haikal tak tengok perangai mak dia camni. Sebab kalo depan haikal aku makan duduk bersimpuh. Hamboiiii haha!

isabelle frankly said...

Laaa..ku pikir kao membikinnya sendirik. Takpe..takpe..esok2 boleh try