Orang-orang bongsu

Semalam korang tengok berita tak?
Yang bapak tiri dera anak dia tu. Pffffftttt!!!
Aku sebenarnya taktau pon pasal tu ok. Dan kalau boleh taknak tahu.
Tapi sebelom tayang kat berita semalam, ada sorang reader tag aku kat FB,

Sebelom apa-apa, aku nak mintak maaf dulu ye.
 Khairol Nizam ni suruh aku share video pasal dera tu dan komen pasal tu.
Aku faham niat dia baik dan aku hormat cadangan dia. Mungkin dia nak aku ulas betapa salahnya cara si bapak tiri hamlau tu didik anak. Memang bukan begitu caranya.
Aku bukan taknak share kat blog pasal benda-benda keibubapaan begini.
Tapi aku betul-betul taknak ingat dah pasal video. Seriously sejak aku jadi mak ni kan, aku cukup sensitif pasal penderaan. Kalau tengok berita ngan hubby kan, pastu tetiba ada kes dera kat taska ke, kes dera oleh mak tiri ke bapak tiri ke, aku terus lari sambil tutup telinga.
Seriously tak tipu.
Walaupon aku ni bukanlah kategori pencinta kanak-kanak sangat. Aku pon pernah je pukul Baby Haikal bila dah hilang sabar tu kan. Tapi takdelah sampai tahap mendera ni. Na'uzubillah sangat.
So kepada readers tersayang semuanya, janganlah suruh aku share benda-benda sebegini kat belog ye. Aku bukan tak sudi, cuma tak sampai hatiiiii sangat. Tak tidur malam aku kalau tengok benda-benda camtu.
Walaupon aku minat faizal tahir, tak semestinya aku berjalan sambil headbanging. *apetah*
Wanita tetap wanita ok.
Hati rapuh ok. 
Benda dera-dera ni serious boleh buat aku nanges.

Teknik menghukum anak dengan cara yang betul:
Ok dah.
Tukar topik.

Sekarang dah bulan doblas kan.
Sape birthday bulan doblas angkat kakiiii!!
Oooo..ramaiiii.. 
Huhu!
 Orang lahir bulan doblas selalu dikatakan bongsu.
Ye lah, dikalangan rakan sebaya, engkoooooo la paling lambat tua. Orang lain semua dah sambut birthday, yang engko pulak, dah nak masuk tahun baru dah, engko belom birthday birthday lagi. Kannnn..
Apa perasaan eh? Rasa bangga atau rasa loser? Haha!
Aku pernah tanya Along (abang aku) soalan ni dulu-dulu.
Dia jawab, bangga sebab rasa paling muda tapi loser jugak sebab tak pernah sambut birthday dengan kengkawan sekolah. Sebabnya? Asal birthday bulan doblas je, mesti tengah cuti sekolah.
Ahahahaha!
Nasibbbb nasibbb..
 Maksudnya, orang lahir bulan doblas takde la special mana pon.  Sebab orang lahir bulan semilan je special. Ehh??

Dalam family aku ada 3 orang birthday bulan doblas.

1) Daddy - 10.12.1958

 Hellooo!! Thiz iz my daddy.. zzzzz.. -___-
Walau umur dah 54, dah jadi Prof. Dr. dah pon, tapi perangai... ok takmo cakap. Haha!

Sepanjang hidup aku masa anak dara, daddy ni ibarat telinga. Dia je la yang sudi dengar aku pok pek pok pek.
Balik-balik dari kerja, tengah penat-penat, masuk je rumah, aku terus..
"Daddy!! Tadikan kat kelas kan lecturer Rajiah kan.. bla bla.."

Daddy sabarrrr je banyak-banyak mendengar semuanya. Huhu.
Ada satu hari tu, Daddy tanya aku, 
"Rajiah nak suami macam mana?"

Aku jawab spontan, "Macam ayah lah!"
Dan sekarang. Aku dah kawen.
Memang. 
Laki aku pon perangai.
Sebijik macam Daddy.
Amik gambar macam kat atas tadi. -___-
Adakah ini satu kebetulan atau sumpahan.
Nasibbbbb lah lagi. Haha!

So last week, Daddy baru sambut birthday dia.


Aku sedih tak dapat celebrate sama-sama.
Pagi birthday tu, Daddy SMS aku,
"Kamu tak wish ayah birthday ke?"

Terus aku call Daddy,
Aku: Happy birthday to youuuu~ Happy birthday to you~ *nyanyi sambil tahan nanges*
Daddy: Yeayyyy!! thank you very much. Kamu tak balik?
Aku: sobbsss.. Tak cuti.
Daddy: Ala takpelah.. Kan kita dah jumpa hari tu.
Aku: sobsss lagi

Malam tadi aku call Daddy lagi. Nyanyi lagu birthday lagi. Haha!
"Ehh..birthday ayah dah lepas la. Yang kamu duk nyanyi lagi kenapa?"
Kahkah.
Obvious sangat kurang perhatian aku nih.


2) Along - 20.12.1985

Maksudnya, birthday along pada tahun ni ialah 20.12.2012.
I loikkk!

Along yang baju hitam gemok sikit-sikit. kehkeh
Tapi mamat ni kan. Malas aku nak cerita lebih. 
Sebab aku takuit. Dia ialah sedang membaca belog ini. Haha!
So kena cerita yang baik-baik je pasal Along.
Walaupon pada hakikatnya....Along ialahhhh sangattttt baik.
Ok foinnn kaver habis haha!

Dalam sejarah pusat dagangan melayu, Along ialah bodyguard aku. Memang sejak aku lahir sampai ke hari ni kot. Dia masih bodyguard aku.
Bila masa aku upah dia aku pon tak tahu. Bodyguard lantik sendiri kot. Haha!
Well megan fox kan. Semua orang nak lantik sendiri jadi bodyguard.
Ok ferasan nak mampppp tuihh..

Aku ingat lagi masa aku form 1, along form 3.
Kitorang satu sekolah.
Setiap kali waktu rehat, dia datang check aku kat kelas. Aku ada teman tak, nak pergi makan, ada duit tak, nak beli makanan.
Waktu balik, dia datang jemput aku kat kelas. 
Engko ada abang camni?? Ada???
Kitorang dulu sekolah agama tau. Pastu lepas habis sekolah ada solat zohor berjemaah. Memang wajib pergi. So setiap kali nak solat tu kan, along siap pesan kat kengkawan fomfuan dia camni,
"Eh engko tolong tengok-tengokkan adik aku ok"

Diulangi, aku masa tu dah form 1 kottt. Dah 13 tahun kottt.
Pfftttt.. -___-

So memang sampai ke sudah la kengkawan fomfuan dia tu ikut aku amik wuduk, amik telekong dan semayang sebelah aku. 
Dalam hati aku, sabarrrrrr.. Haha!

Paling tak boleh bla kalau ada kengkawan lelaki dia nak flirt flirt ke kan,
"Acheed, tu adik engko ke cheed? Cantik lah."

Mesti along jawab,
"Hoi tak boleh tak boleh..." 
Sambil peluk bahu aku bawak tempat jauh sikit.
Sebab tu aku lambat ada boyfriend harap maklum kahkah!

Tapi tu dulu la. Kalau sekarang pon dia nak buat perangai begitu, aku rela tutup muka dengan tin biskut. -..-
Tapi aku bersyukur dikurniakan abang yang overprotective macam along. Mana-mana aku pergi rasa selamat je. Sampaikan aku dah duk hostel pon, masih rapat dengan along.
Orang lain gayut ngan boyfriend, aku gayut dengan along.
Rasa loser juga sikit-sikit. Kahkah

 Ni gambar aku masa lepas nikah. Aku yang baju putih tu. 
Yang dukung aku tu ialah along.
Saje nak letak gambar ni. Rasa nak nanges tengok.
Rasa rindu along pon ada jugak.
Rindu sikit je la. 
Tak boleh rindu banyak, kang along nyampah haha!


3) Along Hema (SIL) -  23/12/1979

Yang ni along jugak, tapi along kepada hubby.
Kakak ipar aku lah.
Aku untung sebab tiga-tiga adik badik pompuan hubby, ngam dengan aku.
Kira dengan tiga-tiga pon aku selesa.
Tapi aku tak tahu la diorang selesa ke tak dengan aku haha!
Aku kan memanjang syok sendiri.

Along yang tengah dukung Baby Haikal tu.
Serius gemok Baby Haikal masa ni. Kahkah

Ada sekali tu, hubby baca mesej dalam fone aku. Aku ada sms dengan Along masa tu.
Hubby cakap,
"Rapatnya sayang dengan along. Siap boleh gurau-gurau dalam sms"

Derrrrr...pelik sangat ke?
Kalau aku sms bergurau dengan john travolta pelik la jugak.
Ok tak kelakar.

Aku jawab hubby,
"Biasa je. Tak pelik pon Mama rapat dengan Along Papa (kakak hubby). Papa tu je yang tak rapat dengan Along Mama (abang aku).."

Hubby: "Ehhhh mana ada. Kitorang rapat gila kottt. Kalau kitorang jumpa siap laga janggut taw. Alololo Alololo gitu. *buat gaya* Cuma depan mama, papa tak tunjuk la. Kang mama pikir lain."

Hahaha! Hampeh sangat laki aku ni.

Tapi Along Hema memang best. 
Walaupon umur kitorang beza 8 tahun, tapi selesa je bergurau dengan dia pon.

Ok lah. Happy birthday semuanya.
Penat dah taip.

Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

7 comments:

Elysa Alinda said...

akak nak komen bab video 2..akak pun x leh tgk video mcm 2...sedih n pilu jer rasanya...dulu masa zmn anak dara x la rasa mcm ni sbb akak ni pbuli bdk2 gak..yalah sapa srh durang comel sesangat kn(ayat kaver kejahatan)..la ni jd ibu pd bdk cinonet ni terus emo bla tgk org dera bebudak...anak akak ni pun akak x bagi org sakitkn tau..mcm nyamuk ada hati nak ggt anak akak ha apa lg akak halau jer dari umah...da la msk umah org x bg salam pas2 mnumpang x bayar sewa ni kn pulak nak ggt anak akak...no way man..so moral of ceta melalut akak 2 jga la bebaik amanah allah..x kira la korang agama papun kn..

mamafarah4 said...

hehehe...budak sebaya gitu apalah kesalahan dia buat sampai kene gitu sekali..Sian tul kan..Akak pun kureng skit nk tgk2 video2 dera2 pasal budak ni,bayi kene buang ker..Sedih sgt..Masa tengah berita tayang video tu, anak akak yg sulung tu bleh cakap "mama, kenapa ayah dia pukul dia..kesian dia mama..kita amik dia mama..jadi kawan kakak"hehehe..Anak2 tu amanah Allah..Bila2 masa bleh ditarik semula.. Tapi kalo hati tu hitam mmg dasar jantan tak guna..Dush!Apapun baby Haikal sungguh tomei.. Nak jadi besan boleh?

Jiji-Fify said...

Elysa,
Akak lagiiiii!! Haha. Kat fb mesej, kat sini pon komen. Dimana-mana lah akak nih. Haha! Btw, sy setuju sgt dgn komen akak tu.. Sadissss je bila tgk budak kena dera.

Mamafarah,
Alahai comelnya anak akak.. Budak pon reti kesian kat budak lain kan. Yang x fahamnya, bapak budak tu sendiri otak letak kat ketiak. Buduh!

fifie said...

Yang gambar along dukung kak jijy tu memang lucu gila. Nampak bonding antara korang.

Elysa Alinda said...

akak sbnrnya malu gak nak komen sbb engko tau la akak ko ni suka benor melalut x tentu pasal tp olh krana ada sifat keibuan yg mnebal mmg akak nak komen gak..lgpun akak x bule la nak komen bab birthday org bongsu tu sbb akak x lahir bulan bongsu...akak lahir bulan separa bongsu a.k.a november (akak da mention bulan tu spy srh ang hntr adiah la 2)

klcitizen cikgunormah said...

Kawan baik sy n husband sy dua2 lahir bulan 12. Memang tertakdir dpt dua2 org yg penting dlm hidup sy lahir bulan 12

MAZLIZA ABD RAZAK said...

salam kenal (",)
follow awak..
sudilah ke teratak saya