Pelupa

Lepas beranakkan Baby Haikal kan. Aku perasan yang aku jadi makin pelupa.
Pelupa tahapppp...taktau camne nak cakap. Kengkadang rasa nak hempok kepala kat tiang gol patratus kali je. Sebab tak boleh terima tahap pelupa macamni. Haaa..bunyi macam kronik gila kan. Memang pon. -..-"

Aku pernah mengadu kat Mama pasal ni. 
Mama cakap, masa tengah beranak tu 99 urat kita akan putus. 
Hohoho amik kooo..
Tak boleh lagi banyak urat nak putus tu. Tu yang masa beranak dah macam renjatan-renjatan letrik je aku rasa. Tanjat-tanjat gitu. *jangan bayangkan*

So lepas setahun beranak ni, aku makin nampak efek dia. 
Efek urat putus tu lah kengkonon kan. Heheh.
Aku rasa salah satu urat yang putus tu ialah urat matematik. Hamboih ada urat matematik pulak dia. Sebabnya aku macam lembapppp je mengira sekarang. Padahal masa darjah satu dulu subjek matematik selalu dapat 100%. Cuma masa darjah dua je teruk sikit. Masa form 5, langsung taknak cerita kat sini. Hahahaha!

Muka aku masa Form 5 lebih kurang gini la. 
Semua orang kata aku budak taska, padahal dah Form 5. *Tolonglah percayaaaaa.*

 Maksud aku matematik tu bukanlah pengamiran atau algebra jadah apetah tu semua. Tapi kira-kira yang biasa la dalam kehidupan seharian. Contoh macam kira duit ke kan. Mesti aku lembappppp gila. Kengkadang hubby geleng-geleng kepala tengok aku.
Hari tu aku pinjam duit hubby sebab malas nak withdraw. Aku pinjam RM55. 
Pastu malam tu aku nak bayar balik la kan lepas dah withdraw duit. Aku bagi hubby RM10+10+10+10+10+1+1+1+5(RM58). Pastu aku cakap, 
"Alamak tak cukup 2 ringgit lagi. Esok la Mama bayar k."
Derrrrr...pinjam 55, bayar 58. Tak cukup 2 hinggit celah mana nya??
-________-

 
 Bila urat matematik dah putus, muka megan fox sangat-sangat pon, memang dah tiada maknanya. Haha!

Ok contoh yang lain.
Bab mengira hari atau tarikh pon aku fail.
Biasanya kalau baby kan kita kena pantau dia berak regularly ke tak kan. 
Sebab takut dia sembelit ke tak cukup air ke hape kan.
So everytime hubby tanya,
"Mama, last Haikal berak bila?"

 Aku mesti macam, ermmmm... rasa-rasa macam baruuuu je lagi basuh berak dia. Tapi bila eh? Dah lupa dah. Rasanya semalam kot.
Pastu hubby masuk dapur nak basuh pinggan, tengok tong sampah ada pampers Baby Haikal. Rupanya baru petang tadi je Baby Haikal berak, malam tu aku dah lupa.
-..-"

 
 Masa aku naik jongkang jongkit ni kan. Berbunyi-bunyi spring dia. Krekk krekkk krekk gitu. 
Maksudnya? Ok simpan sahaja didalam hati. Haha!

Contoh lain pulak. 
Amboi banyak contoh nak bagi nih. 
Nak tunjuk betapa kukuhnya bukti aku dah nyanyuk. Hak hak hak.
Hari tu lagi best. Aku marah-marah hubby sebab tak sidai tshirt betul-betul. Bersepahhh je atas lantai. Hubby pon senyap je masa aku marah tu. Sedap sangat kot kena bebel. Haha!
Lepas je aku bebel tu, selow-selow hubby amik baju tu sidaikan. 
Pastu datang kat aku dekat-dekat sambil cakap,
"Sayang..tshirt ni kan sayang yang pakai semalam. Bukan Papa."

Ho ho hoiiiii.. tin biskut mana tin biskut?? Malu gila woiiii!!! 
Dalam hati aku, tolonglah pengsan sekarangggg!!! 
Sebab taktau dah nak cover malu camane. Haha!
Aku kalau kat rumah memang selalu cilok tshirt hubby. 
Sebab selesa pakai longgar-longgar. Kengkadang boxer dia pon aku pakai. 
Cuma spenda je belum sempat cilok lagi kahkah.

Tu belom lagi setiap malam aku tanya hubby henpon aku kat mana. Sebab dah tak ingat last aku letak kat mana. Kengkadang dah nak tidur nak set alarm kan. Pastu raba-raba bawah bantal, atas katil, tak jumpa henpon. Terus marah hubby,
"Papaaa!! Mana fone Mama niii.. Mesti Haikal main sepah-sepahkan. Papa call sekarang."

Truuttt trruuutt.. Truutt truutt..
Rupanya dalam handbag je. Sejak sampai rumah petang tadi aku tak keluarkan pon fone tu dari handbag.
Dan kes henpon ni memang tetiap malam akan berlaku. Kira macam rutin harian la. Haha!
Tetiap malam hubby kena call henpon aku. Sangatsss sadissss gilesss...

 
Memang selalunya pon hubby la yang kena tempias nyanyuk aku ni.
Ada sekali tu, aku terlupa bawak breastpump.
Terlupa bawak breastpump adalah sesuatu yang disasterrrrr ok.
Dengan breasts rasa macam nak meletop sebab susu penuh. Dengan nak kena drive balik sejam perjalanan semata-mata nak amik breastpump. Apakah ni?? Kalau tak amik, kang sakit pulak. Kalau breast bengkak, sakit dia macam nak demam ok. Lain macam je sakit tu. Rasa macam nak suruh sesape tolong hisapkan kasi reda sakit. Amboiiiii melampau. Haha!

So aku pon call hubby mengadu sambil buat-buat suara nangis minta kesian. Buat-buat je ok. Suara nanges tapi sebenarnya muka macho angkat-angkat kening. *dasar drama sangat*
So hubby suruh aku drive balik amik breastpump. 
Sebab takut bertambah sakit pulak.
Selang lima belaih minit lepaih tu, hubby call balik.
"Sayang dah kat mana? Papa tunggu kat tepi jalan besar ni k. Sayang takyah masuk sampai kat rumah. Papa pass breastpump kat sini."
=')

Bini mana yang tak rasa nak nangis bila dapat laki camni?? Aku pon kengkadang tak faham camne laki aku boleh mempunyai tahap kesabaran dan ke-cool-an yang sangat tinggi. 
Padahal baru malam tadi kena bebel dengan bini sebab tak sidai tshirt. 
Esoknya terus sweet camni? Apakah niiiii.. *lap air mata*

Tu je la kot antara bukti-bukti kukuh kenyanyukan aku sekarang. 
Bukti yang kurang kukuh pon banyak. Huhu. 
Contoh macam, eh aku dah solat ke belum eh. Bila tengok telekong dah beralih tempat. Ok maksudnya aku dah solat. Takkan laki aku pulak yang pakai telekong tu kan. Haha! 
Kengkadang tu dah nak solat, dah nak Allahuakbar dah, tetiba je eh aku dah amik wuduk ke belum eh? *ish ish ish..nyanyuk tahap apakah nii??*

So bagi mengatasi kebanyakan kes diatas, semua-semua urusan aku akan set alarm/reminder kat fone. Dari benda paling remeh sampai la benda paling penting, semua aku list dalam fone. 
Contoh urusan penting macam benda-benda yang aku kena bayar monthly. 
Bulan-bulan aku kena bayar kereta dengan yuran nursery Baby Haikal. Dua tu je lah pon. Yang lain-lain semua hubby setelkan. Tapi setakat yang DUA SAHAJA tu pon aku kena set reminder kat fone. Kalau fone pon lupa letak kat mana, maka tak dapek den nak nolong tu dooo. Ekau poie la call somilan somilan somilan. Mintak bantuan.

 
Korang korang yang pernah beranak camane? Mengalami tahap kenyanyukan macam aku tak? Ke aku sorang je camni? 
Tapi kan. Aku tengok Mama aku kan. Dah anak 6 pon yilekkkk je lagi semua benda pon boleh ingat. Tak perlu pon nak set set reminder ni semua. 
Hmmm...aku rasa kan, masa aku beranak tu kan, urat aku putus lebih dari 99 la. Mungkin 101  kot. Kang beranak anak kedua, lagi 101 urat putus, dah 202 urat semuanya. 
Eh pandai pulak matematik tetiba. 
Urat dah bersambung balik ke camane? Hahaha!

Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

8 comments:

MAZLIZA ABD RAZAK said...

best kan bawa ank jalan-jalan
memang selepas beranak mudah lupa..
saya pon ada masalah macam tu

Days said...

aku yg xpenah beranak nih pon pelupa kak.ape kes.urat mane pulak yg putus ye dak? hahahaha.xpe u're not alone hahahaha

mamafarah4 said...

hahaha..biasalah tu jiji..simpton lepas beranak..ye la kot..bukan 99 urat awk yg terputus tu..terlebih skit..tu yg kronik skit...eleh,kang kalo hubby tu x sweet kan awk sentap plak.hahaha..tu lom lagi sentap ngan baby Haikal yg macho tu..

Zura Lee said...

zura pun selalu pelupa jgk... sejak sebelum branak hingga ada dua anak ni ha...

Jiji-Fify said...

Mazliza,
maksudnya ianya adalah normal. Legaaaa!! haha!

Days,
Hohhh?? Maybe urat ko jenis yang mudah putus kot. Pakai la syampu dove kasi kuat sikit. Haha! Ok at least aku tau ade orang lagi kronik dari aku. Bahah!

mamafarah,
Kannnnn..orang sweet komplen, tak sweet sentap. cuba la bersyukur. tu yang otak senget sebelah. Kahkah.

zura,
seppp! tapi saya yang anak sorang ni pon dah tahap begini. anak dua apatah lagiiiiii..

lovelywa said...

alahaii samo la den..manjang terlupe..takat kene marah ngn asben tu perkara biase dah..cannot help laa..haishh

ct cheery said...

haha,,klakar la entry ni..takutlah nak beranak mcm ni..klu tengah solat lupa rakaat kebape dah mcm mana..parah tu!BTW cheery follow sini ek..salam kenal.

Azura said...

I do really enjoy this blog. kelakar sangat2. well, actually, bukan urat yang putus. but as I have experienced, bila kita dah jadi ibu ni, especially anak yang pertama, kita agak tak focus. may be sebab kita dah dapat tanggungjawab baru. so, macam tu lah. tapi nanti walau tambah beberapa orang lagi, tak ada dah lupa atau nyanyuk. believe me....