Pencinta burung dan kucing

Ok hari ni kita cerita pasal Baby Haikal.
Dah lama sangat ke aku tak up cerita budak ni?
Sampai ada satu reader tu mesej kat FB camni,

"Jiji!!! Akak rindu Haikal. Letak la gambar dia satu.
Asik letak gambar maknya je.. Boring!"

*sentap seratuspatplohnam kali bak hang!!!*

Takpelah.
Aku redhoooo... Haha!
So hari ni kita kasi chance la kat orang yang rindu Baby Haikal ittew!! *mencikk!*
Aku janji takkan letak langsung gambar mak Baby Haikal dalam entry ni. Memang boring pon mak dia tu. Bukannya cantik sangat ponnn! Setakat cun sikit je dari megan fox tu pon nak kecoh pelissssss lahhhhh! Biasaaaa diaaa!! 
Ehh?

 Setakat ni Baby Haikal mudah terkesima bila nampak kucing atau burung.
Selain dari dua binatang tu, sorry tak layannnn..

Ada sekali tu, jalan-jalan petang, kitorang punya lah,
"Haikal! Haikal!! Dog! Dog! Ni tengok siniiii!! Ada dog!!"

Dia boleh buat muka toyaaa macam anjing tu invisible je lalu-lalu depan dia.
Tapi kalau kucing atau burung,
Baby Haikal pulak yang tarik-tarik tangan kitorang sambil tunjuk burung/kucing tu sambil cakap,
"Huh! Huh! Huuu.. Nak Nak Nak!"
-_____-

Nak apenya yang?
Kalau kucing tu boleh buat rendang ke, boleh jugak mak suap ko makan.
Ohh mak jenis apakah ini.. Huhu!

Sama jugak macam tengok fish ke, chicken ke, cow ke, goat ke,
Memang dia setakat buat muka "sorry naik lorry gua tak layannnn..."

Ni ada video Baby Haikal kejar kucing masa kitorang pergi amik angin kat pantai satu petang tu. Korang layan la. Tak sampai seminit pon videonya. Huhu!


Masa Baby Haikal duk kejar-kejar kucing tu, tetiba ramai pulak orang keliling tengok aksi Baby Haikal bersama kucing. Haha!
Ada satu makcik tu cakap,
"Comelnya bontot dia kalau dia jalan!!"

Derrrr....... 
Makcik, bontot dia tu bukan sesaje je comel ok.
Ianya diwarisi ok. Diwarisi. *sambil tonggek sikit bagi hint*
-..-

Khuatir sungguh aku makcik tu usha bontot Baby Haikal.
Sesuatuuuu je makcik tu. Haha!
 Aku ok je pon. Bontot baby memang comel kot kannnn..
*tapi ianya tetap diwarisi. Hahaha nak jugekkkk*


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

1 comments: