#HaikalOPG 2015 is coming realll soon!

Image and video hosting by TinyPic
Follow our FB page:
Haikal's Outdoor Playgroup

Sejuk perut ibu mengandung

Semalam aku dapat surat dari Asia Brands. Ingatkan satu kompeni dengan Ayam Brands yang buat sardin tu. Rupanya tak. Ayam Brands buat sardin kan, tapi Asia Brands buat pakaian dalam wanita rupanya. Walaupon nama kompeni nyaris nak sama tapi produk mereka ternyata jauhhhh bezanya. Sardin dengan bra sumpah takde persamaan langsung ok. -______-"
Dan ohhh rupanya aku menang voucher Audrey RM100 dari Asia Brands tu. Syukurrrrr... Contest apetah namanya aku tak ingat dah. Malas pulak nak recall balik.
So hari ni kena pergi Audrey outlet untuk redeem voucher tu. Seratus hinggit nak beli apa eh? Aku macam nak beli korset lah. Cey cey ceyyyy heheh! Kantoi perut dah kelepet kelepet letteww kahkah!
Anak baru sorang perut dah kelepet kelepet. Apakahhh??
Kalau anak dah empat lima orang nanti camane? Sah sah la perut jadi kelepet kelepet kelepet kelepet kelepet kelepet kelepet kelepet kelepet kelepet kelepet ok dah dah. Memang tiada kesudahannya tu.
Yang aku peliknya, perut laki aku yang tak pernah mengandung mahupon beranak tu pon turut sama bertambah kekelepetannya. Huhu! Bila aku tegur, hubby jawab,
"Papa nak teman Mama. Kang Mama perut kelepet sorang kesian pulak." 

Okkkkkkk... -_____________________-

Tapikan. Nanti kalau pakai korset, pinggang je ramping. Tapi bila tengok bontot besar, peha rhinosorus, lengan goyang-goyang, dagu dua. Camane?
Ok so tak payah beli korset.
Sila beli spenda nenek dan bra saiz 38D sekarang. Haha!

Dah alang-alang nak pergi Audrey, kena singgah Courts jugak. Courts kat atas Audrey tu je. Naik je eskeletor depan Audrey tu, pastu berdiri selama beberapa minit tetiba dah sampai depan Courts. Magis bukan? Haha! *lawak kurang upaya ke hape ni??*
Kena pergi Courts sebab nak beli grill babikiu. Bukan grill keselamatan rumah mahupon fire drill ye. Tapi grill yang orang buat panggang-panggang tu. BBQ ayam satuhhh. Huiiii dap dap dap dappp!
Sebelom ada yang tanya aku apa motip beli grill tu, meh aku nak jawab dulu,
"Itu pon menang contest juga harap maklom". -..-
Ok serius poyo gila jawab begitu. Huhu!

Eh aku sebenarnya bukan nak cerita pasal bra saiz 38D mahupon grill ayam panggang dap dap dap. Tapi aku nak cerita pasal pojaan korang ni la. Si Baby Haikal.

Last week aku cuti seminggu. Sempena?
Sempena syok sendiri memandai isytihar cuti. Kehkeh..
Sesaje je aku cuti. Nak spend time dengan Baby Haikal. Sebab macam dah kurang kasih sayang je budak tu aku nengok. Lebih-lebih lagi kasih sayang belaian manja dari ibunya yang saling tak tumpah mirip-mirip seperti.... ok takmo cakap. Hahaha!

So selama seminggu tu aku entertain la Baby Haikal to the max.
Tengok Barney sama-sama. Dan aku jadi Barney la ofkos..
Sebab hubby pernah cakap, "Mama sesuai sangat jadi Barney." -..-
Memula tu aku rasa bangga sikit-sikit tapi lama-lama rasa macam nak baling pasu je. Dah tu macam kong ajo je bunyi ayat dia tu kan.
Papa, Mama jadi macam Barney sebab lahirkan anak Papa tau. *okk kesiannn haha!*

Selain Barney, kitorang tengok Upin Ipin. Baby Haikal jadi upin, aku jadi opah. -..-
Kalau tengok Hi-5 pulak, aku tukang menari-nari, Baby Haikal tukang tengok je.
Ko nampak tak kat situ siapa entertain siapa sebenarnya. Huhu!

Tapi Baby Haikal sekarang semakin good boy tau.
Mana-mana aku pergi, dia ikuttttt je. Dia suka observe apa aku buat.
Aku sidai baju, dia tengok. Aku masak, dia tengok. Aku menyapu, dia tengok.
Sampailah satu hari tu kan. Aku saje la pakaikan Baby Haikal kasut supaya dia boleh main bola kat porch kereta. Tapi tetiba ni yang dia buat.

Mak-mak yang ada anak dara, sila pay attention sekarang. Ni lah dia contoh bakal menantu terbaik abad ini. Kalau nak masuk meminang sangat dialu-alukan. Sila sediakan juga wang hantaran yang setimpal. Ehh??

Cuba bagitau aku, mak mana yang tak menangis patbelaih baldi sebab terlalu kegembiraan tengok anak dia tetiba menyapu? Ringan tulang sungguh. Haha!
Walaupon tinggi Baby Haikal separuh dari tinggi penyapu tu, dia tetap sibukkk nak menyapu. Walaupon entah kemana-mana halanya habuk yang disapu tu kan. Takpe aku tetap nak nangis patbelaih baldi jugak. Huhu.
Rasa macam nak pergi ketuk rumah jiran-jiran nak bagitau kabar gembira ini.
"Huiiii.. Anak aku menyapu! Anak aku menyapu! Anak aku menyapuuuuu!!!!"
*separuh crazy terus*

Pastu ada satu malam tu pulak, aku tengah sibuk masak, tetiba Baby Haikal pon sibukkk nak amik periuk dan senduk.

Masak wayar earphone pon boleh. 
Wayar earphone masak 3 rasa. Haha!


 Hamboiii siap lipat kaki dan letak tangan begitu. 
Penat mengacau ke yang? Lambat lagi nak empuk wayar earphone tuuuu..? Kihkih.

Paling lawak bila aku datang dekat-dekat, Baby Haikal hala senduk tu ke mulut aku nak suruh aku rasa. Haha! Hamboiiii dap dap dap nya engko masak yanggg. Dagu kena kedepan sikit la camni. Muahaha!




Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

7 comments:

mamafarah4 said...

PERGH!BAKAL MENANTU MAKCIK NI..BAGUS DAN RAJIN SUNGGUH KAMU NI HAIKAL..TAPI KAMU KENE HATI2 TAU HAIKAL,MAMA KAMU TU SUKA AMBIL KESEMPATAN TAU,DIA TGK KAMU PANDAI ITU INI NANTI DIA SUH KAMU YG BUAT SEMUA KEJE2 UMAH..BUKAN LEH PERCAYA MAMA KAMU TU..TAPI SYHHH!KAMU JGN BAGTAU MAMA KAMU YG ACIK CAKAP MACAM NI TAU..BAGUS2 BAKAL MENANTU ACIK NI..HEHEHE

@lfidah @dim said...

wah rajinnya baby haikal.teruskan kerajinan itu yea..boleh tolong maknya nanti..:D

Jiji-Fify said...

mamafarah,
Acik, perlu ke tulis huruf besar? Ala acikkk..takpe la sekali sekala saya tolong mama saya. mama saya tu dah la baik, ayu, jelita, anggun, megan fox. semua lelaki rajin tolong dia, termasuklah saya. kahkahkah. acik, ni haikal yang tulis ni tapi pakai tangan mama. ;P

@lfidah,
InsyaAllah aminnnn... :))

RieNa said...

terbahak2 k riena gelak dgn kamu ni jie. sumpah lawak.

** nasi goreng pattaya tak nak telor?nk try order kat kedai tomyam lah ptg ni. agak2 kena pelangkung dgn adik amik order tu dak? hahaha!!

Zura Lee said...

seronok tengok telatah bdk2 nak membesar ni kan..mcm2 ragam !!

fifie said...

Baby is a great imitator. hai haikal, makcik eh kakak fie nie belum kahwin. Nanti dah kahwin dapat baby please jadi menantu hokey. Hahaha

dari sisi hidupku said...

x boleh blah mintak hantaran. haha. zaman dah maju, nak jadi mr.mama ke haikal. BTW, 1st time nampak muka baby haikal cam laki akak, klo x selama ni muka cam megan fox je. haha. ke mata sya yang kelabu, muahaha.