Spaghetti Carbonara with Black Pepper Grilled Chicken

 Dah lama aku tak update pasal masak-memasak kan?
Maksudnya? Dah lama dah tak masuk dapur.
Kan tetiba dah kantoi di situ. Huhu!

Jadi hari ni kembali lah kita ke pangkal jalan.
Kembali rajin masak. Tapi hari ni je la.
Pastu tunggu lagi dua tiga bulan untuk next entry masak-masak. Kehkeh

Dan hari ni ye puan puan.
Resepi kita ye puan puan.
Sangat istimewa ye puan puan.
Sambil dagu kedepan sikit. Kehkeh.

 
Carbonara Spaghetti bersama Grilled Chicken.

Sebelom ni aku dah pernah bagi resepi Carbonara ni kan.
So hari ni resepinya sama saje cuma tokok tambah sikit dengan Grilled Chicken. Kengkonon nak bagi nampak ada something new disitu. -..-
Aku kalau masak sekali, pastu tetiba sedap pulak, memang aku akan masak benda tuuuuu je berulang kali. Baru terasa diri ini pandai masak. Kahkah.
Tapi kan. Carbonara aku kali ni kurang kick la dari yang sebelom ni. Tak sedap lah senang cakap kan. Tapi yang tu kita toksah cerita sangat kat sini. Simpan dalam hati je boleh? Asalkan dalam gambar nampak seperti sedap, itu sudah memadai. kahkah. Dasarrrrr sangat.

Grilled Chicken tu aku buat dua jenis.
Satu kurang hangus. Satu terlebih hangus. 
Ok bukan dua jenis, tapi dua tahap pembakaran.
Satu pembakaran tahap dua. satu pembakaran tahap lapanploh juta. Hihi.
Dan sah-sah yang terlebih hangus tu untuk hubby. Haha!

 Ni aku punya.


Dan ini hubby punya.

Nampak tak perbedaannya? Jelassss betul hangusnya. Huhu!
Aku bukan sesaja buat terlebih hangus okkkk.
Jangan ingat aku keji sangat. Aku ni mithali sangat-sangat orangnya. -..-
Aku buat hangus tu atas pemintaan hubby sebenarnya.
Ya mamat tu memang suka hangus-hangus.

Kalau aku tengah goreng ikan ke ape kat dapur kan, hubby akan datang dapur pastu,

Hubby: Sayang, ikan untuk Papa goreng garing garing garingggg k.  
*see! dia yang request begitu*
Aku: Ok. Nak garing lebih kena tambah lima posen.
Hubby: Hamboih kena bayar pulak?? Sejak bila buat bisnes ni kak?

Pfftttt.. Main-main pulak diaaaa!! Apa ingat free-free ke nak kasi goreng garing? Bayar bayarrrr!!!
*Bini jenis apakah ni? Huhu!*

Aku: Mama bukan apa. Lagi garing nak kena goreng, lagi banyak peluh Mama keluar tahu? Sebutir beras ibarat setitik peluh petani kan, jadi segaring ikan ibarat setitik peluh Mama la. Begitu.
Hubby: Ok foin. *malas nak layan*
Aku: Ok apanya? Ni dah lima titik keluar ni. Bak lima posen.
Hubby: Eh malam ni malam jumaat kan? Ok malam ni Papa bayar.
*buat muka notty angkat-angkat kening*

-___________-

Ituuuuuuu je lah cara pembayaran yang boleh difikirkan oleh lelaki.
Semua lelaki samaaaaa je! *Amboih*

So malam ni ON ke bang? *eh tertanya kat sini pulak :P*

Eh apasal dari carbonara boleh jadi ikan goreng pastu jadi malam jumaat pulak ni? Apakah topik sebenar yang nak diketengahkan ni? Semua-semua pon tulis ketengah-ketengah je. Patutnya topik yang taknak diketengahkan tulis ketepi-ketepi la kan.
*ok tolong la gelak*

Dalam gambar atas tadi, nampak macam grilled chicken tu sikit-sikit je kan. Macam alahaiiiii sopan nya si pemakan. Mesti body macam megan fox sangat-sangat.
Tunggu sehingga anda melihat pinggan seterusnya.


Ok megan fox atau megan hipopotamus sekarang??

Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

3 comments:

Ena's Palace said...

tak masak...tak masak..sekali masak..hamikkkk koo..masakkan omputeh lagik!..hehehe

sedap je tgk....blum rasa lagi tuh!

lania assina said...

pandai k.jiji masak.hehe.sy nak try jugek lah...

Zura Lee said...

Zura suka ayat nih...

"Aku kalau masak sekali, pastu tetiba sedap pulak, memang aku akan masak benda tuuuuu je berulang kali"

Kita serupa la Jiji oii.. hahahah !!