Why so bother?


Last weekend, I attended a wedding of my supervisor's daughter.
The wedding was quite grand. Biasa la, anak tunggal pompuan.
Ada orang kata, everything was sponsored by the parents.
Wah untung lah. Kawen free! Hihi.

 With the mom-of-the-bride cum my supervisor- Dr. Norhashimah

 Baby Haikal's first time to attend a wedding ceremony. =)

Few days before the wedding, macam biasa lah kitorang nak prepare hadiah for the pengantin. Nak beli gift-wrapper lagi. Nak beli greeting card. Nak beli riben lagi. Nak beli selotape lagi. Gunting lagi. Okay takkan gunting & selotape takde standby kat rumah kot? Kecoh betul.

And masa nak balut hadiah tu, aku punya la duk pikir nak lipat kertas tu camne.
Nak kelepet style camne.
Nak buat bentuk kipas ke. Nak buat style goodie-bag ke.
And then dah balut nak tampal kad kecik yang ada tulis SELAMAT PENGANTIN BARU. IKHLAS DARIPADA BLA BLA BLA.
Padahal kalau ikhlas takyah la tulis daripada siapa segala. Betoi dak?
Lepas pung pang pung pang, nah siap pon hadiah untuk pengantin. 
Dengan harapan, aku punyalah yang paling kreatif.
Aku punyalah yang paling cantik wrapper nya.
Aku punyalah yang si pengantin akan suka and ingat sampai bebila.

Tak lama lepas tu, tetiba aku teringat masa aku baru kawen dulu.
Pada malam pertama lepas bersanding.
Selalunya malam pertama pengantin buat ape eh??
BUKAK HADIAH YE KENGKAWAN.
bukan beromen. heh

So habis je majlis resepsi kat Dewan PKPS tu, berlonggok hadiah menanti kitorang kat rumah.
Alhamdulillah la kan. Rezeki.
Tapi yang jenuhnya, kitorang kena unwrap one  by one. Memang jenuh.

Aku taktau camne depa angkut hadiah ni semua dari dewan PKPS ke rumah. -___-"

So kau bayangkan, dah la tengah kepenatan sehari suntuk untuk majlis resepsi.
Pastu ada selambak hadiah untuk dibuka.
Kau rasa si pengantin kesah ke wrapper sape paling lawa?
Greeting card sape paling mahal, paling kiut. 
Oh yang ni kelepet tang sini, yang ni pulak kelepet tang sana. Kreatif nya!
Oh comelnya kad ni ade gambar teddy bear lah! Comelnya!

MEMANG TAK.

Based on my experience, semua hadiah telah dibuka dengan rakus.
Ofcos la some were attracted, tapi untuk sesaat dua je la aku tenung. Pastu campak.
Maksud aku, gift wrapper tu ye. Bukan campak isi hadiah.
Isi hadiah tu lain cerita. Siap pelok-pelok. =P

 

At the end of the day, lepas semua hadiah dah dibuka, akan ada satu longgokan gift wrapper yang saaaaaangat banyak.
Being an environmentalist, aku rasa saaaaangat membazir nak buang.
Aku tau semua wrapper tu bukannya murah. Pakai duit jugak kan.
Entah berapa banyak pokok la kena tarah nak buat wrapper tu semua.
Pastu berapa saat la sangat wrapper tu membaluti hadiah-hadiah tu semua.
Pikir-pikir balik, what a waste kan?
Kalau sekeping dua tu, I might want to reuse it. 
Tapi kalau dah selambak gitu memang tak kuasa la kan.
But ofcos I appreciate every single pressie we got.
In fact, sampai hari ni pon, aku boleh ingat sape yang bagi hadiah ni hadiah tu.
Kalau guna rice cooker, oh rice cooker ni Atuk bagi.
Kalau guna sandwich maker, oh ni kawan hubby bagi.
Kalau guna oven, oh ni polan ni yang bagi.
Kalau guna cadar sarung bantal comforter, oh ni makcik ni yang bagi.
Kalau guna towels, oh ni minah ni yang bagi.
Kalau guna pinggan mangkuk cawan sudu garpu pisau senduk nasi, I still can remember who gave me that thing.
Dan baaaaanyak lagi.

Yang ni antara hadiah yang paling aku ingat.
It was given by my ex-schoolmate.
Sangat sweet bcoz ada sulam nama kat towels tu.
Thank you, Faziela! =)

Moral of the story, pasni tak payah la nak berabih sangat kalau nak wrap hadiah orang kawen. Pakai kertas cikai-cikai je pon takpe. At least, worth it la kalau si pengantin nak buang begitu saje. Yang penting, isi hadiah tu berguna la untuk si pengantin tu.

Celebrate birthday bakal PM


Pergh cuti CNY tahun ni memang heaven! Bcoz cuti CNY bergabung dengan weekends.
So cuti pon jadi PANJANGGGGG (macam abang singh makan beras basmathi).
Bila cuti panjang, traffic jam kat highways pon panjanggg. hihi

Kitorang pon tak terkecuali balik "kampung" last week.
Tapi kitorang tak pulak merasa heavy traffic tu sebab kitorang melawan arus.
Maklum la orang lain nak keluar Key Ell, kitorang nak masuk Key Ell.
So sepanjang jalan tu ade dua tiga bijik kereta je atas jalan.
Tapi kat lane sebelah, bumper to bumper beraturrrr nak balik kampung.
Sian lak nengoknya. Hihi.

Kitorang straight to rumah Mama kat Shah Alam sebab hari tu ialah birthday adek aku.
Nama dia Adan.
Aku ada masalah besar dengan dia nih. Bcoz last year dia dapat result PMR straight As, and dia claim hadiah kat aku. Tak lama pastu dia dapat offer masuk MCKK (well u know sekolah tu memang untuk kaum poyo hihi tapi sebenarnya aku jeles giler ok). Then lagi sekali dia claim hadiah dari aku bcoz dapat offer tu. And tetiba on the 21st Jan lepas, birthday dia pulak! Adusssss..hadiah lagi? 
Maksudnya sekarang aku hutang kau 3 hadiah? Mampuih. =P
Ni ha adek aku yang superpoyo tu.


Nak terkeluar isi perut aku bila borak dengan Adan..
Aku: Happy dapat masuk MCKK?
Adan: Mesti la. Adan memang harap dapat sekolah tu.
Aku: Bagus la. Nanti belajar rerajin. Takmo poyo-poyo sangat. Lepas MCKK nak pergi mana pulak?
Adan: Ermm..Abis MCKK, Adan pergi obersi. Pastu Adan balik Mesia terus jadi menteri. Pastu jadi Perdana Menteri terus lah. 
Aku: =..=" *takleh poyo lagi ke ayat kau tu?*

So last week we had a simple birthday celebration for him.
Very simple tapi meriah. 
Well kitorang kan memang setok mengilai macam MakBapak Lampir. Heh.
Harus la tempat tu bising ngan gelak tawa kitorang je.
We went to PapaRich.
Bcoz the birthday boy wished to have a lunch there.


Biasa la sambil tunggu order, masing-masing bergebang depan camera dulu.
Sambil cam-whoring.
Sambil borak-borak.
Sambil gelak-gelak.
Sambil buat bising.
Sambil buat perangai annoying. Mesti orang meja sebelah pon nyampah dengan kebisingan kitorang. Sebab tu dia tetiba bungkus dan blah. Bahaha!

 Baby Haikal with Paklong & Maklong. Sweet!

 3 generations: Grandson & son of Daddy's

 Birthday boy with Mama. sopan.

 Birthday boy with Daddy. kurang sopan.

Tangan Adan berbalut tu sebab kena simen sebab retak masa main futsal. 
Orang dah 16 tahun la katakannn.. retak-retak ni biasaaaa! ;D 

Budak tecik dua orang tu asik lawan mata je bila letak dekat-dekat.
Agaknya tengah bercakap dari hati ke hati kot. Haha

 Oit yang! Apsal garang sangat muka tu yang? -__-"

 
Rupanya sebab Aqil ajak bergusti. Hihi

And eventually, order pon tibaaa...
These are some food & drinks yang telah dilapah tempoh hari.

 Aku tengok eskrem blueberry ni dah macam warna simen pon ade.

 Durian kat puncak ABC tu telah dikuis-kuis. Sape suh letak seulas je. Lengkali letak sejibik doyan terus. Heh.


Bila semua makanan dah tertadah kat atas meja tu, apalagas, semua orang otomatik silent kusyuk makan. Hala camera pon tak pedulik.

 Kecuali aku. Nak jugak pandang camera. -..-

 Hubby & I order makan minum yang sama. Kitorang memang sehati seJAWA.

 Adan cum birthday boy ngengada nak bersuap ngan Mama.

 Ok aku memang cemburu buta. Nak jugak bersuap! :P

 Masa orang sebok makan boleh pulak Baby Haikal lenaaa. Dah penat bergusti agaknya.

 True colour of the birthday boy. Tolong la Adan. Kau dah tua takleh buat perangai camni dah wei!


 Sebelum balik, Adan sempat posing kat bontot kereta Daddy.
Agaknya sebab bontot kereta tu sama gebu dengan bontot dia.
Tapi ada pulak sepasang belangkas (Along & Kaklong) tengah interprem kat belakang nunnn! haha

 Balik dari PapaRich, jiran kesayangan kitorang (Aunty Sarah) pulak bagi Pavlova gebu.



Uihhh sodappppp! Sekelip mata dah sampai dalam perut masing-masing. 
Kalau korang terliur depan komputer sambil jilat-jilat screen tu, apa kata korang search:
Facebook: CHOC HUT
Hah boleh order terus doploh bijik.

Adan, nanti kau dah jadi PM, jangan lupa kat Aunty Sarah. Bagi dia kilang kek sebijik. Senang dia nak hadiahkan kau Pavlova tetiap tahun. ;)

Alhamdulillah we had a lotsa lotsa lotsa fun the other day.
Thanks Daddy for your treat. Very the PapaRich! Haha
For Adan, kau dah 16 tahun wei.
Dah boleh kawen dah. Eh?!
Semoga lebih matang pasni.
Jangan buat perangai tak senonoh depan anak-anak buah. Heh
Nanti masuk MCKK belajar rerajin kay!
Nanti ada masa, Kakngah datang melawat kau kat Kola Kangsar nunnn.
Boleh Kakngah tolong kamu fly.
Opppssss!


He prefers to sit unsupported- bajet kuat letteww!


Lately Baby Haikal prefers to sit rather than to lie down on bed.
Kalau baringkan dia, mesti mengamuk nak bangun.
Siap nak angkat-angkat kepala sendiri.
Bahaya betul kalau nak tinggalkan dia sengsorang.
Especially bila aku nak mandi ke nak solat ke nak masak ke.
Takut tak sedar dia angkat kepala and tertangkup muka. Terus tak boleh nafas.
Na'uzubillah la kan.
MIL cakap baby nak mula meniarap gitu la gayanya.

So kitorang terpaksa la rajinkan diri untuk melayan Baby Haikal nak duduk.
Walaupon baru 5 minit pegang dia dah boleh rasa sengal-sengal urat keti.
Mind u, Baby Haikal was 7 kg when he's only 2months old last month.
Bulan ni tak pegi check up lagi. So taktau berat berapa dah.
Agaknya dah macam pikul sekampit beras cap rambutan 5% peratus hancur tu.

Kalau kitorang banyak masa, boleh la layan Baby Haikal lama sikit.
Duduk kan dia, sambil borak-borak ngan dia.
Dapat duduk je, mesti dia gelak-gelak. Happy je.
Bila baringkan, mula la menendang-nendang minta duduk balik.
Haihhhh..awak tu dah la berat nak oiii.. T_T

Kengkadang risau jugak sebab Baby Haikal belum 3 bulan lagi.
Takut belakang dia tak cukup kuat.
Kang bongkok pulak anak bujang aku. =P

Tengok la ha budak ni, nak duduk tanpa dipegang.
Muka chuakkkk je kannnn

Senget-senget pon rela tak dipegang. Haih.

Bila dapat duduk, baik la mood dia.
Asik nak berborakkkk je.
Asik nak tergelakkk je.
Air liur asik nak melelehhh je.
Meleleh secara slow-mo pulak tu. Hihi


Nasib baik comel.
Perangai macam-macam pon Mama Papa tak jadi marah. -___-"

Sebelum tutup cerita, nah satu video Baby Haikal tengah sakan dapat duduk.
Kalau ada terdengar suara mengilai si mak bapaknya tu, abaikan je la. -..-

video

Even commercial product got typo!

Ni pengalaman aku.
Bila typo dalam SMS, mesti kena bahan. Maklom la taip laju sangat. 
"yang" jadi "sayang".
Okay typo terlampau.

Bila typo dalam email atau belog, pon kena bahan jugak.
"the" jadi "teh".
"aku" jadi "kau".
"nak" jadi "mak"
Very common typo kan?

Tapi recently, aku dah tak rasa teruk sangat kalau ter"typo".
Sebab?

mouth + tooth = MOOTH??

Terbahak-bahak aku gelak.
U see, even on commercial product got typo mehhh.
So tak payah nak bahan sangat la kalau aku typo lagi pasni.

Tapi when I was about to publish this entry, aku tergerak hati nak cari MOOTH ni dalam kamus. Kot-kot it does has a meaning and isn't a typo.
And indeed. It has a meaning.
MOOTH is actually a dialectal British variant of MOUTH.

Hahahaha. Amek kawww!
It's purposely spelled that way lahhh..
Suka hati kau je nak tuduh dia typo! T_T

p/s: Aku pon tak tau ape motif dentist tu bagi aku bendealah pencungkil ni masa aku cuci gigi hari tu. -____-"


CNY is coming!


Walaupon bunyinya ialah Chinese New Year, 
tapi semua orang kat Malaysia ni termasuk Melayu India tumpang happy!
Sebab? 
Dapat cotiiii! hihi..
Who doesn't love holidays kan? =P

So for this coming CNY, I would like to wish all of u a
HAPPY CHINESE NEW YEAR lah..
and happy holiday as well!

Alang-alang dah dapat cuti panjang ni, luangkan la masa dengan family okay.
Toksah la nak merempit ke nak melepak tak tentu arah ke.
Cuba la buat perkara-perkara berpekdah ye.
*pergh cakap dah setok mak-mak dah aku neh*


Kufur

Last Tuesday, macam biasa I drove to the campus.
And it was bloody hot and sunny day.
Walaupon dalam kereta ada air-cond, tapi tetap berpeloh-peloh keti.
And disebabkan terlalu panas, sampai silau-silau mata masa driving tu.
Tu baru dalam kereta yang beraircond, berbumbung.

Bila keluar dari kereta, toksah cakaplah.
Bahang wehhhh.. Rasa macam hangus terus!

So the whole day tu aku duk meruuuuungut je.
Panas. Panas. Panas.

Sampai la waktu lunch hour.
Waktu tengahari kau tau je la mataharinya camne kan.
Kalau yang botak licin tu, mau mendidih otak.
Bak kata Daddy, kalau pecahkan telor atas kepala botak, mau masak terus!
Apa jenis perumpamaan tah bapak aku tu. nasib baik Prof. =P
Tapi maksudnya, teramat panas lah cuaca hari tu.

So sampai time lunch hour, I've to go out again to have lunch lah.
Kalau ikut hati, aku nak stay je dalam lab/postgrad room tu, sebab ada aircond kan.
Tapi sebab perut dah berkeroncong bergurindam segala, so kena jugak cari makan.
Along the way dari postgrad room nak menuju ke kereta tu, aku duk membebellllll je.
Panas la. Bahang la. Peluh la. Hangus la. Bla bla bla.

Until I saw this...
Terus aku sentap.


Aku terpandang sorang mamat tengah cat bumbung bangunan.
Tengah-tengah panas terik tu.

Astaghfirullah...
Betapa tak reti bersyukurnya aku ni.
Betapa jauh lebih beruntung la aku berbanding mamat cat bumbung tu.
Tengah-tengah bahang sunlight tu dia cari rezeki.
Dia terpaksa jugak cat bumbung tu, walaupon kulit dia hangus ke, mata dia silau ke, keti dia peloh ke, tekak dia haus ke.
Dia tetap mengecat bumbung.

Ini kan aku yang naik kereta.
Berbumbung.
Ber air-cond.
Ber sun-glasses.
Panas sikit, complain kat satu dunia.
Berpeluh sikit, complain lagi.

Ini lah namanya KUFUR NIKMAT.
Jangan sampai Tuhan tarik balik semua nikmat yang Dia dah bagi, baru kau nak sedar dan taubat.
Astaghfirullah al azim.
Astaghfirullah al azim.
Astaghfirullah al azim.


African lady versi putih?


Pernah terbayang camne rupa African lady kalau kulit putih?






***






***






 ***






***






***







***







***








 


HAHAHAHA~

Bapaknya suka benor membuli anaknya taw.
Boleh pulak masa nak buka baju Baby Haikal sebelum mandi disangkutnya baju kat kepala gitu. Dah macam Kenya West dah aku nengok.

Haha ;D