2 0 1 3

Wah dah 2013 dah kita.
Jangan nanges kepada yang kawen tahun ni. Sebab takde tarikh 13/13/13 kahkah. Apalah sangat ada pada tarikh tu kan. Tiap-tiap hari pon korang akan jadi suami istewi nanti. Hari-hari pon tidur sekatil sebantal seselimut. Hari-hari pon boleh anniversewi. Gituuu. Heheh.

By the way, korang celebrate new year ke? Celebrate kat mana? 
Ke tengok bunga api dalam rumah je? Tengok dalam tibi haha! Tibi kan dalam rumah. So tengok bunga api dalam rumah rupanya tengok kat tibi. Lawak tak? Lawak tak? *macam nak mintak pasu atas kepala je*

Aku jarang betul celebrate jadah new year new year nih. Sebab macam...perlu ke?
Tak perlu kot. Setakat nak sesak-sesak orang ramai basah-basah ketiak segala huiii.
Tapi new year hari tu, secara tiba-tiba hubby cakap, jom pergi Bukit Merah Laketown Resort. Amboiiiiii.. Aku pon eh jommmmmm!!! Haha!
Nanti aku buat entry lain pasal Bukit Merah tu ok. Tapi takde la menarik sangat pon. Sebab bukit tu tak merah pon. Hijau je. hihok hihok hihok -..-
Kat sana pon ada concert and countdown new year jugak.
Tapi masa malam countdown tu, pukul 9.30 malam kitorang dah berbungkus bawah selimut dah. Tak kuasa nak tengok concert countdown tu. Aku berbungkus atas katil je sambil tunggu cerita merlin. Tapi tiba-tiba cerita merlin takde ganti kungfu hustle. Cisssss!!!!
Terus aku tidur dengan hati yang tak tenteram malam tu. Kenapa takde merlin? Kenapa takde merlin? Kenapa? Kenapaaaaa??? T__T

Tahun lepas (2012), hidup aku so-so saje. Mendatarrrr je aku rasa.
Takde apa yang exciting pon. Oh tapikan, last year la aku start gila join segala contest kan. So itu antara kenangan manis last year jugak la kot. Maksud aku kenangan manis tu bila menang contest la. Kalau kalah, terus taruk tong sampah je kenangan tu. Terus takmo ingat dah. Emo. Haha!
 Hopefully, tahun ni aku dapat menang besar lagi. 
Contoh macam.... menang adibah noor ke. Ok tak lawak.

Tapi tahun ni kan, aku expect banyak sikit benda akan berlaku. 
Sebab nak pilihanraya. *tetiba*
Macam engko pulak nak jadi PM kannn haha! 
Maksud aku, tahun ni macam saspen-saspen gitu kot. Sebab tahun ni aku target nak habis PhD. Walaupon scholarship sampai mid 2014, tapi aku target habis hujung tahun ni. InsyaAllah berjaya la apa yang ditargetkan tu. Aminnnn... Huhu!
Setakat ni labworks pon dah almost siap. Lepas setel labwork, boleh fikir pasal publications dan thesis writing. Nasib baik sekarang dah ada approach baru on PhD thesis. Engko tak perlu lagi nak tulis thesis tebal tebal teballlllll. Hanya perlu publish at least 3 journals (yang significant), terus engko boleh compile jadi thesis. USM baru je buat approach ni. Aku rasa aku first batch yang mula thesis pesen gitu. Universiti lain aku tak tahu pulok.
Moga-moga dipermudahkan la urusan PhD aku tahun ni.
So nanti 2014 aku boleh duduk rumah goyang kaki je. Eh eh ewah...

Lagi satu, Penang Second Bridge pon dijangka siap tahun ni. 
Nanti aku buat entry lain pasal latest progres jambatan tu ok. Dah ada rupa uolls! Dari jauh nampak macam dah siap. Tapi dari jauh la. Dari dekat tak tahu pulok mak hincik. Heheh.
So expected siap september ni.
Jadinya aku merangkap istewi kepada si tukang buat jambatan, kena la banyak-banyak bersabar bila hubby tak dapat cuti atau balik lewat malam atau kena kerja hari Ahad. Fuiiiiiii!
Orang construction memang begitu, makin nak siap projek makin kelam kelibuit semua benda. So korang-korang yang belum kawen, sila cari jodoh dikalangan nelayan ke, pakgad ke, tukang gunting rambut ke, supaya hidup anda lebih aman kelak. Kehkeh.

 Tahun ni Baby Haikal akan berumur 2 tahun. 
Kita tengok la camane perangai dia tu nanti. Makin sopan santun macam maknya ke, makin dot dot dot macam paknya. Haha!
Aku pulak akan berumur 26 tahun. Ohhh mak gadddd.. Mudanya lagi!!! *muntah patbelaih baldi*
Dan hubby 30 tahun!! Tua hoiii.. Kahkah.
Hari tu aku usik hubby, 
Aku: Tahun ni Papa dah 30-an, tapi Mama masihhhhh 20-an. Sila jeles.
Hubby: Eh ye ke? Tapi Papa macam tak rasa sangat lah. Sebab semua orang kata Papa baby face.

T_____________________________T

Lagi apa lagi eh nak cerita pasal tahun baru ni?
Aku sebenarnya banyak je benda nak update kat belog. 
Tapi entah mood tak datang. Tak pon aku yang malas. Heh.
Tengok lah petang sikit ke esok ke aku update entry ada gambar ok. Ada gambar la syok kannn. Ada megan fox. Hikhikhikhik!

Oh pagi tadi kan. Aku ada tanya Baby Haikal.
"Haikal nak adik tak? Kalau nak, tahun ni Mama bagi."

Baby Haikal diam je, tak respon.

Aku tanya lagi sekali,
"Haikal nak adik tak?? Mama bagi 30 saat dari sekarang untuk jawab! Kalau tak jawab jugak, tahun ni NO ADIK."

Baby Haikal tetap tak respon. 

Rupanya dia tengah tidur .
So aku assume dia taknak adik la. 
Alhamdulillahhhh!! Haha!
*kenapakah saiko sungguh mak engko Haikal..*


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

3 comments:

dari sisi hidupku said...

haha memang terserlah keSAIKOan mak nya. haha. bagi la dia adik, cuba tanya masa dia tak tdo. mesti comel cam megan fox eh tak cam haikal. haha.

isabelle frankly said...

saja je kan..ko tanya masa haikal tgh tido.
maka tertinggal jauh la dr along nanti

Jiji-Fify said...

Dari sisi hidupku,
Memang nak bagi tapi dah dia taknak. Hahaha!

Kak is,
Takpe..kita bagi laluan kat orang tua dulu.. Eh silap, orang senior. Haha!