Aiskrim new skool versus old skool

Sejak kebelakangan kedepanan ni kan, Penang dah kurang hujan.
Asyik asyik asyikkkk panas je.
Jemur baju 2 jam je dah kering.
Kalau jemur diri sendiri 2 jam?
Terus boleh buat burger bakar daging manusia haha!
Bahang gila ok.
Tekak pon asik haussss je.

Hubby la kesian. Sebab dia kerja site kan.
Site buat jambatan kat kawasan laut bhai..
Mahunya bahang dia lebihhhh hottttt kan.
Kesian hubby ai.

Pastu kalau balik je mesti hubby request air sejuk air sejuk air sejuk.
Memang cuaca panas stok dehydrated la bak hang.

So bebaru ni aku terasa seperti...
kalau cuaca camni, mesti heavennnn kalau dapat makan aiskrim.
Aku pon buat la aiskrim. Aiskrim yang paling loser tu.
Yang zaman kita dulu jual sebatang seposen tu.

Masa aku duk Ganu dulu kan, aku ada jiran ni, mak dia jual aiskrim yang seposen sebatang tu lah. Ada perisa sirap, milo, asam, jeruk, sarsi, oren, anggur macam-macam lagi lah. Tapi yang jeruk tu memang limited edition la. Asik asik asik bila aku nak beli aiskrim jeruk, mesti dah sold out. pfffftttt. Terus muka monyok sambil berjalan pulang ke rumah sambil menyepak-nyepak batu lepas geram. Huhu!

So bebaru ni, aku buat aiskrim tu lah.
Perisa milo dan ribena. Hihi.

Tak sampai seminggu terus sold out. 
Adik-adik aku datang terus bantai 3-4 batang sekali makan. -..-
Hubby pon suka. Siang dua batang, malam dua batang. Amboi dia tuuu..
Aiskrim tahap old skool pon laku ok.. Huhu!

Tak lama lepas tu, aku nak restock la aiskrim lagi kan.
Dah habis tapi belom puas kot.
Tapi kali ni rasa macam nak try buat aiskrim new skool pulok. 
Bajet heiiibat la nih. kuikui.


 Sebelum beku.


 Selepas beku. Yummeyyyhhh!!

Aku buat dua perisa.
Satu vanilla. Aku letak coklat chips. Yang hitam-hitam tu ialah coklat chips ok.
Jangan jadi macam laki aku,
"Sayang, yang hitam-hitam ni taik kambing ke."
 Derrrrrr...
Nak saje kubomohkan nanti. Taik kambing katanyaaa!!! pffftt..

Perisa lagi satu, perisa strawberry.
Pastu aku letak fresh strawberry and blueberry sikit.


Kalau tekak terasa keringgg je kan.
Terasa kehausan je kan.
Pekena aiskrim camni memang perghhhhhh syorga kawan-kawan.. Syorgaaaa..

Korang nak try buat sendiri? Macam biasa, nahhh resipi...


4 comments:

Ena's Palace said...

Lama btul xmkn sekerim old skool tu...tringat zaman2 kecik ms g ngaji...mesti beli sekerim tu ...sbbnya makcik ngajo ngaji tu yg jual sekerim tu...hahaha..2 in 1

Zura Lee said...

mana jiji simpan lauk2 mentah cam ayam, ikan sume ? tgk freezer tu penuh ngn stok susu ngn eskrem jer..

mamafarah4 said...

bestnye jiji ni..rajin sungguh..hahaha..
terliur plak nengok aiskrim2 ni..
baby haikal mkn bape batang? ke mak bapaknya jer yg melahap berdua ..hehehe..

Jiji-Fify said...

ena's,
haha kannnnn... memang zaman muda1 punya aiskrim la tu. zaman sekarang mana ada lgi dah.. kalau ada pon dah mahal. huhu

zura,
itu lah alasan baikkk untuk tidak memasak di rumah. makan kedai lah kita. hak hak hak. kalau beli bahan mentah pon, kena masak terus. no simpan simpan. kehkeh.

mama farah,
haikal tengok saje. hahah!