Bila Baby Haikal ke Tesco..

 Perkara yang paling mencabar dengan Baby Haikal sekarang ialah bila bawak dia keluar jalan-jalan. Contoh paling senang ialah pergi Tesco.
Setiap bulan mesti kitorang akan ke Tesco untuk setel groceries.
Dulu, senang je bawak budak ni kemana-mana. Sorong je lah dia dalam stroller.
Tapi sekarangggggg..mana mau dia duduk dalam stroller.
Tak main dah ok. Orang dah ada kaki kannnn..*pempaham lah sendiri*

Kalau dulu aku dan hubby boleh cari barang yang nak beli tu sama-sama. Tolak trolley sama-sama. Sekarangggg..kitorang dah kena berpecah.
Sorang kena ikut Baby Haikal mana dia pergi, sorang lagi kena cari barang laju-laju. Selalunya hubby yang jaga Baby Haikal, aku yang cari barang. Sebab hubby penyabar sikit nak melayan budak tu, dan aku pulak boleh la sebat je semua barang yang nak dibeli. Main amikkkk je lah. Kuikui. Macam salah strategi je kan? Kenapakah bagi si pemboros tersebut mencari barang? Hak hak hak.

Baby Haikal tu kan, kalau dia berjalan, bukan reti nak ikut kitorang hala kemana. Dia ikut kaki diaaaa sahaja. Kalau kaki dia rasa macam nak ke bahagian mainan-mainan, terpaksa la hubby ikuttttt je dari belakang. Kalau tetiba Baby Haikal menghala ke pakaian dalam wanita, si bapak pon lajuuuuuu je ikut sambil bukak mata besar-besar. Ehh? Macam salah strategi lagi kan?

Masa Baby Haikal main payung ni kan, hubby terkejut tengok.
Sebab tetiba dia tahu fungsi payung tu latak atas kepala begitu.
Mana belajar tah. Upin Ipin kot. Haha!

Bila dah setel groceries, bayar, dan kalau ada masa lebih, kitorang akan entertain Baby Haikal naik mainan yang masuk syiling pastu goyang-goyang tu.

 Hubby la selalu manjakan Baby Haikal naik benda ni.
Hubby memang suka memanjakan orang sebenarnya. Sejak azali dia memang begitu. Mula-mula dulu masa bercinta aku syok la. Ada orang manjakan sangat-sangat.
Tapi lama-lama rasa rimas pon ada. Kahkahkah.
 Pernah dulu Mama pesan kat hubby camni,
"Hafifi jangan manjakan rajiah tu sangat. Kalau dia nak apa-apa, jangan bagi. Kang dia lagiiiii mengada-ngada."
Bahahaha! Amik setepek kena dimuka aku. Huhu. 
Tapi hubby ni jenis yang cepat kesiankan orang. 
Bukan orang yang dia sayang je, tapi semuaaaaaa orang! 
Tengok orang muka sememehhhh sikit, terus kesian. -______-


Baby Haikal berangan naik BMW ZAP3 apakah ZAP3?? Haha!
Kereta dah canggih, BMW kan. Tapi bila masuk syiling tetiba keluar lagu mary had a little lamb. Apakahhhh?? Pasang la lagu pardeyh-pardeyyyhhhhhhh...


Baby Haikal usha-usha amoi kereta kodok sebelah. Amboi perangaiiiiii.. *jeling hubby*


Bila amoi tu usha dia balik, terus buat-buat tak tahu. Kahkah.


Sambung usha lagi. Kau ni yang. Agak-agak la bapak dia ada sebelah kotttt.. Selamber nak ngorat jugak.


 ZAP3 okkkk.. swag habissss. Engko ada?


Lepas dah bosan main kereta sambil usha awek kereta kodok, moh la kita balik. 
Hari pon dah lewat malam.
Dari tempat main kereta tadi nak ke pintu keluar Tesco tu pon satu cabaran ok. Tak semudah yang korang sangkakan haha. Kitorang terpaksa ikuttt jugak kaki Baby Haikal tu kemana. Tak boleh pegang-pegang, dia tak suka. Poyoooo sangat. Huhu! 
So sambil ikut mana dia pergi, kena guide dia selow-selow menghala ke pintu keluar. Cabaran ok. Aku rasa hambat kambing pulang petang lagi senang. Hamboiiii macam pernah gembala kambing patratus ekor je. Kuikui.

Ada sekali tu, dekat-dekat dengan pintu keluar Tesco tu ada banner Upin Ipin tau. Pastu tetiba Baby Haikal boleh buat lawak antarabangsa pulak. Dia terus jalan laju-laju ke banner tu pastu borak-borak dengan upin ipin dalam gambar tu. -____-

Derrrrr..semua orang tengah tengok engko yang. Udah udah la tuuuu.. -___-


Masih tak berganjak dari situ.


Last-last aku cakap,
"Ok dah. It's already late night. Upin ipin are sleepy. They want to sleep early. Bcoz tomorrow they have to wake up early to go to school. Bye bye upin ipin."
Terus Baby Haikal lambai-lambai tangan.
Tapi masa tu, semua orang tengah tengok.
Terasa sepertiiii...tin biskut mana tin biskut? -..-

So everytime pergi Tesco, begitulah ceritanya.
Sekian terima kasih.

Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

5 comments:

mamafarah4 said...

eleh..mama kamu tu jeles la ngan kamu haikal..biasalah kamu kan macho,buat apa pun tetap nampak macho..cecuba suh mama kamu tu ckp ngan banner upin ipin, tak pun main kereta yg kamu main tu..agak2 apa org cakap kan..tentu kamu dan papa kamu dok jauh2 dan buat2 tak kenal..Ops!sentap sudah mama kamu ni...

Jiji-Fify said...

mamafarah,
apakah iniiii?? kenapa semua orang sokong haikal sekarang?? kenapa? kenapa??? huhu T_____T

Zura Lee said...

budak baru dapat kaki mmg camtuh, kite dukung pong dorang menggelupur nak jalan sendiri...kerek sgt !!

Jiji-Fify said...

zura,
sangatttt kannnn.. Grrrrr!!!

pAri-ParI tErbAng tiNgGi said...

hu3...comel.