Bila mengantuk tahap tak boleh blah

 Baby Haikal adalah kategori yang susah nak tidur sebarang tempat.
Maksudnya, kalau waktu tu dia ngantuk, tapi tempat tu bising ke, ramai orang ke, dia takkan boleh tidur. Dia akan meragam semeragam meragamnya.
Sampai la tempat tu betul-betul senyap, selesa, baru dia akan tidur. Huhu!
Memang membajet anak raja sikit budak ni. Biasaaaaa diaaa!

Tapi ada sekali tu, aku ter"amazed" sekejap.
Sebab tetiba Baby Haikal boleh tertidur dengan sendirinya.
Walaupon waktu tu TV tengah ON loud seloud loudnya.
Pastu kipas tak ON, so agak panas.
Dan dia tidur dalam keadaan macam ni.....

-_____-"

Memula nak tergelak aku tengok Baby Haikal tidur gitu.
Tapi lima saat lepas tu, terus aku macam...
Eh dia ni tidur atau.....
Terus check dia bernafas ke tak, jantung berdegup ke tak.
Kahkahkah. Chuak okkkk..
Seseorang ibu memang akan paranoid dulu kini dan selamanya haha!


Dan Alhamdulillah, Baby Haikal memang betul-betul tertidur...
Tidur dalam sujud agaknya. Huhu!
Tapi kenapakah sampai sebegitu rupa kau tidur nak? -__-

Terus aku angkat Baby Haikal letak atas katil. Letak bantal. Bantal pelok. Switch on aircond. Pakaikan selimut. Dan dia terus tidurrrr.
Lepas dua jam, Baby Haikal terjaga, terus cari aku,
 maaaa... maaaaa.. maaaa..

=')
  
p/s: Kepada kengkawan FB, aku dah remove "app networkedblogs" tau. Ala yang selalu bagi notification kat news feed korang kalau aku update entry baru kat belog ni kan. So lepas ni dah takde lah blog update kat news feed FB ye. Aku tahu ramai yang baca belog ni via FB jugak kan. Bila keluar kat news feed, masing-masing datang kerumun baca belog ni huhu! Sorry, aku terpaksa remove sebab rasa macam......tak perlu kot. So lepas ni kalau aku up entry baru, takde dah keluar kat news feed FB tau. Jangan tertunggu-tunggu-tungguuuuu pulak. Pepandai la korang datang jenguk sendiri kat belog ni. Kalau rasa nak baca, datang je kat belog ni macam biasa bila-bila masa. Pergi google, taip je,

dabalyu dabalyu dabalyu dot saatakukaupilih dot blogspot dot com. 

Begitu. Huhu!

Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

3 comments:

Sally Samsaiman said...

kesian jer...penat sgt lettew :)

cik fiffy said...

Patutlah k.jiji...! Biasanya slalu bkak wall k.jiji tgk ade entri bru @ tak..tp kebelakangan & kedepangg ni asik ade yg bideo tu jek...pelik gakk..teruss xbkak bla tgk xde entri baru..tp tutttt tutt arini cuba bukak ~ ahh tensen2 belambakk dah entri yg tertinggal muahahaa ! pasu mana pasu ? :D

Zura Lee said...

comey nye lahai dia tido nonggeng gitu..