Latest update - Jambatan Kedua Pulau Pinang

Ok hari ni kita taknak cerita pasal Baby Haikal, mahupon megan fox. Eceh.
Tapi kita nak cerita pasal hubby.
Hubby punya......... kerja. Huhu!
Cerita pasal kerja dah la. Takkan nak cerita pasal kehenseman hubby ai pulak kannn. Itu dah terang lagi bersuluh. Walaupon kulit dia tak berapa nak terang.
Kehkehkeh. Ya ampun bangggg... =P

So hari ni cerita pasal Jambatan Kedua Penang yang entahhhh bilaaaa laaa nak siap tu kannnn. Setiap hari aku tunggu tunggu tunggu je nak lalu jambatan baru tu. Tetiap kali lalu kat area jambatan tu, mesti rasa macam nak termasuk termasuk je jalan tu. Walaupon tak nampak lagi pon jalannya haha!

Walaupon tajuk hari ni macam tak relevan je nak cerita kat belog ni sebab tajuk general dan takde unsur-unsur syok sendiri seperti kebiasaannya. Kuikui.
Tapi korang kena faham..dalam hidup ni..sekali sekala kita kena lari dari kebiasaan. Takut nanti asik kebiasaannnnn saje kang, hidup menjadi boring dan terlalu selesa. Maka lama kelamaan kebiasaan mula membinasakan diri kelak. Amboiii gitu! Haha! *sah copy paste*

Untuk pengetahuan korang, jambatan ni supposed to siap by September this year.
Tapi hubby kata maybe ada delay-delay jugak. Sebab dalam construction memang tak sah kalau takde delay. Kahkah. Apakahhhhh..
Aku siap cakap kat hubby, "Kenapa kena delay? Ni mesti kurang pekerja. Apa susah sangat? Top up je bangla banyak banyak banyakkkkk. Kasi zas zas zassss sikit siapnya."
Amboiiiii..engko cakap kannnn...ingat macam topup telepon mudah alih ke hape?


Begini lah keadaan jambatan tu sekarang.
Dah nampak tali silang silang tu, trademark penang tuuu, bangga sekejap.
Walaupon aku takde kena mengena pon... Ciss!
Aku pernah tanya hubby, "Kenapa tak buat pattern lain?.. Bersimpang siur macam jambatan kat putrajaya tu ke.."
Hubby jawab,"Sebab kita kat Penang bukan kat Putrajaya. Paham?"

-______________________________-

Ada sekali tu, hubby pernah cerita pasal fungsi tali silang-silang yang macam bentuk segitiga tu. Aku ingat bendealah tu hanya hiasan semata-mata, tak payah letak pon takpe kottt.
Tapi rupanya bende tu ibarat macam anchor dia lah jugak. To support the structure of the bridge. Hubby cakap, kalau satu "tali" tu putus, boleh roboh jambatan.
Okkkkk..heiibat rupanya peranan kau wahai tali. -..-

Selain itu, hubby berkata lagi, (amboi dah macam reporter dah) Jambatan Kedua Pulau Pinang ni menggunakan tekonologi terkini dan terheibatttt. 
Nak tahu kenapa?
Sebab jambatan ni dikatakan tahan gempa bumi sekuat 8.2 skala ritcher.
Sebab tahap flexibility dia sangat tinggi.
Ohhhhhhhsemmmmmm!!

Bila hubby cakap camtu kan, terus aku bayangkan jambatan gantung.
Stok boleh goyang-goyang tapi tak runtuh.
Jadi lepas ni, seluruh rakyat Malaysia boleh melalui jambatan gantung dengan menaiki kenderaan masing-masing. Tak perlu lagi gigil-gigil pegang tepi pastu gayat tengok bawah. Haha!

Berikut adalah beberapa gambar ohsem yang diambil dari pandangan helikofkofkofter. Hubby dapat gambar-gambar ni masa dia pergi conference tahun lepas.


Kalau korang nak tahu lebihhhh lanjut pasal jambatan ni boleh refer sini:


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

4 comments:

ceritera-chinta said...

kalau kita menanti mesti rasa lambat sangat nk siap...mcm sy duduk jauh nie, sesekali balik dari atas flight dah nampk eh2 dah nk siap lah....kejap jek buat hahhaha....nampknya raya tak sempat lah jugak nk merasa jambatan baru...tggu cuti bulan 12 ler gamaknya tu pun kalau tak "delay"....dekat sikit dari parit buntar nk g penang ^_^

YanaHime said...

thanks sbb selalu hupdate pasal jambatan ni...bangga jd anak jati penang... I LIKE!

mamafarah4 said...

kagum2...best la jiji..at least akak tau cerita di sebalik jambatan kedua ni..nnt leh citr kat hubby akak..tetiba cm bangga plak kawan ngan jiji ni..sebab tau asal usul jambatan ni..wakaka..akak ikhlas ye jiji

Megat Mohd Hisemudin Megat Kasim said...

Sila baca tulisan saya dari sudut kejuruteraan awam dalam."Teori runtuhnya jalan susur keluar Jambatan kedua Pulau Pinang".

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/06/teori-runtuhnya-jalan-penyambung-susur.html