Nasi Goreng United States of America

Tajuk macam.......... sikit lagi nak muntah. Haha!
Poyo sangat nak eja USA tu United States of Amareka Bohhh Jesika Albey. I love Amir! Hak hak hak. *hanya orang-orang terpilih sahaja akan faham*

Aku sebenarnya tak sure macam mana nama Nasi Goreng USA ni boleh tercipta.
Korang tahu? Meh bagitau sikit.
Adakah nasi goreng USA tu betul-betul bermaksud Nasi Goreng United States of America? Kalau betul, kenapa sampai sebegitu namanya? Adakah rupa nasi goreng USA ni ada iras-iras Statue of Liberty sikit-sikit? Hoiii iras-iras celah mana??

Atau......
Adakah nasi goreng ni berasal dari USA?
Takpon satu ketika dahulu ada penjajah dari USA datang ke Malaysia semata-mata nak memperkenalkan resepi ni kat mak-mak kita?

Takpon nasi goreng USA ni adalah makanan kegemaran george w bush satu masa dahulu, iaitu fried rice with red cooked beef and eyed egg (daging masak merah dan telur mata).
Hmmmm..boleh jadi jugak.
Misteri sungguh nama nasi goreng USA ni kan.

Ohhhhhhhhh ataupon! USA tu bukanlah bermaksud United States of America!
Tapi ada maksud lainnnnn..
Mungkin...
Nasi Goreng Untuk Siti Aminah.
Atau.....
Nasi Goreng Ucuk Sayang Awak.
*Aww anje angat nama asik goreng gitu. Haha!*
Ataupon...
Nasi Goreng Yu Es Ay. Sempena nama orang asli yang telah mencipta resepi nasi goreng ni. Iaitu Yu Es Ay anak perempuan Yu Es Jay. So nak komersial sikit, USA a/p USJ.
Ni macam lojik sikit kan. Kahkah!

Aku harap ada orang yang berani untuk tampil ke hadapan dan bagitau aku asal usul sebenar nasi goreng USA ni. Penting sangat-sangat ni. Penting tahap boleh masuk discovery channel. Hihi.

By the way, nasi goreng USA ni adalah makanan terfavouritest hubby.
terfavourite + favouritest = terfavouritest.
Maksudnya, terpaling amat sangat sangat sangat favourite tahap langit ketujuh.

Asal kitorang makan luar je, mesti dia nak cari tempat yang ada nasi goreng USA.
Banyak je kedai makan kat Malaysia ni yang jual nasi goreng USA kannn.
Kan ramai orang USA kat Malaysiaaaa.. Semua orang pon makin membajet orang puteyhhh sekarang.
Sebut water pon jadi waderrr.
Sebut you pon jadi chu takpon chah.
Contoh macam i hate chah! Maksudnya, I hate ya (you)!
Nigger ke hape engko?
Padahal mak kelate, bapak peghok. Keluar-keluar engko, nigger terus.
Apakahhhhh???
=_______________=

Dipendekkan cerita, hari tu aku telah meng-terkezut-kan hubby.
Aku masakkan hubby nasi goreng USA for dinner.



Mamat tu apa lagi...terus tetanjat-tanjat boboiboy! Hihik
Hubby cakap,
"Kalau Mama masak nasi goreng USA hari-hari pon takpe. Sikit pon Papa tak kesah"

Ceyyyyyy kengkonon ayat tu macam...kalau mama masak telor goreng dengan nasi kicap je hari-hari pon takpe, papa tak kesah.
Padahallllll...nasi goreng USA? Hari-hari?
Terasa seperti...... nak lari dari rumah sekarang jugak.

-____________________-

Amaran: Potong bawang terlalu laju, atau berdiri berhampiran dapur gas terlalu lama, atau menghidu bau makanan sedap terlalu kerap boleh memudaratkan jika dilakukan setiap hari harap maklum. *fakta baru cipta tadi*

Motif kena bentukkan nasi guna mangkuk bagai?
Supaya feeling makan kat kedai. Hahaha!

Korang jangan pandang sangat telur mata lembu aku tu.
Gerutu tahap max. Anggap je la lembu tu sakit mata. Eh??
Bab telur-telur ni aku memang fail. Dari dulu lagi.
Kalau goreng, mesti telur kuning nak terpecah la, tepi-tepi jadi gerutu la.
Kalau rebus, mesti tak reti nak estimate masa untuk telur separuh masak atau masak betul. Masa zaman anak dara dulu selalu la kena hentam dengan Along sebab potong telur rebus tak simetri la, telur kuning terhakis la, kopek telur surface tak smooth la. Pfttttt!
Aku dan telur memang tak dijodohkan untuk bersama. 
Ehhh....macammm... ok takmo cakap. Haha!


Kalau korang pon suka makan nasi goreng USA ni, boleh la try buat sendiri kat rumah. Jimat pon jimat. Tak susah pon buatnya. Senang tahap cincai boncai kap kun kap.
Maksudnya, nah resepi. Haha!



Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

5 comments:

dari sisi hidupku said...

adik saya kata USA tu stand of Udang, Sotong n Ayam. Ntah la, sebab sya makan nasi gorang Pattaya je. Haha

Jiji-Fify said...

O ye ke? Tapi nasi goreng usa ada daging ngan telur mata je haha!

Nurul Zayana said...

jiji..husband org pun kata nasi goreng USA tu kan kena ada udang sotong ayam.. tp juz telor mata & dging je..

bromuz83 said...

dalam tahun 1997, dalam akhbar new strait times mula sebut ttg nasi goreng usa yang masa tu terkenal di kedai makan di area bukit bintang....dan pada masa itu, penulis menceritakan ttg nasi goreng usa adalah sebenarnya ringkasan untuk Udang Sotong Ayam yang diperkenalkan di area KL pada masa itu..

Aidaliza Mahmud said...

https://en.wikipedia.org/wiki/American_fried_rice