Yang best-best tentang Baby Haikal

 Selalu sangat aku cerita benda-benda annoying pasal Baby Haikal eh? 
Tau ponnnn..Haha!
Macam annoying sangat je perjalanan hidup seorang ibu kan.
Ish ish ishhhhh...

Sebenarnya bukanlah begitu.
Seriously, menjadi seorang ibu ni kan, yang manis-manis lebih banyak dari yang pahit-pahit sebenarnya. Dan as time goes by, yang pahit-pahit tu pon lama-lama akan jadi manis jugak. 
Walau macam mana sekali pon perangai anak kau. *ayat penyedap hati sendiri haha!*

Jadiiiii....
Entry kali ni marilah kita cerita benda yang best-best je tentang Baby Haikal.
Selain memiliki muka yang hensem macho segak bergaya, budi pekerti yang sopan santun baik lemah lembut sebijik macam ibunya, beliau juga bijak dan bla bla bla..  
*terus muntahhhhhh tujupulutuju baldi*

Tengok tu. Aku baru bagi mukaddimah je. Dah muntah tujupulutuju baldi. 
(tujupulutuju ialah tujuh puluh tujuh dalam bahasa bangladesh harap maklom) 
Dah tu camane nak teruskan cerita yang best-best pasal Baby Haikal nih?
Kang aku cerita yang annoying-annoying, cakap aku ni mak tak bagus pulak...
Sekarang aku cakap yang best-best, terus korang tujupulutuju tujupulutuju.....
-_______________________-

Memang betul kottt Baby Haikal hensem dan macho dan segak bergaya.
Tengok mak dia je dah tahu. *tonggek vontot sikit*


Ok sambung cerita. 
Sejak kebelakangan ni kan. Aku semakin beratttt je nak hantar Baby Haikal kat school. Dah terbalik pulak. 
Dulu, Baby Haikal yang meraung-raung bila pergi school, sekarang Baby Haikal dah suka pergi school tapi aku pulak yang menangisi di dalam hati everytime hantar dia.
Korang tahu sebab apa?

Baby Haikal sekarang dah mula pandai tunjuk kasih sayang tauuu.
Tu yang aku lemah tu. Mamat macho dan hensem sayang kat aku siapa tak lemah kan? 
Maksud aku Baby Haikal ye bukan hubby.
 *hubby sila tutup muka dan main jauh-jauh muahahaha!*

Tunjuk kasih sayang tu macam...
Setiap pagi Baby Haikal bangun tidur, dia mesti panjat badan aku (aku tidur sebelah dia la) sambil gesel-gesel muka dia kat muka aku. Sambil cakap, maaa maaaaa maaa..
Rasa syok sangattttt ok.
Satu perasaan seperti ada bunga matahari yang tumbuh di lubuk sanubari nun jauh disana. Apakah??
Rasa syahduuuuu je. *buat muka syahdu sikit*
 Aku cerita ni pon rasa macam nak termenitik air hidung. Sebak dah.
Walaupon baru je pagi tadi rasa Baby Haikal gesel-gesel. :'(

 
Pastu kan. Kalau aku marah Baby Haikal, dia akan buat muka tahan nangis dan tunggu sampai ada orang pujuk. Kalau takde orang pujuk jugak, dia akan datang kat aku dan peluk aku sambil nangis selow-selow. 
Dan secara tiba-tiba aku pon ternangis sekali kahkah.
Pastu terus rasa menyesal di dalam hati sebab marah Baby Haikal tadi.
Haha!

Dan aku perasan, aku memang tak boleh la tengok dia nangis sekarang.
Sebab macam sedihhhhhh sangat muka engko kan. Tak tahan mak. Huhuhu!
Korang nampak tak sebenarnya aku ni mak yang paling penyayang abad ini?
Sangat berhati lembut dan kaya dengan kasih sayang. *suapppp diri sendiri*

Walaupon luaran macam ciri-ciri wanita idaman faizal tahir, tapi sebenarnya dalaman aku ciri-ciri wanita idaman aaron aziz tau. *engko nak yang retissss je kannnn. puiiiii*

 

Lagi satu pasal Baby Haikal ni kan. Ada masa-masa tertentu dia nak manja-manja dengan aku sahaja. Kalau Papa dia yang layan pon dia taknak.
Contoh macam, kalau aku tengah sibuk basuh pinggan kat dapur. Tetiba Baby Haikal datang kat aku tarik-tarik seluar aku.
Pastu mestila aku akan panggil hubby suruh jaga Baby Haikal kejap sampai aku habis basuh pinggan kan. Tapi bila hubby nak dukung dia, mesti dia peluk kaki aku kuat-kuat sambil cakap, nanakkk nanakkkkk (taknak).
Akhirnya, dia akan pelukkkk je lah kaki aku sampai aku habis basuh pinggan.
Bila habis basuh pinggan, barulah aku akan dukung dia dan tanya dia nak apa kan. Aku bagi nenen, dia taknak. Aku bagi biskut, taknak juga. 
Rupanya dia nak aku dukung dan peluk dia je. 
Ye. Itu sahaja. Nak anje-anje je rupanya.

Kalau bab anje-anje ni memang aku cair la.
Contoh lain macam kalau aku tengah sibuk lipat baju ke kan.
Tiba-tiba je Baby Haikal datang landing kat peha aku.
Dah baring-baring anje-anje gitu aku ingat nak nenen la kan.
Pon tak nak jugak. Nak anje-anje je rupanya.
Geli pulak cakap anje anje anjeeee ni kan? Hahah!

Ada sekali tu, masa aku tengah solat. Dah tahiyat akhir dah. Dah nak assalamualaikumwarahmatullah dah. Aku bagi salam ke kanan, takde pape berlaku. Tapi bila aku bagi salam toleh ke kiri tetiba terpacak muka Baby Haikal. Tanjat gegirl. Ko ni dah la sebijik macam ju'on. Haha!
Bila aku senyum kat dia, tetiba dia kiss aku lama-lama.
Holloh holloh hollohhhhhhh... huhu!
Korang yang dah jadi mak mesti faham perasaan aku masa tu kan.
Cair secair cair cair cair nya! Huhu!

Tu je lah beberapa contoh yang aku boleh bagi.
Dan sebab benda-benda camtu la aku tetiba macam......
sayang lebih kat Baby Haikal sangat-sangat.
Huhu. Taktahu dah nak describe macam mana.

Ok tetiba rasa nak amik Baby Haikal awal hari ni.
Babai.


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

6 comments:

mama hadieff said...

jiji ni kannn...nak buat i nangis je baca entry ni.tetiba rindu melampau ngan baby hadieff kat rumah..dhla lmbat lagi nak balik ni..

mamafarah4 said...

hehehe..bestkan dah jadi mak..awk baru sorang anak..kalau mcm akak ni,mcm2 ragam..Tapi bila dipikirkan Allah bagi peluang kita menjadi seorang ibu,haruslah gunakan peluang itu sebaiknya..Kesian baby2 yang dibuang,didera..Apalah sangat kesalahan yang dibuat..Ada masanya anak ini perlukan kasih sayang,ada masanya dia menunjukkan kasih sayang,kadang2 dia buat perangai untuk minta perhatian... Insyaallah jiji,jagalah anak sebaik mungkin..Kuatkan kesabaran dengan karenah anak ..

Miss. LoNeLy said...

Moga baby haikal jd anak yg soleh...aktif..cerdik...kiut....cyg baby haikal....nk jumpa sesangat ngan baby haikal..huhu

Zura Lee said...

rindu sgt kat anak2 aku tuh.. dorang la racun, dorang la penawar.. sobb sobb sobb (nangis kluar cendol kot idung)

littlehumblelynn said...

Anak itu penawar
Dia juga racun

Smp skrg obses dgn ank sndr
Semua ibu mcm tuh kan :))

dari sisi hidupku said...

haha, lawak cum sedih la. yang kes lpas solat tu tersentuh sangat. sweetnya haikal.