Baju berjuntai

Aku dan hubby jenis yang jarang shopping baju.
Selalunya kalau shopping, mesti makanan makanan makanan.
Sebab tu sekali pandang, badan lebih besar dari baju. Haha!
Sebab makanan rajin beli, baju malas beli.
Lemak dibadan bertambah tapi saiz baju tak bertambah.
Tak patut..... huhu!

So ada sekali tu aku minta izin hubby nak shopping baju baru.
Guna duit sendiri kali ni.

Aku: Papa, Mama nak shopping la esok. Boleh?
Hubby: Shopping apa?
Aku: Baju baru. Asik asik pegi lab pakai baju samaaaaa je. Boring.
Hubby: Hmm *malas nak layan*
Aku: Mama nak pakai duit sendiri. Elaun bulan ni dah masuk.
Hubby: OOoooo..Okay je kalau camtu. Pegi lah. Nak pergi sekarang pon boleh. Errr..minyak dengan tol pon pakai duit sendiri kan? Heheh.
Aku: -__________-"  
*dasarrrrrrrrrr sangat*
 
Tapi aku tak kisah pon.
Masa tu duit elaun baru masuk. Memang la tak kisah. Haha.
Cuba kalau tengah kering. Terus tuduh suami tak bagi nafkah secukupnya.
Sape lagi dasarrrrr sekarang? Hihi.

Balik dari shopping, hubby tengok la baju-baju yang aku beli tu.
Ada satu baju tu aku pon tak tahu kenapa aku beli.
Bila pakai rasa macam geli pon ada.
Macam penari pole dance ke hape fesyennya.
Haha


Baju lengan berjuntai.
Hubby cakap,
"Macam ni ke baju nak pakai pergi lab?? 
Kat lab takde kain buruk nak lap meja ke hape?"

Baikkkkkkk punya kena perli kahkah.
Sampai ke sudah aku tak pakai langsung baju tu pergi lab.
Sentap tahap patploh juta horse power.

Masa balik KL pernah la pakai sekali masa kenduri kawen Lan.
Pastu tak pakai dah.
Sampai la bebaru ni. Tetiba kesian tengok baju tu tersadai je.
Beli memahal (mahal lah sangat haha!), tapi tak pakai.
So hari tu pergi Jusco, aku saje la pakai.



Tetiba secocok dengan baju anak teruna.
Rasa sama-sama hensem. Ehh?

Memula rasa macam diva habis jalan sambil lengan hayun tinggi-tinggi sebab saje nak show off baju terlebih kain. Haha.
Tapi lelama rasa annoyed.
Bila nak makan, asikkkkkk nak tercicah lengan baju dalam mangkuk sizzling.
Bila Baby Haikal nak nenen, asikkkkk tersapu-sapu muka dia. Budak tu dah la garang kalau ganggu konsentrasi dia tengah nenen. Sikit-sikit nak marah. Phoyoooo lebih.
Bila pergi toilet, nak buat bisness kecil-kecilan, dah macam kalut gila terkocoh-kocoh nak elak lengan berjela tu takut kena air.
Terkocoh mengalahkan orang buat bisnes besar-besaran. Kahkah.
Eh orang buat bisnes dalam toilet terkocoh ke? Tenang je kot kan..
Haha abaikan.


Muka dah jambu, main belon merah jambu pulak.
Pakej mustika sangat.


 Perempuan kalau masuk toilet memang banyak kerjanya. Heheh.
Camwhore sambil muka bangga gila nak show off lengan baju berjela stok cicah-cicah mangkuk jamban tu. Menyusahkan aku je nak berbisnes kecil-kecilan. Haha!
Bila flash, kelam kabut tarik-tarik lengan baju.
Kalau terkena air simbahan tu, tak ke bau engko dengan jamban dah macam takde beza. 
-____________-"


Kesimpulannya, toksah la duk berangan nak beli baju pole dance ni lagi.
Menyusahkan.
Lebih mesra jamban dari mesra pangguna.
Sekian terima kasih.


zzzzzzzzz

Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

2 comments:

Makwe Kintan said...

hahaha.. lengan baju tu mmg klakar...

Blogger said...

I have just installed iStripper, so I can have the best virtual strippers stripping on my taskbar.