Gigih solat

Haikal sekarang dah pandai tiru gaya orang solat.
Especially kalau apaknya tengah solat, laju je pegi curi kopiah apaknya masa apaknya tengah sujud. Pastu pakai kat kepala sendiri dan buat-buat solat jugak.
Masalahnya dia solat depan hubby.
Tak habis-habis bajet abang kawasan dia nih. Kahkah.
Engko belum baligh lagi, mumayyiz pon belum, jadi sila pergi solat kat saf belakang sekali. Saf makmum pompuan sana. Hak hak hak.




Tapi kalau aku yang tengah solat, jangankan dia nak ikut solat, dia siap boleh main sorok-sorok pulak!
Sekejap masuk bawah telekung, sekejap masuk bawah kain.

-____________-"

Terpaksa aku pakai seluar panjang dan stokin kat dalam.
So kalau Baby Haikal selak takdelah batal solat aku kan. Cuba kalau aku pakai spenda je? Kang Baby Haikal masuk dalam kain, bukan saja jatuh hukum batal malah jatuh pitam Baby Haikal kat dalam tu. Kahkah!

Paling best, pernah sekali masa aku tengah sujud kan, tetiba Baby Haikal boleh pegi tarik tali telekung yang ikat riben kat belakang kepala tu kan. Nak-nak pulak masa tu aku pakai telekung yang longgar kat bahagian muka.
So bila aku bangun dari sujud, muka je terangkat, telekung tertinggal kat sejadah.

-______________-

Apakahhhhhh dugaan yang kuterima ini Ya Allah. Hambamu pasrah.
Bertabah dan bersabar aje lah sabariah..Haha!
So kalau aku solat memang dugaan sikit lah. Solat dalam tangisan.
Bukan nangis sebab kusyuk, tapi sebab stressssssssssss.

Apa-apa pun korang dipersilakan untuk tengok camane gaya Baby Haikal solat dalam video nih. Dah macam solat jenazah pon ada, duk takbiratulihram banyak-banyak kali.
Keh keh keh.



Dah duduk, ingat nak bagi salam ke hape, sekali takbir lagiiiii!! Haha.


Ni gaya solat orang OKU ke ape, takbir sambil duduk??
Memang mengundang lawak jenaka lah kau ni yang! Kahkah


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

6 comments:

Yuyu Zulaikha said...

huhu. tergelak saya baca entry akak ni!

alongpaktam said...

mcm2 gaya si comel nie ek skrg nie..

Zura Lee said...

anak yg soleh gitu...

dari sisi hidupku said...

haha, takpe la, naty dia besar sket pandai la solat. ibu bapa pon memainkan peranan juga. klo mak pak x solat, acano anaknya nak solat, ye dak?
apapon, haikal tetap abang kawasan dan comel. megan fox komfem jeles. haha.

mamafarah4 said...

hahaha..bagus2 bakal menantu acik ni..kecik2 awak dah tunjuk bakat kesolehan awak tu..

Adi Solikin said...

halohhh macam pakcik2 sgt kau angkat takbir tu haikal..