Ikan bakar tak ikhlas. Kihkih.

Tengok tajuk, macam......
entry masak-masak lagi jeeeeee.
Boring. -..-

Ada sekali tu, aku borak dengan hubby.
Borak pasal...kegemukan masing-masing kahkahkah!!
Seriously, kitorang masing-masing duk komplen,
Lengan dah goyang-goyang la.
Bontot lebih lebar dari kerusi la.
Baju semakin mengecut la, padahalllllll -.-
Dan macam-macam lagilah.

Dan dari isu-isu sebegitu, kitorang pon berfikir sejenak.
Bagaimanakah untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.
Mungkin produk Kak Ton boleh tolong. Sebab dalam promo dia ada cakap,

"Siapa yang amik produk Kak Ton, setiap malam adalah malam pertama!"

Amboi Kak Tonnnn.. Haha!

Masa malam pertama, lengan aku tak bergoyang ok. Tough je.
Sekarang dah malam ke-634567876545678754, dah start goyang-goyang. Maksudnyaaaaaaaaaaa........
ok tak sampai hati nak cakap. Takut terguris hati sendiri. Haha!

So hubby bagi la macam-macam idea.
Taknak makan malam la.
Nak exercise regularly la.
Taknak makan nasi la.
Bla bla bla.
Tapikan, semua semuaaaaa tu kitorang dah pernah buat tau sebelum ni.
Malangnyaaaaa..tak jadi.
Hari pertama, semangat exercise, kayuh treadmill (kayuh??), tak makan nasi, tak makan malam. Tegar gila ah!

Tapi masuk hari kedua,
muka dah macam baru mati bini,
kaki asik nak tendang-tendang kerusi,
kepala asik nak hempuk pasu,
itu...konflik dalaman namanya. Haha!
Tetiba rasa macam berperang dengan diri sendiri. Macam ada syaiton bapak besar gila duk hasut-hasut makan~ makan~ makan~
Terus tak tahan, pergi dapur rebus maggi pukul 1 pagi. T_T

Maka hari-hari seterusnya, rutin kembali seperti biasa.
Makan makan makan.
Memang makin labuh la lengan kau lepas ni.

-___________-"


Tapi bebaru ni aku macam dah jumpa alternatif lain.
Kita kena makan makanan yang sihat sahaja.
Seperti stim-stim, bakar-bakar.
No goreng-goreng anymore.
Ceh cakap nak bagus je kan. Pui.

So ada sekali tu, hubby bawak balik ikan talapia. Ada orang bagi.
Hubby suruh aku buat ikan bakar.
Aku pon, no problem bossss!!
Semangat gila pergi cari bahan-bahan untuk ikan bakar kat Tesco. Aku dah macam berkawad dah dalam Tesco tu. Semangattttt ok. Tolong lah paham.

Sepulangnya di rumah, dah set dalam otak, esok malam masak ikan bakar.
Setttt!

Esoknya, balik dari lab, sampai rumah dah nak maghrib.
Badan dah lembik.
Bukak peti, tengok ada bahan-bahan nak buat ikan bakar. Ikan pon dah marinate malam tadi. Bahan-bahan pon dah ready.
Masalahnya, badan tengah lembik, otak penat, takde mood langsung.
Jadi??

Gorenggggggg je lah ikan talapia tu...
Hahahahahahaha!!

Korang nampak tak betapa besornya syaiton yang menghasut diri ini? =P

Jadi hasilnya,

Ikan goreng yang di salut sambal ikan bakar. Boleh?
Aku terpaksa jugak buat sambal tu sebab bahan-bahan dia semua dah ready, tinggal nak campak dalam kuali je, so kalau tak buat sayang pulak.
Sambal ikan bakar tu aku follow resepi kat blog ni:
Memang sedap. Aroma diaaaaa tak tahan ok! Korang try lah.


Ni dia punya sos cicah-cicah. Hehe!

Hubby balik kerja nak dinner terus macam,
ehhh kenapakah ikan bakar sudah jadi ikan goreng??
Maka aku pon yilekkkk je cakap sebab malas nak bakar. Muka tak bersalah. -..-

So hubby?
Redhoooooooooo je la kan.
Mesti dalam hati tertanya-tanya kenapakah aku berkahwin dengan manusia seperti ini. Haha! Nasiblah bangggg...

Lepas makan kenyang-kenyang, lepak depan tibi,
sambil borak,
"Lengan dah bergoyang..bontot dah lebar.. dagu dah tumbuh lagi satu.."

Pffffttt


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

1 comments: