Nak yang mak buat!!! T___T

Ni semua salah Mak (MIL).
Siapa suruh buat sambal telur sedap sangat??
Lain kali buatlah terlebih masin ke terlebih pedas ke terlebih hape ke kan.
Ni dia pergi buat terlebih sedap.
Saje nak kasi anaknya yang diperantaun ni (perantauan sangat kann haktuih) tidur malam termimpi-mimpi makan sambal telur. Mencecessss sungai nil mengalir jernih lalu meresap ke dalam bantal kekabu.
Hihik

Hubby la mengidam masakan Mak lebih-lebih.
Tahu la aku ni tak reti sangat bab masak memasak masaklah kau.
Eh?

Ada sekali tu kan..

Hubby: Hmmm...teringin nak makan sambal telur.
Aku: Laa senang je tu. Jap Mama buat.
Hubby: Eh takyah takyah.
Aku: Ha? Kenapa tak yah?
Hubby: Papa nak yang Mak buat.

Korang rasa apa reaksi aku ketika itu?
Haruslah sentap tahap lapanploh juta horse power. Kahkah.
Masuk bilik hempas pintu okkkkk.
Tak boleh terima gilaaaaa hubby cakap gitu.
Emo terus. Haha!

Sampai ke malam-malam tu aku susah tidur sebab duk tungguuuu je orang tua tu pujuk. Tapi sampai ke sudah tak pujuk pon. Orang tuaaaaa betulllll!

Amboi baru merajuk kes sambal telur terus tak pepasal hubby jadi orang tua kannnnn.. Biar ah!
Dan Alhamdulillah selepas dua hari berlalu, hubby masih jugak tak pujuk-pujuk. Padan muka siapa sekarang? Kahkah.
Kalau sehari tak pujuk, terus kata orang tua.
Kalau dua hari, maka orang tua kerepot terusss.
Biar dia! Biar dia!
Makan hati tahap patploh ratus ribu ratus dah nih.

Dan keadaan bertambah parah di keesokan harinya..

Hubby: Dah 2 malam dah termimpi-mimpi.
Aku: Mimpi apa? 
Hubby: Sambal telur Mak.
Aku: Laaa.. kan Mama dah offer nak buat hari tu? Tapi Papa kata takyah takyah. Ok takpe, malam ni Mama buat k.
Hubby: Hmm..taknak lah. Nak yang mak buat. Mak buat lain. Sedap.

-___________-"

*tahap darah mula naik dari tahap buku lali ke tahap cuping telinga. Menyirappppp huiiii*

Takpe. Takpe.  Sabar...
*urut-urut dada*

Selepas hampir 3 hari aku hidup dalam kesentapan kahkah, aku mula berfikir secara positif. Aku kan Dr. Muhaya sangat, jadi kita kena positif! Itu pon selepas 3 hari baru boleh positif. Dr. Muhaya mende mung??

Aku fikir, hmm mungkin hubby rindu mak dia kot. Dia bukan bermaksud nak cakap aku masak tak sedap ke, aku tak pandai masak ke.
Walaupon mungkin memang hubby bermaksud begitu, tapi takpe!
Positif. Positif! Positif!
Hamboih. Haha!

So malam tu, aku buat jugak sambal telur.
Obviously lah tak sesedap Mak buat kan.
Kalau sesedap Mak buat, aku kena buat dagu kedepan sikit la.
Seperti......
Chef......
Ok tak baik cakap.
Hak hak hak.

Macam biasa, hubby balik, dinner dah ready.
Dan lauknya, ni saje.

Aku buat dua jenis telur. Telur rebus, telur goreng.
Aku tak tahu la, "orang tua kerepot" tu suka yang mana. -..-

Malam tu, aku saje suruh hubby makan dulu. 
Saje la nak kasi dia tengok lauk dulu, kasi suprise sikit.
So tatkala hubby membuka tudung saji itu,

Hubby: Wahhhhhhhhh apakah iniiiiiiii
Aku: ....... *malas nak layan. sentap masih berbaki. Kahkah*

Hubby senduk nasi, senduk lauk, dan makan.

Aku macam jeling sikit-sikit. Dalam hati, Ya Allah tolonglah cakap sedap tolonglahhh.
Haha! Chuak ok takut tak sedap. Kang kena tegur sentap lagi berapa horse power tah.

Tetiba hubby cakap, 
"Mama, jom la makan sekali. Tak best la makan sorang."

Aku macam....
Derrrr...cuba la puji dulu ke sambal telur tu ke hape kan.
Tak sweet langsung. *nangis dalam hati*
Nangis-nangis pon, tapi menonong jugak senduk nasi makan sebelah hubby. Lapar kotttt peduli hape aku kan. Haha.


Ni la lauk kami.
Tetiba ada ayam goreng pulak kat situ kan? Tadi takde cakap pon.
Well, some things are better left unsaid.
Wah gittew.
Walaupon lauk banyak taknak ngaku kan. Kang gemuk, orang kata makan banyak pulak. Padahal, memang pon! Haha!

Lepas selesai makan, hubby cakap,
"Thanks Mama. Sedap sambal telur."

Dah kenyang baru nak puji kannnn. Tu pon puji gitu-gitu je.
Orang tuaaaaaa!!!!! 
Pfftt.

Keesokan harinya, sepulangnya hubby dari kerja,

Hubby: Errr..Mama sayang Papa tak?
Aku: Dah terkeluar Haikal dah kottt. -..- *malas nak layan*
Hubby: Nak request boleh?
Aku: Apa? Adik Haikal?? Tak boleh.
Hubby: Huiiiiii..garangnya dia... boleh ke tak boleh?
Aku: Request apa?!!
Hubby: Buat sambal telur lagi plisssssss...Macam semalam.

Ehhh?? Maksudnya sambal telur aku sedap la kan??
*joget tiga minit*

Terus masuk dapur buat sambal telur sambil......
dagu kedepan sikit. Ok bye!

Hihik.

By the way, entry ni takde resepi sebab...
cili kisar tu, aku cilok kat rumah Mak. 
Setiap kali balik mesti cilok dua bungkus. 
Kengkadang Mak sendiri yang bekalkan dua bungkus cili tu. Dia tahu sangat dah malaun mana yang duk cilok cili dia selama ni. Haha!
Cili kisar Mak buat memang lebih sedap dari yang beli kat kedai.
Kalau nak buat sambal apa-apa ke, aku pakai cili mak lah. Cuma perasakan dengan gula dan garam je. Senang dan kompom sedap.
So aku tak tahu lah nak bagi resepi camane kan.
Kerana yang sedap tu ialah cili kisar Mak, bukan air tangan aku.
Ok sekarang, dagu kebelakang balik. Kahkah


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

3 comments:

mamafarah4 said...

ala,jiji masak sedap sebenarnya..malu2 plak nak ngaku...

Zura Lee said...

cantik warna sambal tuh.. mesti mak guna cili kering nih...

pAri-ParI tErbAng tiNgGi said...

hu3...lawak!