08 February 2013

Never lose hope, people....

Aku sedih bila orang-orang disekeliling cakap camni.

"Jiji, aku nak berhenti belajar la. Aku dah give up. Aku memang tak pandai."

"Jiji, aku dah berhenti berharap. Aku tahu aku tak cantik. Kalau aku andartu sampai tua pun takpe. Aku dah malas nak mengharap jodoh."

"Aku rasa hidup aku memang ditakdirkan untuk jadi penganggur je kot. Semua kerja taknak terima aku. Aku give up."

Semua pun nak give up.
Mudah sangat.

Aku sedih sebab sebagai kawan, pun tak boleh nak buat apa-apa.
Kalau dah diri sendiri yang decide untuk berputus asa kan, orang lain yang melihat ni hanya mampu melihat je lah. Takkan boleh buat apa-apa lagi. Nasihat la camane pon, motivate la camane pon, tetap nak putus asa jugak.

Aku harap aku ada cara untuk tolong orang-orang camni.
Walaupon aku bukanlah ada kuasa sakti ke apa kan.
Tapi aku sebenarnya taknak diorang ni terus tergolong dalam orang-orang yang putus asa.
 Sebab putus asa ni sebenarnya sangat bahaya.
Serious bahaya.
In fact dalam Qur'an Allah berfirman:

"Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, 
kecuali orang-orang yang sesat."
Surah Al-Hijr [15] : 56

Na'uzubillah.
Biasalah kalau kita tak dapat apa kita nak.
Atau rasa kita kurang, dan orang lain lebih.
Mesti kita akan down. Kecewa. Frust.
Tapi janganlah sampai tahap putus harapan terus.

Aku nak share sesuatu dengan korang.
Tentang diri aku. Kisah silam aku.
Dan aku harap di akhir entry nanti, korang akan kembali mengharap dan kuat semangat untuk kejar impian korang. Dah macam motivator pon ada aku hari ni. 
Tengok cermin dah macam muka Dr.Muhaya sikit-sikit.
Feeling lebih tau. Haha!

Sebenarnya.....
Aku ada hearing impairment sejak kecik.
Kurang pendengaran la senang cakap.
Puncanya macam complicated sikit nak cerita kat sini. Cukup la sekadar aku bagitahu aku kurang pendengaran sebab Allah mengkehendaki begitu kerana itulah terbaik untuk aku. Ayat penyedap hati sangat. Huhu!

Masa aku sekolah rendah, aku mula sedar aku ada kekurangan.
Padahal sejak sebelum sekolah lagi pon dah kurang dengar.
Tapi biasa lah budak-budak, pedulik hape dengar ke tak dengar.

Masa tu, aku ingat lagi. Aku mengalami masalah dalaman diri yang teruk. Teruk la kot aku rasa. Walaupon muka macam megan fox sangat, tetapi dalam hati porak peranda. Wah begitu.
Mungkin sebab nak sesuaikan diri dengan kekurangan yang Allah bagi ni.
So aku jadi macam takde keyakinan diri, macam tak boleh terima kenyataan.
Ada sekali tu aku ingat lagi. Mama bagi surat kat sekolah, nak maklumkan aku punya hearing impairment ni lah kan. Supaya cikgu-cikgu alert yang aku ni pelajar istimewa hihi.
Satu hari tu aku pegi sekolah. Tetiba cikgu suruh aku duduk depannnnnn sekali.
Ok time tu takpe lagi, aku rasa bangga pun ada sebab kena duduk depan.
Tapi tetiba cikgu reveal kat kelas, depan semua murid, aku ada masalah pendengaran.
Pastu masa rehat, semua orang macam kerumun aku tanya kenapa boleh jadi gitu, sejak bila jadi, bla bla bla. Siap ada yang nak test test pendengaran aku kat situ jugak. Macam,

"Kalau aku duk sini kau dengar tak? Kalau aku tutup mulut gini, kau dengar?"
-_________-"

Tapi aku macam biasa, pretend cool je. Aku layan je diorang.
Tapi balik rumah aku nangis sorang-sorang dalam bilik.
Aku memang dari dulu memang susah nak nangis depan orang. Depan family sekalipon. Muka keras sepanjang masa haha.

Dan tu lah permulaan sejarah hearing impairment aku.
Aku tetiba jadi benci diri sendiri.
Takde keyakinan diri.
Suka duduk sorang-sorang.
Aku pernah tanya Mama,

"Kenapa Tuhan buat aku camni? Kenapa orang lain elok je boleh dengar?"

Mama nangis tak terjawab soalan tu.
Sekarang aku rasa macam bangang jugak aku tanya gitu kahkah.

Tapi ada sekali tu lepas solat berjemaah dengan Mama,
tetiba Mama peluk aku sambil cakap,

"Kalau boleh, Mama nak suruh Tuhan pass masalah Rajiah kat Mama. Biar Mama tanggung semuanya. Tapi tak boleh. Tuhan bagi kat Rajiah sebab Dia tahu Rajiah lagi kuat dari Mama. Tolonglah kuatkan semangat. Allah uji sebab sayang."

Mama berkata lagi,

"Always remember, the name we gave u. RAJIAH means HOPE. You have to stay strong. Because u're Mama's hope. You are my hope. You are everyone's hope."

Babak ni lagi sedih dari drama Setia Hujung Nyawa ok. Berjurai-jurai air mata. Nasib baik baru lepas solat. So air mata tak jatuh ke lantai. Sebab semua serap masuk telekung. Haha!

Sejak hari tu, aku pegang kata-kata Mama.
Aku cuba kuatkan diri.
Tapi tahu-tahu je lah budak kecik kan. Kuat mana lah sangat tahapnya.

Sejak dari tu, banyakkkkk benda yang menguji kekuatan aku.
Pernah sekali, aku kena denda kat sekolah. Sebab tak buat homework. Dalam ramai-ramai yang kena denda tu, aku sorang je pompuan. Memang malu tahap max. Dan sebab aku tak buat homework tu ialah kerana aku tak dengar bila masa tah cikgu suruh buat. Kau bayangkan, kau kena marah sebab benda yang kau tak tahu menahu pun. Camane rasa?
Balik rumah, menangis lagi sorang-sorang.

Dalam kes yang lain, masa aku darjah 6 aku pengawas, pastu ada satu hari tu aku tak attend mesyuarat pengawas. Pon sebab aku tak dengar bila masa announcement dibuat suruh semua pengawas berkumpul. Pastu tetiba guru besar panggil aku, siap ugut nak call mak bapak sebab aku berani "ponteng" mesyuarat pengawas.
Bila aku minta maaf sebab tak dengar announcement, cikgu tu boleh tengking-tengking aku, cakap mak awak tak korek telinga ke bla bla bla.
Aku balik rumah dan menangis lagi.

Banyak lagi lah kalau nak recall balik. Semuanya sadis sadis.
Ada sekali tu lagi best, teacher english masa aku darjah 5 dulu memang garang gila tau. Setiap hari dia akan suruh student hafal 3 vocabulary baru. Dan setiap minggu dia akan soal. Ada sekali tu, semua orang hafal 15 vocabulary, tapi aku hafal 12 je. Aku termiss lagi 3, sebab tak dengar. Terus kena berdiri atas kerusi sampai habis kelas.
T_____________T
Tapi sampai sekarang pon, aku admit aku memang lemah bahasa. BI dan BM. Bahasa mandarin apatah lagi. Memang tak pernah belajar pon. Hehe!

So korang bayangkan.
Bila seorang budak sekolah rendah kena tekanan camtu bertubi-tubi dalam hidupnya. Tapi tulah yang aku lalui. Tapi Alhamdulillah, betul orang kata,

"Allah yang menguji dan Allah juga lah yang memberi kekuatan."

Sehebat mana pon kena denda kena tengking, aku bertahan.
Aku habiskan sekolah rendah dengan keputusan UPSR 5A dalam genggaman.
Masa amik result tu, teacher yang asik denda aku tu, tetiba peluk aku sambil cakap tahniah. Nasib baik aku tak tepis je kahkah.
Dari situ, aku jadi semakin berkobar-kobar.
Aku jadi macam semakin nak buktikan kepada semua orang, yang aku boleh pergi jauhhhh walaupun tak sesempurna orang lain.

Kat rumah, aku selalu bagitau Mama & Daddy,

"Someday i will make you proud."

Sampai parents aku pon boring dengar ayat tu. Hihi.
Ye la dah duk ulang ayat sama, mesti lah macam,
ye la..ye la.. proud lah sangat. Study malas. Haha!

Bila masuk sekolah menengah, haruslah ujian lebih besar.
Kali ni aku tak bagitau sesiapa pasal masalah pendengaran aku.
Aku taknak dibelenggu kekurangan diri.
Aku taknak asik fikir, yang aku kurang dengar. Tak nak fikir langsung.
Bagi aku, semakin aku fikir, aku jadi semakin lemah.
Asik nak nangis je kerjanya.
So aku decide untuk tak bagitau sesiapa.
Kalau ada kengkawan sekolah menengah aku tengah baca ni, mesti terkejut beruk maknyeh. Heheh. Sebab most of them tak pernah tahu pun.

Daddy pernah pesan,

"The more we think of our weakness, the weaker we become."

Sampai sekarang aku pegang tu.

So masa sekolah menengah, aku menjalani hidup seperti biasa.
Tanpa dibayangi kekurangan diri.
Aku tak fikir langsung pasal masalah pendengaran aku.
Tapi ujian Allah tak berakhir disitu.

Paling pedih, aku pernah kena marah kaw-kaw dengan sorang cikgu ni. Kan biasanya kalau kita bertembung ngan cikgu kat sekolah kan kena cakap,
Assalamualaikum cikgu. 
Selamat pagi, cikgu.
Gitu kan.
Tapi ada sekali tu, aku tak tercakap "Assalamualaikum" tu sebab tengah berangan kot haha, pastu cikgu tu nak perli agaknya, so dia yang bagi salam, pastu aku boleh tak jawab pulak! Sebab tak dengar.
Hamikkkk..."Kurang ajar, biadap, tak reti bahasa..." semua keluar dari mulut cikgu tu.
Macam dia tu reti bahasa sangat cakap orang gitu. Huhu!
Termenitik lah jugak air mata aku setitis dua.

Kengkawan pun ada je yang mengata. Yang tak berapa nak ada keseadaran sivik tu kan. Duk perli-perli aku kalau aku tetiba tak dengar. Contoh macam,

Hoi dah berapa tahun tak korek telinga haa??
Kau ni pekak ke buat-buat pekak??

Kengkadang rasa macam gurauan kan. Tapi cuba anda masuk ke dalam kasut si "pekak" itu. Terguris terhiris sadis pedis ok. Huhu!

So hari-hari yang berlalu sangat menguji.
Tapi sebenarnya aku, semakin hari, semakin lali.
Macam dah tak makan saman. Kena perli pon muka toya je. Haha
Kena marah ke kena hape ke, lantakkan je.
 Yang penting aku makan cukup, tidur cukup, muka cantik.
Tetiba muka cantik di situ kan. Ini semua foyooooo kahkah!

Dalam family, aku sorang je ada masalah pendengaran.
Yang lain semua normal.
Aku kira, parents dan sibling aku adalah orang-orang yang bertuah sebab dikurniakan kesempurnaan tu. Dan aku pun bertuah sebab mempunyai mereka sebagai keluarga.
Diorang tak pernah sesaat pon ketepi kan aku.
Sentiasa sokong dibelakang aku.
Sentiasa menjadi telinga aku. Sentiasa.

Maka benarlah,

Allah yang menurunkan ujian, Allah juga yang menciptakan penawarnya. 

Allah never leaves me alone.
Tak pernah aku rasa terasing bila dengan family.
Diorang kekuatan aku.
Dulu kini dan selamanya.
Macam....
pro-kerajaan tetiba. Haha!

Dulu kan. Aku memang sentiasa letak gambar Mama & Daddy dalam wallet.
Dan jugak kat meja study.
Dan gambar tu mesti gambar yang diorang tengah senyum atau gelak.
Sebab aku suka tengok diorang senyum dan happy begitu.
Bila aku tengok gambar tu, aku janji pada diri sendiri, yang aku akan buat diorang senyum dan senyum dan seyum lagi di hari-hari mendatang.
Dan aku seboleh-bolehnya taknak buat senyuman diorang bertukar menjadi tangisan.

Sebab tu aku suka buat surprise.
Bila buat surprise, orang mesti akan senyum kan.
 Best apa buat orang senyum.
Macam hindustan tak aku? Kahkah.
Kalau aku senyum pun best jugak. Cantik pun cantik. Ehh?
Mungkin perasaan nak muntah terbit di sanubari korang sekarang.
Peduli hape aku kan. Haha
Nak tengok aku senyum cantik, sila la buat surprise. *motippppp sangat*

Eh kita kat mana tadi? Macam dah lari tajuk je kan.

Ok habis sekolah menengah aku terus terus terusssss kejar cita-cita lagi. Dalam hati masihhh nak buktikan yang aku boleh pergi jauh. Sebenarnya lebih kepada nak buktikan kat diri sendiri je.
Kalau boleh aku nak hilangkan terus rasa "AKU TAK SEMPURNA" tu dalam diri. Aku nak buat jugak apa yang orang lain boleh buat.
Alhamdulillah perjalanan aku lepas tu, sambung matrikulasi, degree, dan master, berlalu dengan mudah, lancar dan hari-hari yang aku lalui lebih menggembirakan.

Aku banyak belajar dari pengalaman lepas.
Kalau dulu aku selalu kena marah sebab tak dengar, tapi sekarang aku belajar untuk lebih fokus dan paksa diri alert dengan bunyi-bunyi sekeliling. Memang meletihkan at first. Tapi kalau yakin, mesti boleh.
Kalau dulu aku pemalu, low self-confidence, tapi sekarang aku belajar beranikan diri untuk minta maaf, terima kekurangan diri, dan berani majukan diri. Dan kalau tak dengar, aku akan beranikan diri untuk minta orang ulang semula apa yang dicakapkan.
Kalau dulu, aku sentap bila kena marah atau kena perli sebab tak dengar, sekarang aku dah boleh amik benda tu macam angin lintang je. Hembus telinga kanan, keluar pun telinga kanan. Tak sempat sampai telinga kiri. Haha.
Dan sekarang selepas 26 tahun aku harungi semua tu. Aku dah buat phd. Dah berkelurga. Dah ada anak comel. Comel macam aku, takkan macam apaknya pulak please lahhhh..hihik.

Dan sekarang..
aku boleh bersyukur.

Segala pengalaman yang dilalui tu ialah siapa aku pada hari ni. Lebih matang. Lebih kuat. Lebih berkeyakinan diri. Lebih lemak juga. Ehh?

Jadi begitu lah serba sedikit detik kepayahan menjadi seorang yang tidak sempurna dalam mengejar cita-citanya. Dah macam cerita sang kancil dan labi-labi pon ada sikit-sikit.

Dan oh. Aku dapat hadiah dari parents and hubby bebaru ni.
A new pair of hearing aid!

Meh nak show off. Apa guna ada blog kalau tak show off kahkah.


Sebelum ni pernah jugak pakai hearing aid masa sekolah rendah. Berbelas tahun lepas. Daddy beli kat Jepun. Tapi korang tahu je la masa tu hearing aid adalah something new. Teknologi tak berapa bagus lagi. So aku tak suka pakai. Terus sedekahkan kat moyang kat kampung. Hihi.
Hiduplah aku dengan telinga yang Allah buat ni, sehingga sekarang. Umur 26 tahun baru pakai hearing aid balik. Sebab bebaru ni aku pergi check, memang makin worse.
Sampai specialist yang check tu cakap,

"Saya tak tahu macam mana awak boleh survive selama ni dengan hearing yang teruk macam ni. Siap boleh study sampai PhD. Awak boleh baca mulut orang ke apa?"

Bila ingat balik doktor tu cakap gitu, baru aku sedar, Allah betul-betul tolong aku selama ni. Walau Dia bagi kekurangan, pasti Dia bagi kelebihan juga kan.

So korang, tolonglah jangan sesekali putus asa bila ujian datang.
Setiap ujian yang datang pasti ada hikmah. Hikmah tu nanti buat korang rasa bersyukur di kemudian hari bila ingat balik ujian yang pernah menimpa.
So jangan pernah putus harapan.
Ingatlah orang-orang yang selama ni jadi kekuatan korang. Yang mengharapkan korang. Kuatkan semangat. Jangan mudah lemah.
Sesungguhnya ujian tu datang semata-mata nak buat korang lebih kuat.
Percayalah.

p/s: Entry ni ditulis bukan untuk meminta simpati korang, jauh sekali nak mintak korang bayarkan hearing aid aku. Haha. Sekadar untuk bagi korang satu sebab kenapa korang tak patut putus asa. Walaupon korang jatuh ditimpa musibah seberat lori simen sekalipon, bangunlah dan usaha lagi. Capailah apa yang dihajati selama ni. Yakinlah suatu masa nanti, pasti ada sesuatu yang istimewa untuk korang. Semuanya dengan izin Allah. =)


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

7 comments:

:sour n sweet: said...

erm..betol..betol..betol...
semua orang ada kelemahan tapi semua orang jugak ada keistimewaan yg tersendiri..
jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh..erk..tetiba teringat lagu yang ajar kat murid2 td..muahaa...^^

Adi Solikin said...

"Apalah nasib Pak Mat Tempe, dapat bini si pekak"

Hehehe.

Ok sorry tak lawak.

Hoh patutlah masa buat lab dulu tengok awak ni kdg2 mcm blur je. Penat la aku dok mengexplain penuh semangat, last2 kau gelak2 je kan. Puii.
Anyway, rajiah yg k.d kenal ialah seorg yg sentiasa tersenyum & gigih, selain bengong kadang2. Please do keep these positive traits.
U chose to be strong, so do stay strong.
People will always find things to say, kita mmg tak boleh nak tutup mulut org.
So cara terbaik ialah abaikan semua tu, pekakkan telinga. Eh.

Pekak pun pekak la dik, yg penting kau ialah Megan Fox.

Jiji-Fify said...

sour and sweet,
haa kan. lagu fevret sejak azali. haha!

kak adi,
ok sentap. rasa nak give up la camnih. Haha. Btw, thanks kak di. sebab redhoooooo je ajar saya kat lab dulu walaupon blurrrr manjang. kehkeh. And thanks jugak untuk lawak antarabangsa (ayat last sekali) ittew. -_____-

Myra Jay said...

Never give up - itu yg penting..

Teruja + terharu bila baca entry ni.. Semangat awk memang kuat..

Myra Jay said...

Oh ya, pasal satay ikan kat Penang ni, MJ pun tak sure exactly kat mana, sebab memang susah nak jumpa kan..

azie azean said...

kalo la zaman kamu sekolah dulu saya masih ada...masih satu kelas dgn kamu..tentu sukar ada slh phm di situ smpai kena marah dgn cikgu..tapi...ape yg Allah tentukan sentiasa ada kebaikan utk kamu..kebaikan nya adalah kamu KUAT dgn diri kamu sendiri..i'm always be proud with u rajiah~

Mama Zharfan said...

thanks for this entry.very inspiring...so u are a doctor now...u lecturing ke

Related Posts with Thumbnails