Ni pendapat aku la. Jangan marah ok.

Semalam aku chatting ngan sorang reader ni. 
Dia pon blogger jugak lah sebenarnya kan.Saje lah nak cakap reader, nampak macam ramai sikit baca belog aku kahkah.
Kesiannn..

Dia tanya aku,

"Jiji, camane nak bagi ramai orang komen kat blog kita? Follower dah ramai, tapi takde orang pon nak komen. Sedih."

Derrrrr....? Orang tak komen pon sedih ke?
Kalau pakwe minta clash ke, ayam naik harga ke, lojik la jugak nak sedih-sedih,
ni orang tak komen je kottt. -..-

Tapikan. Dulu aku pon macam dia jugak tau.
Siang malam tertanya-tanya kenapa takde orang komen.
Kenapa? Kenapa? Begitu kan.
Rasa nak approach semua readers suruh komen lepas baca. Sampai begitu dia punya desperate kahkah.
Padahal kalau kat FB, rajin je readers tegur,
"Hai jiji! saya reader tegar blog awak!"

Dalam hati aku, tegarlah sangat..Tapi kau tak pernah komen pon kan. Pfft.
-__________-

Tapi tu dulu la. Dulu.
Sekarang aku dah bijak sikit. Heheh

Lepas beberapa lama berblogging ni, aku ada perasan sesuatu.
Sesuatu yang mungkin sebenarnya korang pon tahu, cuma sebelum ni tak sedar.
Ok camni.
Aku sendiri pon baca banyak blog sebenarnya.
Dari blog yang feymes eymes sampai ke yang tak feymes.
Dari blog orang terkenal, sampai ke blog yang penulisnya anonymous.
Blog yang follower baru 40-50 orang pon aku boleh layan.
Aku suka je baca semua blog pon.
Dan kengkadang ada yang aku tak jadi follower pon, tapi kat laptop aku bookmark blog tu.
So walaupon aku bukan follower, tapi aku baca je tetiap hari pon.
Begitu.

Dan everytime aku baca blog orang pon, aku jarang tinggalkan komen. 
Sebab macam.....nak komen apa?
Perlu ke komen?
Gitu.

Ok korang bayangkan camni,
contoh macam blog aku kan, aku selalu cerita pasal Baby Haikal.
Aku adalah sedang BERCERITA sahaja.
So kalau ikut lojik, pertama kali korang baca tentang Baby Haikal mungkin lah korang akan komen,

"Wah comelnya Baby Haikal!"
Ni contoh la kan.

Pastu kali kedua kali ketiga aku cerita lagi pasal Baby Haikal,
Takkan tetiap kali ko baca ko nak komen, comelnya comelnya.
Kan?
Mestilah sekadar baca dan senyum sendiri sambil puji di dalam hati je.
Unless, korang ada something else to say, contoh macam
"Jiji, aku rasa better jangan biasakan sangat Haikal tengok ipad. Tak elok untuk development dia."


Aku pernah dapat komen camtu, dan aku sangat hargai.
Ada mesej yang nak disampaikan kepada penulis blog tu.
Macam teguran atau cadangan ke kan. So bagi aku, selaku seorang pembaca blog jugak, aku akan komen bila aku rasa perlu.
Kengkadang ada jugak rasa nak puji macam comelnya anak awak ke, atau cantiknya baju awak ke kan. Tapi bila open comment box, tengok dah 4-5 orang puji benda yang sama. So aku tak tinggalkan komen. Sebab dah ada orang puji apa yang aku nak puji tu. So tak payah susah-susah disitu haha.
Jadi aku blah saje, dan baca blog lain pulak. Begitu.
Bagi aku, orang yang baca blog ialah sebab hobi dia suka BACA blog bukan KOMEN blog.
So biarlah dia sekadar baca dan enjoy bacaan itu.
Tanpa perlu dipaksa untuk perah otak nak komen apa.
-_____-

Hari tu aku ada borak dengan sorang blogger ni. Blogger feymes jugak lah.
Aku saje la nak tanya pendapat dia kan.
Sebab aku tengok blog dia dah 5000+ followers tapi yang komen 5-6 orang je.
So aku tanya pendapat dia, dan dia jawab camni,

"Sebenarnya dalam blogging ni, orang komen ke tak komen ke, takdelah penting sangat. Yang penting ialah blog stats kita tu. Yang ada graf berapa unique visitors tu. Dari situ blog kita akan dinilai, contohnya oleh nuffnang, adverlets dan sebagainya. Bukan berdasarkan jumlah commentor. Lagipon, readers akak lagi suka contact akak kat FB dari komen kat blog. Sebab lebih rapat dan ada privacy. Dan akak pon lagi senang nak respon kalau dekat FB, dan akak senang dengan cara tu."

Hmm. Tu pendapat dia lah.
Aku tak cakap pon aku setuju ke tak.

Tapi macam ada betulnya jugak kan?

Lagi satu, kengkadang ada blogger yang macam mengamalkan "budaya" macam ni,
aku komen blog kau, kau komen blog aku balik.
Ada kan?
Mungkin ok je bagi sesetengah orang, tapi aku rasa macam tak ikhlas pulak komen kalau ada "budaya" camtu.
Bagi aku, better komen bila korang rasa ada benda nak dikomen saje.
Barulah benda tu betul-betul bermakna untuk si blogger tu.
Kalau setakat komen kat patploh entry, pastu semua komen pon asik,
"Eh awak ni comel lah."
"Awak ni cantik lah"
"Suka lah tengok awak senyum"
"Baju awak cantik lah"

Baik tak payah kotttt..
Puji sekali dah la, banyak-banyka kali buat hapeeee.
Blogger tu pon dah tahu dia memang cantik. -..-
Lain la korang cakap, "Eh bulu hidung awak kerinting lah."
Itu mungkin blogger tu tak tahu. Kahkah.
 

Kecualilah kalau blogger tu update entry yang memang minta respon pembaca.
Contoh macam aku pernah update pasal kes Mengkudu tu kan (tetiba berduyunnn orang komen haha), atau yang masa aku tengah buntu nak cerai susu tu (padahal sampai harini tak cerai-cerai lagi pfft), atau apa-apa je lah entry yang aku mintak korang bagi feedback.
Haaa..kalau entry begitu barulah lojik ko nak sedih kalau takde orang komen. Hihi.

So kesimpulannya, walaupon kita ni si penulis, kengkadang kita kena fikir jugak dari sudut seorang pembaca. Ada entry kita yang memang tak perlukan komen pon sebenarnya, sebabnya mungkin entry tu sekadar sebuah cerita, atau entry suka-suka macam lawak bodoh-bodoh gitu je, atau sekadar nak tayang muka, tayang baju lengan berjuntai, tayang muka bajet megan fox berhijab pfft.
So macam...benda-benda camtu bagi aku sekadar bahan bacaan untuk pembaca yang suka penulisan kita untuk tujuan hiburan semat-mata. Tak perlu pon melangut tunggu orang komen.
Macam kita baca buku cerita la, lepas baca, tutup buku.
Takde pulak nak tulis komen kat muka surat belakang tu kan.
Kalau ada, kompom ahli syurga. ;D
Dulu ustazah aku cakap, orang gila masuk syurga.
Everytime aku selisih dengan ustazah tu kat sekolah, terus pura-pura gila. Kahkah.
Desperate sangat nak masuk syurga. -..-

Aku setiap minggu, setakat tengok graf blog stats tu je.
Setakat 700-800 unique visits sehari pon aku dah rasa ok je, padahal yang komen baru 2-3 orang. Kengkadang takde langsung komen kahkah.
Tapi at least dari blog stats tu, aku tahu masih ada yang sudi membaca blog aku.
Kang kalau esok-esok tengok, tetiba zero visitors.
Terus delete account je la jawabnya. Haha!
So aku rasa tak perlu kot nak sedih bila orang tak komen.
Yang penting, kita seronok menulis, dan orang seronok membaca. 
Itu dah cukup win-win dan menggembirakan semua.
Tak perlu macam, kenapa takde orang komen kenapaaaaaa????
Tak perlu bhai..

Tak tahu lah korang setuju ke tak dengan pendapat aku ni.
Ni kalau ikut kepala aku la kan.
Lain orang, lain kepala. 

p/s: Entry ni bukan bermakna aku tak appreciate orang-orang yang selalu komen blog ni ye. Aku hargai, dan aku baca setiap satu komen korang. Cuma kengkadang aku tak sempat reply sebab lupa atau sibuk. Huhu! Tapi kalau korang approach aku kat FB/wassapp, aku boleh je layan korang 24 jam sebenarnya kahkah! Takut kang ada readers yang selalu komen sini tetiba tersentap-sentap dikala membaca entry ni. Janganlah begitu. Aku cuma bagi pendapat kepada para blogger yang sedih tak memasal bila takde orang komen blog dia. Itu saje. No offense ok.

Jadi mari nyanyi beramai-ramai.
Ayam for youuuu~~~
Ayam for youuuuu~
(Lagu 1M4U tetiba berkumandang kat tivi. Nyampah.)

9 comments:

nu na said...

setuju jgk

cik dah faridah said...

betul..betul...kdg sy pun gitu jgk...baca pahtu blah...x tggl komen gak..tak komen x semestinya x ikut perkembangan blog tu...sy jenis suka baca jer...

tp skg sy tgk fenomena main2 segmen tambah follower...tambah saje tp x ziarah blk pun blog tu...

AyuArjuna BiGoshh said...

ayam for u...
wa komen dah...
wahahahaha....

lovelywa said...

gaknye dia blogger baru kot..tak biase lagik dengan dunia blogging nih..orang singgah blog kite pun dah kire baik kan..takyah berharap sgt laa nak soh komen..

mamafarah4 said...

hahaha..org tak komen pun nak sentap ek..hehehe..
akak setuju gak la pendapat jiji tu.. Ye lah tujuan kita berblogging tu utk apa.kalo n3 ko buat menarik dan memerlukan pendapat mestilah reader2 tegar dia bagi komen.. Kalo ko setakat wat n3 letak muka ko,kuang2...apapun haikal gak macho..hhuhu

dari sisi hidupku said...

memang malas pon nak type komen. lainlah kalau entry tu menarik perhatian utk dkomen. haha.

IM4U tu budak kecik pon dok pulun nyanyi. best plak.

farhana roslee said...

SAYA SETUJUUU!! ceeehhh capital letter lagi tu.tanda betapa setujunya.

eventhough sy tak pernah komen (ni first tym kot) kat blog akak,sy adalah pembaca tegar ur blog..siap buat bookmark lagi.hikhik. (kantoiii)
tgh keje pon curik2 baca..

silent reader la katakan~

Bintu and Zaujah AR said...

ok saya pun silent reader blog awak jugak :)
tapi part last 'ayam for you' tu memang sangat funny sebab haritu masa balik kampung nenek saya duk nyanyi "ayam for you, ayam for you". Bila saya tanya lagu apa tu, dia kata lagu satu malaysia yg dlm tv tu...;p

Aina Lisa said...

suke bc blog ni. Sy pon mcm tu jgk. Reader yg visit dah 779 tp komen ade dua jek. HUkhuk..x sedih pun sb sy tahu sekurang2nya ade gak org bc blog sy. Hehe..jiji..silaah lawat blog sy yer..bc karya2 sy.nk mntk tlg promote malu. HUkhuk... lawatlah blog yg lansung x femesh ni. karyainalisa.blogspot.com. ^_^