Sekarang nak salahkan siapa?

 Ada budak tu kannnnn..
Dia kannnnn...
Mengada!

Dia sebenarnya tengah demam tau.
Pastu kan asikkkkk nak meragam je lah kerjanya kan.
Pastu maknya terpaksa lah ponteng seminar semalam. Sebab nak menjaga anaknya tu lah. Bagai menatang minyak yang penuh la konon kan.
Padahal dalam hati, yesssss boleh ponteng seminar yeeeeehaaaa!
Kahkah.
Biasalah maknya tu. 
Muka beriman habis, tapi hati na'uzubillah.
-____-

Suatu hari, maknya dah taktahu nak pujuk camane anaknya yang tak nak makan. Demam la katakan. Kemengadaan mesti melebih-lebih jadinya.
Jadi maknya pon bawaklah anaknya pergi McD.
Maknya order bubur ayam untuk anaknya. 
Nugget dan twister fries untuk maknya.


Terus tersenyum riang anaknya. Macam tak demam dah gayanya.
Tapi anaknya tetap taknak makan bubur ayam yang diorder tu.
Namun anaknya telah menghabiskan twister fries dan nugget maknya.
Dan maknya? Terpaksa menghabiskan bubur ayam sambil menangis di dalam hati.
Mulut sedut bubur, hidung sedut hingus, hati terkenang-kenang nugget yang terkapai-kapai dalam perut anaknya.
 
Terasa seperti........
dibuli anak sendiri pon ada. -..-

Sepulangnya ke rumah, anaknya sambung membuli maknya.
Dia taknak tidur langsung-langsung.
Maknya dah lembik macam taugeh dalam popia basah dah.
Letih ok layan budak nih. Dah la perabih nugget haku. Cehh.
Last-last, maknya berkata kepada anaknya,

"Kau main lah sengsorang. Mama nak tidur sekarang jugak!"
*kengkonon ugut la. macam scary sangat.*

Tapi anaknya tetap mata buntang taknak tidur.
Maka maknya tak sedap hati nak lelapkan mata.
Risaukan anak punya pasal.
Sesekali maknya jeling-jeling jugak intai anaknya main.
Alhamdulillah masih selamat anaknya.
Belum terantuk mahupon tersadung kat mana-mana. Haha!

Dan tetiba maknya buka mata nak intai lagi, nahhhh terpacak depan muka.

 
 Nyaris-nyaris ingat Fizo Omar tadi.
Rupanya Ashraf Muslim.
Eh Ashraf Haikal.
Kehkeh.

Begitulah cerita budak demam yang membuli maknya.
Bila besar nanti, aku nak tunjuk Baby Haikal entry ni.
Sambil berkata,
"Tengok.. dulu-dulu kau suka buli Mama tau. Kesian Mama. Sebab tu gaji kau kena bagi Mama 10%. 20% pon ok jugak. Baru berkat dunia akhirat. Panjang umur murah rezeki. Begitu."

Saiko gila mak engko, Haikal.
Heeeeeee~ *mengilai*


 Konon busy melampau sepanjang minggu kan.
Padahal kat lab, facebook jugak ponnnnnn...
Pui.


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

2 comments:

mamafarah4 said...

sianya haikal demam.hope cepat sihat ye..Ala,sesekali buli mama time demam..selalu time sihat jer..kan haikal kan..

pAri-ParI tErbAng tiNgGi said...

hu3...yes!!!dapat ponteng seminar.