Aku rasa aku semakin mengenalinya..

Pernah dulu..
Jujur aku sangat sukakannya.
Kagum dengan kepimpinannya.
Wajahnya suci.
Memancar-mancar.

Mungkin...
Inilah pemimpin yang kita idamkan selama ini.
Yang pasti mampu membawa Malaysia lebih maju.
Lebih kehadapan.
Lebih AMAN dan BERSATU.
Itu paling penting.

Entah kenapa aku begitu yakin dengannya.
Sewaktu itu.

Mungkin kerana...
ketokohannya itu diwarisi dari seorang legasi negara, ayahandanya.
Kata orang, kemana tumpah kuah kalau tak ke nasi.

Sehinggalah beliau melancarkan konsep 1 Malaysia.
Aku bertambah gembira.
Bertambah bangga.
Adanya pemimpin sebegini mementingkan perpaduan.
Mementingkan kekuatan ukhuwah sesebuah masyarakat, sesebuah negara.
Ini yang kita mahukan.
Satu pendapat, satu suara, satu pegangan, satu malaysia.

Tak lama selepas itu..
Beliau mula menjinakkan diri untuk lebih bersosial dengan rakyat.
Medium facebook, twitter, instagram, blog, tak pernah beliau pandang enteng,
Malah dengan rasa rendah diri, turut sama menyertai kelompok itu
untuk lebih dekat, untuk lebih mesra dengan kita semua.
Dan semestinya..
Aku.....
adalah antara jutaan pengikutnya.
Yang saban hari mengikuti perkembangan, status update olehnya.

Beberapa ketika berlalu.
Beliau semakin akrab dengan rakyat.
Sehinggakan beliau sanggup meluangkan masa
untuk ke konti-konti radio terkemuka negara
semata-mata untuk bersama rakyat!
Siap boleh main dam haji kottt.
Mana nak cari pemimpin begini bhai..

Aku teruja.
Hati terasa begitu dekat dengan pemimpin yang cuba untuk berjiwa rakyat ini.

Dan masa berlalu seperti biasa.
Hari ke hari..
Minggu ke minggu..
Tahun ke tahun..

Beliau semakin dikenali ramai.
Semakin popular.
Semakin famous.

Tapi aku....
Entah kenapa semakin letih.
Semakin sakit.
Semakin semak kepala.

Aku tak pasti.
Di mana silapnya.
Di mana dosanya.
Di mana sasulnya.

Buletin Utama, Berita Terkini, Berita 1.30, Nightline,
pasti ada tertepek wajah beliau.
Setiap bait ayat, setiap satu gambar, setiap tayangan video,
semuaaaa tentang kebaikannya,
jasanya, pengorbanannya,
titik peluhnya.
Siap ada efek latar belakang orang ramai pegang sepanduk I <3 PM dimana-mana,
Biarpun aku seolah khuatir kewarganegaraan orang yang memegang sepanduk itu.
Macam..
Bangla pun iya.
Tapi manalah tahu. Dont judge the book by its cover.
Mungkin muka bangla, jiwa melayu.
Siapa tahu??

Malah, dalam Wanita Hari Ini,
pon wajah intan payung batu cincin permata beliau yang dicintai itu.
Yang dengan tak semena-mena menggelarkan dirinya "first lady"?
Kalau tak silap akulah yang ilmu paras buku lali ni,
Malaysia kita ni negara berdaulat.
Ada Yang Dipertua Agong, dan ada PERMAISURInya.

Jadi....
Jangan diikutkan sangat bini Presiden Amerika sana.
Mereka lain.
Kita lain. Tersendiri.

Tidak cukup itu,
Setiap iklan di televisyen,
setiap iklan di radio,
setiap iklan di tiang-tiang lampu,
juga segala tentangnya,
bait-bait ucap katanya yang sentiasa menyayangi rakyat,
sentiasa mengutamakan rakyat,
sentiasa mementingkan hak rakyat,
kononnya.

Dan yang terbaru,
wajahnya juga yang terpampang dalam iklan CNY
sebagai pengetuk gendang.
Kelihatan cukup gah. Dimata cina-cina itu.

Baguslah.
Ada bakat terpendam pandai main gendang.
Tak disia-siakan.
Sekurang-kurangnya terabadi juga di dalam iklan CNY.

Mungkin...
Tahun depan boleh cuba lion dance pula.
All the best.

Aku rasa seperti hidup aku dibayangi dirinya.
Kelibatnya ada setiap masa di mana jua.

Jujurnya..
aku letih.

Dalam hati terdetak,
"Oh man.. U're trying too hard..."

Sehingga hari ni..
Beliau dan first ladynya,
famous dan semakin famous.
popular dan semakin popular.
Mungkin...
Trofi Anugerah Bintang Popular nanti, juga miliknya?

Tapi hakikatnya semakin beliau terkenal,
semakin beliau DIKENALI.

Dan aku rakyat..
semakin mula MENGENALInya.


Sampai satu tahap,
Aku rasa seperti..
cukuplah.
Tak perlu lagi pendedahan tentang dirinya.
Parti dan konconya. 

Bagi aku..
Kami rakyat, sudah cukup tahu.
Sudah cukup kenal.
Sudah cukup hadam tentang siapa kamu dan mereka.

Walaupon kebebasan media disekat,
Informasi yang diterima kadangkala meragukan.
Namun kami ada Allah..
Penunjuk kebenaran.
Kami tahu..
Siapa yang layak untuk memimpin kami selepas PRU13.
Siapa yang boleh menyatukan semula kami
yang seperti semakin lama semakin berjurang ini.

Cukuplah.
Umumkan saja PRU13,
kami yang berhak menentukan.

Cukuplah karnivalnya.
Cukuplah konsertnya.
Cukuplah 2 juta untuk Gangnam Stylenya.
Cukuplah promosi dan kempennya.

Kalau anda di jalan yang benar,
pasti anda jugalah orangnya selepas PRU13 nanti.
Jangan risau, tak payah susah-susah.

Najib Razak,
cukup-cukuplah dulu.
Kini Sabah semakin parah, ketakutan kian membelenggu.
Prajurit semakin gugur dan gugur, dan kamu??
Masih leka melaungkan janji-janji di karnival-karnivalmu.
Ampunkan lah, aku sedar siapa aku.
Tak mampu menyangkal keberadaan dan kepentinganmu di situ.

Tapi tolonglah.
Lahad Datu juga sebahagian darimu.
Berhak diatas takhta dan jawatanmu.

Tolonglah.
Hentikan seketika hujah-hujah politikmu itu.
Dan lakukanlah sesuatu.
Demi perpaduan dan keamanan
yang pernah kau janjikan kepada kami dulu.

Dan di saat ini,
Bukan BR1M, KAR1SMA, PR1MA, BB1M yang kami perlu,
Cuma secebis perasaan kasih sayang sesama manusia yang diharapkan.

Tolonglah Dato' Seri.
Kami mohon, pinjam beberapa detik waktu Dato' Seri,
Untuk Dato' Seri hadirkan simpati buat kami
hadirkan kasih sayang buat kami
dan letakkan kaki di dalam kasut kami.

Kami pasti Dato' Seri mampu melakukan sesuatu untuk kami,
untuk Lahad Datu, untuk Semporna.

Bukankah kami rakyat,
adalah priority Dato' Seri?


 p/s: Maaf dan ampun dari hati, jika tulisan ini mengguris sesiapa dan bahasa yang entah apa-apa. Untuk pengetahuan, entry ini ditulis pada jam 2.18 pagi. Di kala mata tidak terlelap, hati tidak tenteram, jiwa tidak tenang. Semacam ketakutan dan kemenyampahan terhadap sesuatu. Luluh jantung, luluh naluri keibuan, bila melihat anak-anak yang tak mengerti kehilangan bapa mereka. Tak mengerti mengapa air mata si ibu mengalir laju. "Ayah kena bom, ayah duduk dalam kubur.", berkata si anak tanpa pengertian. Aku ibu, aku isteri, dan aku terlalu mengerti. Dan dalam hening pagi ini, aku hanya mampu berdoa, agar Allah tunjukkanlah jalan. Tiupkanlah hidayah di dalam setiap jiwa kami. Amankanlah Sabah. Amankanlah Malaysia. Hapuskanlah pelesit-pelesit negara. Dan bukakanlah hati Najib Razak dan si first ladynya yang juga isteri dan ibu itu, agar juga mampu mengerti. Aku terlalu sayangkan Malaysia. *kesat air mata*


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan.

8 comments:

:sour n sweet: said...

betul-betul-betul-betul...loike dis en3..huhu
kadang2 memang betul, tapi kadang-kadang muak
semoga Allah berikan ganjaran syahid buat semua wira negara
p/s: kalau beliau berada di barisan hadapan para pejuang di Lahad Datu, kompem pru13 ni menang dengan mudahnya T__T

ceritera-chinta said...

betul tu, terasa muak dengan kempen2 nya dia saat sabah dalam kekalutan.....rimas aku lemas

AyuArjuna BiGoshh said...

same here..
menyampah dah tgk buletin utama...
30 minit boleh pusing cerita parti yg sama apa ke jadahnya....

RieNa said...

kriena baca mula2 senyum, kemudian tak sedar airmata kebasahan.

well said jijie. well said.

anyss said...

Assalamualaikum,
Semoga kemelut di sabah segera berakhir. kesian keluarga kita kat sana...

miss safwa said...

hai kak jiji..

saya reader tegar kak jiji from sabah.. thanks for publishing this entry coz as a sabahan citizen yg hidup dlm insecure disni, i felt so touched and please pray for us here. =')

MAIZATUL ASYIQIN said...

terbaekkkk....

nuRuLFaRida said...

eh, ade air mengalir plak kt pipi aku ni jijie oii..

humm, mule2 aku bace entri ini, mcm kebanggaan Dato Sri.. last2 cerita sedih ruma nya kamo kasi kan jijie..

*aman Sabah..