Kek pisang kukus paling sonang nak buek

Ni cerita lama. Tapi saje nak up kan jugak.
Sebab nak share resipi lah apa lagi. Kuikuikui.

Masa balik rumah Mak bulan lepas kot tak silap.
Mak ada bagi kitorang pisang.
Pisang makan tau, bukan pisang untuk masak.
Tapi aku tak tahu menahu lah pulak nama pisang tu. Pisang berangan ke pisang abu ke pisang ali ke entah leeee.. 
Sebab mak dah bagi aku, so jadi pisang Jiji je lah. Pisang abu jadahnya lagiii. Haha!
Tak silap aku, Ateh yang bawak pisang tu from somewhere. 
Ateh bawak dari Johor kot tak silap.
Tapi sebab banyak sangat, Mak bagi la aku sikit.
So, terima kasih Ateh. Jasamu dikenang. *tetiba*

Sampai Penang, pisang tu keras lagi.
So hubby cakap, kita tunggu lagi 2-3 hari kot baru boleh makan.
Lepas 2-3 hari, kitorang pon makan la barang seketui dua.
Tapi lepas beberapa hari kemudian, kitorang macam dah tak kuasa nak makan dah. Haha!
Sebab banyakkk tau mak bagi. Yang nak makannya 3 orang je.
Walaupon perut macam lapan orang. -..-

So makin hari makin sedih aku tengok pisang tu tak bermakan. 
Makin lombik dan lombik dan lombik. Huhu.
So bila dah lombik sangat, lagi la takde orang nak makan. 
Nak buang sayang, sebab elok lagi sebenarnya.
Pikio punya pikio punya pikio, aku rasa baik jugak aku buat kek pisang kukus.
Dalam hati, mungkin bila dah jadi kek, rupa dah cantik sikit, mungkin orang akan makan. Haha.

So malam tu jugak aku buat kek pisang kukus.
Pukul 11.30 malam start buat, pukul 1.40 pagi baru setel semua. 
Terus muka pun dah macam zomba kahkah.
Hubby pon sampai terlentok kat ruang tamu tunggu aku buat kek lama sangat.
Padahal dah berbuih kot mulut aku suruh dia tidur dulu. Tapi degil, nak jugakkkk tunggu sampai aku siap katanya. Takut aku kena culik kot. Tengah malam kan hantu banyak. -..-
Last-last dengan hubby hubby sekali muka zomba. Haha!

Tapi bila tengok hasilnya...

 
Walaaaaahhhhhh!!!
Sambil muka zomba, sempat lagi kitorang kunyah seploh ketui sorang sebelom tidur. Hihi.

Aku buat dua jenis. Satu dalam acuan kecik-kecik, satu dalam loyang kek.
Tapi dua-dua pon sama je, cuma satu feeling macam makan apam, satu feeling makan kek.
Benda yang sama, tapi perasaan berbeza. Boleh?? Haha!

Esok paginya, hubby bawak 2 loyang ke office. Buat breakfast dengan kengkawan katanya. Tak beragak sampai dua loyang kannnn...
Nasib baik dia tak bawak yang apam kecik-kecik tu. Kalau dia bawak yang tu memang kena luku laju-laju. Sebab yang tu aku buat untuk Baby Haikal. Huhu!

Seriously senang gila babas nak buat kek pisang kukus ni hoiiii.
Aku buat sambil nyanyi lagu sesuci lebaran kottt. 
*Nak menggambarkan betapa senangnya kahkah.*

Nah resipi.

p/s: Kalau korang nak guna tepung gandum instead of self-raising flour pon bolehhh. Tapi kalau guna self-raising flour lagi gebusss gedebuss kebabusss!! ;D

16 comments:

FaTyN nAbIla said...

Dah try ur recipe!! simple n nice!! and my mum like it! Thanks! ;-)

Ada said...

nmpk best je kek.harap menjadi.tengah buat gak ni.refer ur resepi.tq

lynn Mie said...

br try buat kek ni pki resepi puan..nmpk gebu n sedap x sabar nk tunggu berbuka..

lynn Mie said...

br try buat kek ni pki resepi puan..nmpk gebu n sedap x sabar nk tunggu berbuka..

lynn Mie said...

br try buat kek ni pki resepi puan..nmpk gebu n sedap x sabar nk tunggu berbuka..

lynn Mie said...

br try buat kek ni pki resepi puan..nmpk gebu n sedap x sabar nk tunggu berbuka..

norherianiey hemi said...

Bru nk mncube resipi ni.dan harap2 mnjd la.huhu

Princes Yina said...

Bsok turn i plk nk try..hope mjd la..

Princes Yina said...

Bsok turn i plk nk try..hope mjd la..

FLORENCE MARIANAH said...

Mcm sodap je,nak tray buat ari ni,mohon d copy resepinya ya.

AZENI AHMAD said...

Kena cuba nie... Yummy3... Hihihi....

Suhaila Su AnNajah said...

nak try sat lg

Nawwar Liyana said...

Gula halus ka gla kasar yg itew bncuh air 2

Nawwar Liyana said...

Gula halus ka gla kasar yg itew bncuh air 2

Nawwar Liyana said...

Gula halus ka gla kasar yg itew bncuh air 2

Diyana Naqiuddin said...

macam sodap yo. terima kasih ye share resepi.