Main hujan

Aku perasan, Baby Haikal sukaaa tengok hujan.
Asal hujan je, dia la yang paling kusyuk tercongok depan pintu, tengok hujan. Bila aku tutup pintu mengamuk suruh bukak balik. Bila aku bukak pintu, sambung tercongok. Haha!
Mungkin Baby Haikal suka tengok air banyak-banyak mencurah-curah, pastu angin kuat-kuat, pastu siap pakej guruh dan kilat lagi. Mungkin bagi dia macam, wow sebijik macam dalam cerita ultraman gaia menentang musuhnya. Tinggal takde efek ultraman runtuhkan stadium je. Kalau ada kompom lagi sebijik. -..-

Aku selaku anak kelahiran terengganu, rasa sadis bila teringatkan stadium itu. 
Ok taknak cerita dah. *emo tetiba pehal lu??*

So ada sekali tu, hujan lebat selebat-lebatnya kat rumah aku. Dan macam biasa, Baby Haikal ialah orang pertama yang akan "chop" tempat kat depan pintu sebagai port lepak dari hujan turun sampai hujan berenti. Kalau terlebih setim, dia siap boleh tertidur kat tepi pintu tu.
Punyalah setiaaaa dengan hujan. Huhu!

Dan kebetulan hari tu mood aku baikkkk sangat nak layan Baby Haikal.
Dia buat tumpah air pon aku tak marah langsung. Sambil tersenyummmm aku bersihkan tempat air tumpah tu. Baby Haikal buat tumpah seploh kali pon aku tetap tak marah. Tetap tersenyummm je. Tapi kali yang kesepuluh tu, dahi aku dah kerut sikit la tahan marah. Haha!
So masa Baby Haikal tengah tercongok tengok hujan tu, aku tetiba bermurah hati bagi dia tengok hujan dengan jarak yang lebih dekat. Kalau sebelom ni tengok dari pintu rumah je kan, tapi kali ni aku lepas dia sampai ke gate rumah.

Tengok la kemain kusyukkkkk menghayati hujan. Haha!


Berdiri kat gate ni memang tempias la. Tempias banyak ok, bukan tempias sikit-sikit. Tapi aku biar je lah. Bagi dia rasa.

Rasa dengan jari pon bolehhhh


Bila dah lamaaa sangat duduk kat gate tu, habis basah kuyup terus. Serupa mandi hujan dah aku tengok. Huhu!
Aku pon bukak la baju dia, takut kesejukan pulak pakai baju basah kan.
Dah bukak baju, biar dia sambung main lagi.

Haa pergi pergi pergiiii

 
Kemain happy Baby Haikal dapat main hujan. 
Secara otomatis jadi Bruno Mah joget lintang pukang. Kahkah.

Agaknya jiran-jiran perhatiiiii je aku tadah anak kat hujan kan.
Aku tengok FB sheikh muzafar angkasawan tu kan, dia lagi rilek, bagi je anak dia Bella tu mandi dalam hujan. Bukan rasa sikit-sikit ok, mandi terus. Huhu! Lagi brutal kan. Sebab aku tengok tu la aku berani bagi Haikal main hujan ni. Haha!
Tapi dalam hati berzikir, janganlah demam janganlah demam janganlah demam kahkah.
Muka kompiden, tapi dalam hati chuak-chuak ubi ok.

Dan Alhamdulillah. Even dah lencun satu badan pon, Baby Haikal tak demam.
Sihat walafiat jeeee.
So lepas ni boleh la mandi hujan lagi ye yang. Boleh Mama join sekali. Hujung bulan Mama beli swimming suit bareback. Lalalalala~


اُطْلُبُوا اسْتِجَابَةَ الدُّعَاءِ عِنْدَ ثَلَاثٍ : عِنْدَ الْتِقَاءِ الْجُيُوشِ ، وَإِقَامَةِ الصَّلَاةِ ، وَنُزُولِ الْغَيْثِ
Carilah doa yang mustajab pada tiga keadaan : Bertemunya dua pasukan, 
Menjelang solat dilaksanakan, dan Saat hujan turun.


ثِنْتَانِ مَا تُرَدَّانِ الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِوَ تَحْتَ المَطَرِ
“Dua doa yang tidak akan ditolak: doa ketika azan dan 
 doa ketika ketika turunnya hujan.”
HR. Al Hakim dan Al Baihaqi. Syaikh Al Albani 


Apa-apa pun, hujan sebenarnya turun bersama rahmat dan malaikat-malaikat Allah.
Dan itulah sebabnya baby / budak-budak suka tengok hujan. Mungkin ada sesuatu yang terlalu indah yang dia boleh nampak tapi kita (orang dewasa) tak nampak.
So dah tahu hujan adalah antara waktu-waktu mustajab untuk panjatkan doa, maka lepas ni, sambil mandi hujan ke, sambil tadah air hujan ke, boleh la tadah tangan sekali. =)

1 comments:

Zura Lee said...

hamboi main ujan pong pakai kasut cantik, pakai slipar jepun udeh la haikal oii...