Panjat gunung....lah sangat. Heheh

 Last weekend kan, kitorang naik gunungggg

Woo!!
 
 Naik sampai puncakkk

Woo!!

Nama gunung tu....
Gunung Jerai

Bbb bbb bbbooooOoooOooo!!!!

Haha! Foinnnn..
GUNUNG la jugak kannn.. :D

Kitorang naik gunung-lah-sangat tu pakai kereta je pon.
Sikit pon tak peluh keti.
Tak kuasa haih nak hiking-hiking.
Orang sekarang memang camtu. Manja.
Mana mahu naik pakai kaki, plisssslah.
Sayang sangat bulu kaki. Takut pacat tarik. Kuikui
So naik kereta je la. Senang.
Shuu shuuu shuuu je dah sampai. 
*shuu shuu tu maksudnya betapa smoothnya perjalanan menaiki kereta*

Sampai ke puncak, rasa macam wahhhh
segarnya udara
cantiknya pemandangan
sambil dalam diri terpalit rasa bangga sebab dapat menawan puncak gunung.
Hahahaha!

Aku nyaris-nyaris nak pacak bendera malaysia kat atas tu,
tapi lupa pulak nak beli bendera kat kedai runcit bawah tadi.
Okkkk...tak lawak. -..-

Aku sebenarnya saje je nak perli seseorang.
Dia panjat Gunung Kinabalu bebaru ni tau, dan bila dah sampai puncak tu kan, 
dia siap pacak gambar parents dia dengan gambar makwe dia kat puncak tuuu!!!
Terkagum aku kejap.
Shoooo shweet okk.. Omentik omentik angat dia tu. Heheh!
Dan..dia adalah sedang membaca belog ni sekarang.
Hahahahaha!! Lariiiiiiii!!! :D

Ok sebelom aku sambung cerita, aku nak bagitau awal-awal, 
entry ni ada banyakkkk gila gambar.
Aku malas nak tapis, dan malas jugak nak buat entry berpart-part.
So aku longgok je semua semua semuaaaa dalam entry ni.
Harap semua bersabar dan bertabah la ye. Haha!
 
 Bagi mengelakkan korang rasa loya-loya nak muntah,
ni aku bagi ubat muntah siap-siap.

Ubat muntah: Tengok selama tigaploh saat, selepas makan, tiga kali sehari. Haha!

So sepanjang baca entry ni nanti, kalau rasa macam dah tak tahan sangat nak muntah tu kan, dah rasa macam sesuatu pergolakan dalam kerongkong tu kan, 
korang terus scroll ke atas laju-laju, tengok balik ubat muntah ni. 
Nescaya muntah korang dan kerongkong-kerongkong korang sekali akan termasuk semula ke dalam perut.
Ubat ni dijamin halal, buatan Malaysia, ada kelulusan KKM. 
Hahaha!
 
Kitorang sebenarnya tak paham kenapa tetiba kitorang pergi gunung jerai.
Bangun pagi je, terus rasa macam nak pergi gunung jerai.
Dan tetiba eh eh eh dah sampai pon gunung jerai.
Semuanya berlaku zas zas zasss je. Tak sedar pon.
Macam tetiba ko tak bercinta, tak kenal parents dia, keluarga dia pastu tetiba dah bertunang. Tup tup bini orang rupanya.
Macam...takde kena mengena kan? Haha!
 So aku syak kitorang pon dah terkena buatan orang macam si...
Ffff.. Fff.. Fii.. eh tak tercakap pulak nama dia. kahkah.

 

Sampai-sampai atas, terus main ball dengan Haikal.
Kebetulan cuaca cantik. Suhu dalam 20'C gitu. 
Sedap-sedap je dengan badan. Tak panas, tak sejuk. Ngam ngam soi!
Pastu berangin sangat. Huiiii....best.
So kitorang main lari-lari pon tak peluh keti.
 

 Baby Haikal pakai baju Manila. Lola dia belikan 6 bulan lepas. Haha!
Tapi sekarang baru muat elok kat badan dia.
Bulan 5 ni, merasalah Baby Haikal balik kampung manila for the first time. 
InsyaAllah..


 Kenapa aku rasa macam....sedang menatap wajah faizal tohir..
tetiba rasa bahagia semacam di dalam jiwa..
macam..ohh hensemnya....

Ok muntah. Haha!

Eh korang kenapa tutup-tutup mulut??
Nak muntah la tu! Nak muntah la tu!
Nah nah ubat muntah.

 Rasa macam mana sekarang? 
Dah ok sikit kan?
Terima kasih. megan. fox. Hih. Hok. Hih. Hok.


 Serious cantik pemandangan dari atas ni.
Biasalah pemandangan dari mana-mana tempat tinggi pon cantik kan.
Engko duduk kondo tingkat sembilan belaih pon pemandangan cantik kottt.

Lagi satu yang best kat sini ialah ada banyak bunga. 
Tantek tantek pulak tu. Ite uke angat unge mangi-mangi anyak. Pfft.

 Ya Allah..cantik kan?
Aku rasa macam..
aku dan bunga memang sama cantik.

Nak muntah lagi?????!!
Kejap nah nah..

Kesian korang....Haha!
 
 
 Dah tengahari sikit, kitorang pergi solat zohor kat masjid.
Masjid ke surau tah. Tak ingat pulak.
Masjid dia best sangat okkk.
Dah la kat puncak gunung kan, masjid dia atas bukit pulak!
Makin puncak dan puncak dan puncak lah. Hihi!

Bila lagi tinggi, haruslah suhu dia lagi brrrr brrr. *brr brr tu sejuk. haha*
Dan ofkos pemandangan dia lagi cantik.

 Ni pemandangan dari masjid dia. Ohsem bukan?


 Ini adalah posisi rukuk ok. Tolonglah buat-buat faham.


 Yang ni lawak. Baby Haikal aucak aucak hubby masa tengah solat. 
Hubby hanya mampu tahan gelak kahkah.


 Bila dah bosan, selamber main segala harta masjid.


Bila kena marah, terus terdiam, kaki kepit, mata bergenang.
 
 Orang merajuk minta kesian. Haha!

 
 Feeling-feeling Hajah. heheh. Amin Amin Aminnn..... :P


 
 Hubby cakap,"Ehh macam ustaz azhar idrus lah!"
Aku macam....apakah ustaz azhar idrus pakai telekong??
Rupanya maksud hubby, sama tang cara posing tu.


Boleh??
Hahaha!



Lepas solat tu, terus kabus tebal.
Pastu hujan rintik-rintik. 
Air begelora mak bagi seposen ayah bagi sepo..ok dah dah.


Dah hujan tu apa lagi?
Tak reti-reti lagi nak balik??
Heh.

Sampai rumah, rasa puas sangat sebab dapat spend time sehari suntuk dengan Haikal. Haikal pon happyyyyyyy sangat sepanjang hari. Alhamdulillah.

Tahun 2010 dulu, kitorang pernah honeymoon kat gunung jerai ni. 
Aku pernah cerita KAT SINI
Dan sekarang tahun 2013, kitorang datang lagi. 
Tapi kali ni bawak "hasil" honeymoon sekali kahkah.

Sekian saje laporan saya kali ini.
Terima kasih sudi baca.
Dan tahniah anda berjaya tahan muntah.

Ke korang....
nak ubat muntah lagi? 
Tak boleh banyak-banyak, kang ketagih. ;D


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

2 comments:

mamafarah4 said...

rasa damai jer dpt gi tmpt2 gitu..
wah nmpk hepi jer haikal...
nasib amik gambo hubby tgh semayang tu dr belakang,kalo dr tepi mesti kantoi tgh tahan napas kemut2 nmpk haikal cak ba kat depan dia..hehehe

Suwaibah YS said...

chomellnya baby haikal ni.. :)